Wednesday, March 20, 2013

Tumpang kasih..

Program 'Tumpang Kasih' adalah program lawatan ke rumah warga emas..

'Warga emas tu ialah orang tua yang berusia 65 thn dan ke atas' kata seorang pegawai yg ditemui..saya ingatkan 50an itu pun adalah ahli warga emas ..hehe.. salah faham....

Cuaca hari tu redup seolah2 merestui kehadiran kami di rumah makcik....memang tak putus-putus berdoa agar Allah mempermudahkan  semuanya...lalu mengingatkan diri sendiri bahawa sesuatu perkara yg hendak dibuat  itu biarlah ikhlas dan jelas misinya ..

'Anak-anak..salah satu tujuan lawatan kita, untuk mendidik kamu  agar menerapkan dan menyemai rasa kasih sayang kepada orang tua, suatu hari nanti kita pun jadi warga emas..mungkin ada orang lain yg hendak melawat kita, sayang kita dan prihatin terhadap kita ' bersungguh-sungguh kulatunkan kata-kata mukadimah kepada anak-anak ini sebagai pembuka bicara .... mereka anguk-anguk..sampaikah ke hati sanubarinya??? mudah-mudahan....

Alhamdulillah..first time jumpa makcik tapi rasa mesranya macam dah lama kenal..syukran semuanya baik-baik saja...

Sejujurnya aktiviti ini membuat hati tercuit !!!!

Mungkin kerana pelukan makcik  ketika minta izin permisi pulang membuatkan tetiba terkenang Omak........



Terima Kasih  makcik............

3 comments:

che mid said...

Ala macam tak complete je ni, ke saja tak nak bagi tau.. makcik mana, rumah orang tua ke atau makcik biasa je.. kongsi la lebih sikit, mana tau kami boleh tiru pulak..

Tentu terharu sangat dpt jumpa mak cik kan, ingat mak sendiri.. semoga mak cik gembira dapat jumpa dan terus ceria walaupun anak-anak dah balik. Insyaallah lain kali jumpa lagi..

sal said...

Che mid: ini rumah makcik warga emas...saya panggil dia makcik..manakala anak2 tu panggil nenek...usia makcik tu 80an tpi nampak mcm 65an...lokasi di sekitar tempat keja...hehe dekat saja..

MulutPayau said...

Bagusnya aktiviti mcm ni.....Mnyemai sifat kasih sayang pada warga tua....

Post a Comment