Monday, March 5, 2012

Bersalah..

Assalamualaiakum..
Apabila membaca cerita ini..perasaan kita bercampur-campur..

Seorang hakim berasa sebak setelah pesalah dijatuhkan hukuman kerana mengaku salah mencuri ubi kayu. Pesalah itu adalah seorang nenek tua yang miskin, anak lelakinya sakit dan cucunya kelaparan.

Nenek itu merayu untuk dilepaskan...Namun pengurus ladang itu tetap membawa pesalah ke mahkamah.

Di ruang mahkamah pengadilan..Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu..

”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang., Undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.


Nenek itu tertunduk. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.

‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.

“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh”

sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya.....

11 comments:

cheqna said...

bukan semua hakim cam gini kan
sedih cheqna masa baca pagi tadi

Kakzakie Purvit said...

Kalau tempat kita nie Sal andai yg bersalah itu "orangbesar" memang susah jatuh hukum tapi kalau "orangkecik" memang sekejap jatuh hukum dan terus masuk jel...

sal said...

cheqna..sedih pun ada..tpi undang2 tetap undang-undang...

sal said...

kakzakie..hehe..begitulah kira2..

Salina@IbuAqil said...

Sedih sis..
Sangat2 sedih..
Bila kita sangka kita susah & sedang diuji..
Inilah dia kisah yg kadang2 buat kita rasa kerdilnya diri ni..

Rina Rahamat said...

cerita benar ya kak sal?

sekadar satu coretan said...

sedih pulak bila bacanya kaksal...

Acik Erna said...

assalam sal..memang betul2 adil dan berperikemanusiaan..

Ros said...

Salam Sal,

Teladan yang sangat baik.....

mamariz said...

touching story

sal said...

Assalamualaikum bintu,ros,erna, ainnoraini,rina, salina,kakzakie, sheqna...terimakasih buat rakan2 yg sudi singgah..semua perkongsian buat renungan bersama..

Post a Comment