Kebelakangan ini tumpuan sedikit terarah kepada beberapa perkara lain. Selain mengikuti kursus di luar, Perhatian lebih tertumpu pada persiapan terakhir Kem Jati Diri di UTM, Skudai pada 26, 27 dan 28 Mac. Kebimbangan kalau2 program ini menampakkan kekurangan yang ketara..Kalau ada kesempatan, saya akan rakamkan aktiviti2 pelajar di http://mutiararini2.blogspot.com (tekan)
Selain itu, ada tetamu yang menginap di rumah di kala ini. Kesian pada saudara ini kerana di hujung minggu pun terpaksa berpisah dengan mereka sebab tuntutan tugas untuk bersama pelajar saya di UTM, Skudai. Walaupun mendapat keizinan dan jaminan meninggal2kan mereka, namun jauh di sudut hati terasa simpati pdnya..
Pembantu khas peribadi, Hayat pun lagi bz daripada saya. Intim dengan kerja2 kursusnya itu sebelum submit pada date line pertengahan April dan bersambung final exam sem2 pd hujung April.
Meskipun kehilangan idea..kehilangan wacana..kehilangan mata pena dan kesibukan urusan duniawi itu nampak memang jelas dan nyata... namun kupanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kekuatan untuk menjalani kehidupan sihat. InsyaAllah..moga sentiasa mendapat keberkatan, keredhaan dan perlindungan daripada Allah SWT dalam setiap inci perjalanan kehidupan ini. AMIN.....
wassalam.
No comments:
Post a Comment