Thursday, November 18, 2010

Tugas Adik Minggu Ini...


Salam..
Terlebih dahulu diucapkan selamat Hari Raya Aidil Adha.. 


Aidil Adha baru berlalu. Moga kita mengambil iktibar daripada sejarahnya kerana kelebihan Aidil Adha itu  telah diketahui umum dikaitkan  dengan nilai2 murni  pengorbanan . 

Pengorbanan kepadaNya demi  mengukuhkan  keimanan dan ketakwaan. 


Bagi muslim sejati, semestinya pengobanan terhadap Ilahi menjadi keutamaan kerana kita sangat mengerti terlalu banyak  rahmat yang diberikan kepada kita..dari ujung rambut sampai ujung kaki,  semua hadir atas rahmatNya.....syukur sesangat....

Pengorbanan dalam kehidupan
Penghayatan tentang pengorbanan  dilanjutkan di dalam kehidupan seharian . Berkorban sesuatu untuk diri sendiri serta berkorban untuk  insan-insan tersayang demi mewujudkan sebuah kegembiraan . Moga  pengorbanan kita berakhir dengan kejayaan kerana itulah yang didambakan..…

Apa yg istimewa, mungkin juga satu kepuasan....kita tentu merasa gembira jika kita dpt melakukan pengorbanan dan pertolongan  selagi tenaga kita diperlukan. Walau sekecil mana sekalipun yang kita mampu lakukan...…oleh itu, buatlah  dengan hati yang ikhlas tanpa meminta ganjaran dan penghargaan..

Pengorbanan adalah sesuatu yang suci murni , bermatlamat  serta bagi yang muslim tentulah memohon   keredhaan  Allah dan  kepadaNya  kita serahkan segala urusan....

Hu..hu.. cerita tentang pengoranan melerek-lerek nih  dan bersemangatlah pulak .. jauhnya ....


Cerita Ibu dan Tugasan Pertama Adik
Cerita ibu yg berikut ini berkaitan dgn pertolongan. Belumlah sampai ke tahap pengorbanan …
Minggu ni..minggu kedua terakhir, bermakna minggu hadapan  ada seminggu lagi bertugas  di tahun ini  sebelum  bercuti  panjang...

Sebelum bercuti, nak pastikan si adik dah ada  tugasan masa cuti ..kalau tidak, dia  main internet tanpa kawalan..

Tugasan kedua....

Tugasan ini istimewa sikit......   lebih kurang  mengambil masa 2 minggu jee....

Adik jadi bibik di rumah kawan ibu.. LAGIpun dia memang suka bebudak kecik....Kebetulan cuti awal krn SPM sedang bermula....

Anak2 ibu  diminta untuk menjaga 4 orang anak kawan kerana bibiknya balik kampung..umur bebudak yang dijaga 6 tahun dan yang kecil 5 bulan..kawan minta tolong kerana darurat....jadi, ibu  cuba menolong dengan meminjamkan si adik , hanya dia yang free ketika itu.. 

Pepagi lagi dah bangun awal  untuk memastikan si adik nih bersiap2. Membuat sedikit sarapan untuknya  . Walaupun tahu rumah kawan ada makanan..still masak dan bekalkan sedikit sebelum ke rumahnya.

Lepas tu,   keluar rumah 6.15 pagi. Masih gelap.. 30 minit lebih awal daripada biasa..

Jaga Baby
Di rumah kawan, adik  mandikan baby, kasi makan, basuh kencing berak, buat susu n salinkan pampers kalau basah….kemudian kalau baby tidur , sempat mengajar bebudak yg tiga orang lagi, layan mereka makan  , ajar melukis, belajar  n  apa2 je yang buat diorg senyap dan tak berlasak..….

'Wah, kalau dah passss  n    g-a-t-a-l ..adik dah boleh kawin,
Kan? '  . Hu..hu..hu……….menjeling dia..

‘Adik suka tak tolong......’tanya ibu pd  pagi tu di dlm kereta..
‘Bolehlah’ ..dia bersuara..


Bermakna Untuk Orang Yang Memerlukan
‘Adik….hari ini, kita menolong orang. Pertolongan itu sangat bermakna untuk orang yang memerlukan....manalah tau suatu hari nanti kita pula ditimpa kesusahan , mungkin ada pula orang lain yang sudi menghulurkan bantuan..dunia ini berpusing macam roda sayang,kejab di atas kejab di bawah......terkadang senang , tetiba susah. Mana tahu, Semuanya boleh terjadi..

kita tentu gembira dapat  menolong  orang yang sangat2 memerlukan ..…..’ ibu bertazkirah. ….. 

Si adik senyap dan berfikir…

2 comments:

Unknown said...

salam kak sal...

ni dikira hebat ler si adik tu .. dpt membantu orng yg amat2 memerlukan bantuan...

mudah2an Allah permudahkan kehidupan adik dan kak Sal juga...

sal said...

Salam Ummi..

Alhamdulillah...pertolongan yang tidak seberapa...yg penting adik minat untuk menambah pengalaman bagi melakar warna warni kehidupan..

terima kasih ummi..

Post a Comment