Saturday, October 10, 2009

Nikmat Menghadapi Cabaran

Semakin matang kita, semakin hebat juga cabaran dan dugaan yg Allah s.w.t berikan kepada hambaNya. Setiap daripada kita tidak terlepas daripada dugaan, cubaan dan godaan yg semuanya diistilahkan sebagai cabaran. Natijahnya, tiada sesiapapun yg terlepas dengan rintangan cuma individu itu didatangkan cabaran secara berbeza-beza..

Satu cara... meluahkan perasaan dengan air mata dapat melegakan sedikit tekanan emosi yg dihadapi ...


Perkara asas yg perlu direnung apabila menghadapi cabaran adalah merenung ke dalam diri... mengenali diri kita terlebih dahulu. Orang yg mengenali diri dan penciptaNya selalu mempunyai kekuatan dalaman yg tinggi. Mengenal diri juga bermakna kita berusaha untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan maka ia memungkinkan kita lebih tenang menghadapi situasi ini tanpa menjejaskan kualiti pemikiran dan kehidupan.

melatih diri berfikiran positif


Individu akan bersyukur kerana didatangkan dengan cabaran kerana situasi itu yg mematangkan kita. Cabaran membuat kita bertindak balas terhadap sesuatu kerana tanpanya kita akan berada di zon selesa . Cabaran membuat kita berfikir, merancang dan bertindak kerana terpaksa meredah hutan belukar.....membedah sesuatu perkara yg belum kita buat selama ini.

kebahagian terletak di sudut hati..hati yg sentiasa tenang dan mengingatiNya.


Individu yg banyak menghadapi cabaran merupakan orang-orang yg matang, dapat membuat keputusan dgn baik, mampu membuat pertimbangan yg bijak, rasional dan bertanggungjawab.


tenang dan damai menikmati kehijauan alam ciptaan tuhan.....


Hadapilah dugaan dengan tenang. Inilah waktu yg terbaik untuk kembali mendekati Allah s.w.t.Tuhan pencipta alam, pemilik segala rezki, pemilik kebahagiaan dan kerahmatan.

Oleh itu bersyukurlah , andainya didatangkan ujian, kerana tanpanya mungkin kita sentiasa dibuai mimpi, leka dengan kehidupan dlm zon selesa..


Tenang dan bertawakal serta cuba berusaha untuk mengatasinya....semestinya kita merasa lega dan ceria sekiranya berjaya melalui sedikit kepayahan dalam kehidupan ini.Ingatlah bahawa Allah akan sentiasa bersama orang2 yg bersabar. amin.....

ps selamat bercuti......cuti2 malaysia.... sempena deepavali...

No comments:

Post a Comment