Saturday, September 25, 2010

berperasangka baik

Dalam meniti bulan syawal yang mulia ini, tentunya matlamat kita ialah memperbaiki hubungan dengan rakan-rakan, lebih-lebih lagi masa kini yang paling sesuai untuk kita bermaaf-maafan dengan mengambil pendekatan 0-0...


Tentunya kita mengharapkan hubungan ukhuwah  itu terjalin dengan baik,  dipenuhi  husnuzh zhan (berbaik sangka) ....

Lupakan sengketa sekiranya  masih bersisa tanggapan2 negatif akibat penilaian kita pada seseorang dari sudut luaran yang dilihat dari kulitnya sahaja.  Almaklum kita sesekali terlebih kreatif untuk mencipta persepsi2 baru terhadap rakan2 kita tanpa disedari ianya kurang tepat dan tidak adil . Sekiranya ada...

Mempercayai sesuatu informasi yang tidak berasas mengenai sahabat kita juga harus dielakkan kerana berkemungkinan ia tidak menggambarkan apa yang sebenarnya terjadi serta boleh melukakan hati kawan..

Allah SWT. berfirman, “Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. [QS. Al-Hujurat (49): 6]

Ramadan dihayati, Syawal disyukuri.. bermaaf2an serta sentiasa berperasangka positif  sambil menadah tangan memohon yang baik daripada Ilahi....

No comments:

Post a Comment