Salam ..
Hari Sabtu yang lalu, ibu ke Taman Negara Tanjung Piai kerana menjenguk pelajar yang mengadakan perkhemahan di situ.... Sambil menyelam minum airlah kira-kiranya ni..
Tanjung Piai
Tanjung Piai merupakan kawasan pelancongan kerana tempat ini ialah tanah paling selatan di benua Asia. Ia terletak dalam mukim Kukup, daerah Pontian, Johor , Malaysia.Perjalanan mengambil masa lebih kurang selama 1 1/2 jam dan singgah2 sekejab.. Berdasarkan lokasinya pula, ia terletak 90km ke selatan dari pusat Bandar Johor bahru .
Kali terakhir ke sana beberapa tahun yang lalu kerana gathering keluarga. Tapi tidak ke Taman Negara sampai di Tanjung Piai Resort jeee untuk menikmati udara laut segar . Di waktu petang berBBQ dengan anak2 / anak2 saudara dan memancing pada waktu malamnya.
Resort itu terletak di atas air, maka senanglah ahli keluarga yang lelaki memancing. Meskipun ibu tak suka dengan aktiviti tersebut tapi sekadar menemankan mereka bersantai2 dan berbual2 sambil di tiup angin laut dingin..
DI Taman Negara..
Perjalanan yang melewati rumah2, kebun kebun di kiri kanan jalan. Jalan kampung yang sempit itu tidak mematikan semangat untuk bertemu rakan2 setugas di sana. Akhirnya Sampai juga pada destinasi yang dituju.
Kelihatan pelajar2 sedang girang menjalankan aktiviti permainan di kawasan terbuka dengan jurulatih. Beberapa orang guru duduk memantau pelajar2 ini mengadakan aktiviti..
Mereka Kepenatan? Memanglah terasa penat kerana dari pagi bersama murid2..namun kedatangan kami disambut dengan senyuman.. kesabaran guru2 ini boleh dikagumi... Mereka tidak mengeluh, tidak merungut. Apa saja yang dibuat dianggap tugas yang telah diamanahkan, maka mereka melakukan dengan bersungguh-sungguh tanpa berkira sangat. Waktu itu sepatutnya digunakan bersama keluarga terutama dengan anak2nya ..terfikir pula..kalau kita menganggap kerja itu ibadah..maka lahirlah keikhlasan ..
ADVANTAGE…
Cuaca kurang panas seperti satu bonus untuk kami melangkah meninjau2 kawasan sekeliling.. cuaca redup itu membantu kami menikmati keindahan alam semula jadi dengan pemandangan hutan paya bakau . Ada banyak juga spisis pokok2 hutan yang ditanam dekat tempayan di situ.
Sebenarnya ibu tak asing dengan kawasan hutan. Kampung keluarga ibu berhampiran dengan laut dan hutan, Semasa zaman kanak2 dulu ibu pernah pergi ke hutan paya bakau, mencari kerang, siput..bersama emak dan jiran2 . Ibu pernah merasa kaki bersalut dengan lumpur dan pasir serta pernah tercedera dan luka berdarah di cucuk duri pasir tajam .....
Kehidupan ketika itu tidaklah sukar, kerana ibu anak bungsu perempuan....tapi zaman ibu kakak agak susah..seperti kais pagi makan pagi.. balik sekolah mereka berkebun . Menanam pelbagai tanaman di belakang rumah. Tapi pelik, walaupun banyak berkebun mereka pandai belajar jugak..tiada kemudahan ketika itu..tapi dia tetap cemerlang dan melanjutkan pelajaran ke Mesir. Kemudian apabila tamat belajar mudah dapat kerja…..
Berbanding sekarang..banyak kemudahan belajar disediakan.. buku rujukan bertimbun dibelikan, kelas tambahan sana sini.. semua mencukupi..salah satu cabaran belajar, kalau malas dan leka ketinggalan kereta api...
Ibu sering nasihatkan anak2/murid ..supaya rajin2 ..sekarang ayah /ibu/penjaga masih kuat bekerja, masih boleh bergantung harap ..Tapi suatu hari nanti , apabila mereka dah tua, mereka tak berdaya lagi, dan anak2 harus pandai berdikari dan berusaha sendiri ..oleh itu persiapkan langkah daripada sekarang dengan menimba pengetahuan sebagai persediaan untuk berdikari di masa hadapan…tulah nasihat ibu pd mereka..
Langkah Kaki diteruskan
Hari semakin petang, Kami meneruskan langkah... mengintai hutan paya bakau yang mempunyai batang yang agak kecil, dan ranting2 halus dengan daun menghijau lebat.. ....
Taman negara ini merupakan destinasi perkhemahan yang popular sejak beberapa tahun lalu kerana keindahan kawasan semulajadi yang dilindungi . lautnya, tumbuhannya dan haiwannya berada dalam harmoni, tanpa gangguan manusia. Pelbagai jenis spesis unggas dan hidupan paya bakau yang lain seperti ketam nipah, ikan tembakul serta kera pemangsa ketam menginap di sini...
Cerita sebiji epal
Tiba-tiba ternampak seorang lelaki pertengah usia mengunyah sebiji epal .. tanpa disedari ada 5 ekor kera berjalan menuju ke arahnya menghampirinya untuk mendapatkan makanan, terkejut....akhirnya jurulatih di situ menasihatkan lelaki itu supaya mencampak epal yang dikunyahnya supaya tidak diserang..
Kejadian yang sama berulang ketika pelajar2 selesai minum petang meninggalkan kami sekeluarga bersama beberapa orang guru lain telah didekati oleh peminat kita nih…. beberapa ekor kera itu tetiba sampai ke arah kami mencari makanan.. nasib baik ada seorang guru membawa kayu panjang. Dia menghayun2 kayu itu agar tidak didekati peminat (kera)..
Panorama senja
Akhirnya Kami sampai ke sebuah jeti . Kawasan ini juga merupakan penghujung Benua Asia. Dari sini, akan terlihatlah akan bangunan pencakar langit. Singapura yang dipisahkan oleh Selat Johor…Kini pandangan mata beralih arah, melihat ombak ganas.....angin pun bertiup kencang, menyebabkan bukan sahaja baju bergoyang2 malah badan ini rasanya berbuai2 di tiup angin....tetiba sempat membayangkan ombak tsunami yang ganas dan tinggi menggulung. Ombak itu hanya sekelip mata meranap dan membunuh banyak jiwa...subahanallah……
Begitu halnya dengan manusia, sekelip mata jika Allah ingin menjemput..tak ada signal..tak ada warning....sekiranya tak membuat persiapan untuk ke alam tersebut..alangkah ruginya..Ya Allah panjangkan umur kami dalam imanMu dan jauhkan diri dari kerugian..
Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar (Al-Asr:1-3)
Ya..kerugian masa, kerugian tenaga yang sentiasa dibazirkan..leka dengan hal2 dunia..sehari dirasakan singkat kerana dipenuhi aktiviti dan kesebukan ciptaan sendiri..sehingga waktu bersama Dia sangat limited.... sedangkan kita mengerti keindahan bersama Dia terlalu syahdu bagi orang yang bertakwa dan tinggi penghayatannya...
Sesungguhnya kami 'insan' , yang sering lupa dan memerlukan peringatan….
Mata masih terpaku ke arah laut…kelihatan air lautnya membiru menyebabkan terdetik seketika di hati rasa kedamaian ....apabila berdiri atas jeti itu terasa betapa kecilnya kita di sisi Allah di tengah2 laut ini…..…kalaulah tergelincir, adakah kita berupaya untuk berenang.. Adakah kudrat yang dipinjamkan ini dapat mempertahankan diri lalu berenang2 ke tepian untuk mencari tempat perlindungan….Allah hu Akbar
Lihatlah pokok-pokok paya bakau yang kuat akarnya setia berpaut di bumi, walau dilanda ombak beberapa kali ia masih berupaya untuk mengukuhkan kedudukannya. Walaupun masih bergoyang2 mempertahankan dan melindungi batangnya dari tiupan angin tapi masih tetap berdiri kuat untuk meneruskan kehidupannya..
4 comments:
salam kak Sal...
tetiba anak2 ummi sebut , Ehhhh ni ler tempat kami pergi aritu , masa ummi gi umrah Jun lepas ... alamak ummi sorang tertinggal dr gi tempat tu... nampak mcm best je..ni tak boleh jadi nih...
Salam Sal, wah!... seronok gak dapat jalan-jalan sambil meluaskan pemandangan camtu ya!... teringin lak nak gi sana... hehehe...
SALAM Ummi..sesekali bersantai membawa anak2 ke tempat alam semula jadi begini..memang sangat mendamaikan jiwa dan memberi ketenangan..he..he...
salam ..Nek CUn yang selalu melancong ke luar negara, tapi sesekali gi tempat camni ok gak , mungkin dapat banyak idea dan aspirasi untuk menulis..
Post a Comment