Menurut kumpulan penyelidik Itali Jenis pekerjaan mempunyai pengaruh dan kesan terhadap risiko kanser paru-paru. walau bagaimanapun penyelidik juga mendapati Lima peratus daripada pesakit kanser paru2 bagi lelaki adalah disebabkan dengan tabiat merokok.
kajian mereka yang disiarkan dalam penerbitan Jurnal Epidimiologi Amerika memperlihatkan pertalian antara kanser paru-paru dengan jenis pekerjaan. Mereka yang sering terdedah dengan bahan kimia mempunyai faktor risiko, merbahaya dan kecenderungan tersebut. Bagi lelaki yang pernah bekerja dalam industri perlombongan, kerja logam dan beberapa kerja pembinaan mempunyai risiko yang tinggi diserang kanser paru-paru.
Kaitan yang paling kuat atau mempunyai risiko yang lebih tinggi dilihat dalam pekerjaan seramik dan tembikar serta pembuatan batu-bata .
Penyelidik mendapati risiko agak kurang bagi pekerja yang berada di setesen minyak, pembuatan kulit,kaca dan kimpalan.
No comments:
Post a Comment