Friday, January 29, 2010

Hani.




Hani tau , Kadang-kadang ibu cemburu juga melihat anak kawan2 ibu yang  berada di asrama..berwajah ceria dapat menyesuaikan diri..berbeza pula dengan kamu  yang telah besar panjang ini  ...

Haniku sayang..
Beberapa orang di kalangan family kita sudah menasihatkan Hani supaya menimbang semula keputusan yang dibuat  itu dan ibu pula  meminta kamu memberikan beberapa tunjuk sebab dan alasan  mengapa menolak SBP .....(macam pengarahlah pulak).

Best sangatkah tinggal di rumah maka tawaran untuk ke sekolah Sains Muar, Johor  dan  Sekolah Menengah Teknik Johor  Bahru dipandang sepi...entahlah,  Hani tau jawapannya kan?

Sebagai ibu, memanglah ada rasa sedikit terkilan dan kempunan kerana pelajar yang layak ke asrama itu 28 ribu lebih dan yang ditawarkan tempat hanya  4 ribu lebih..sayangkan mempersia-siakan peluang itu?

Sejak dari kecil ibu tidak pernah memaksa2  kamu untuk membuat sesuatu tapi bukan pula bermakna ibu  memanjakan kamu. Sejak lahir hingga 16 tahun kini,  kamu membesar di depan mata..kamu memang tak banyak kerenah..mudah diasuh..bukan hyperaktif spt yang kamu sangka ....

Tapi minda kamu sukakan cabaran2 (kecuali cabaran tinggal di asrama ini).. ....kamu ingat tak, Sejak tadika, Hani memang suka masuk pertandingan2 dan yang paling mencabar  semasa tahun peperiksaan UPSR.. . Pada ketika itu kamu dicadangkan masuk pertandingan tulisan khat yang seingat ibu, kamu  menghabiskan masa 1 bulan berulang alik ke sekolah Agama selepas balik sekolah kebangsaan pukul 2.00-3.00 ptg  untuk berlatih tulisan khat .Kemudian pukul 3.00-6.00 ptg  belajar akademik sekolah agama. Habis Khat ada pula pertandingan berpidato.. kemudian pertandingan puisi... 

Semuanya yang disertai memerlukan masa berlatih dan mengurangkan waktu untuk belajar tapi kamu  tetap relax kerana kamu memang sukakan cabaran sebegitu.
Hani ketika berumur 12 tahun

Ibu teringat  lagi anakku, pada suatu ketika dulu,  ibu terlambat mengambil Hani dari sekolah..kamu duduk sorang2 di bas stop yg berhampiran dgn sekolah sambil  menyiapkan kerja rumah sampai habis di situ .... tapi kamu tetap relax juga....

Alhamdulilah tu rezki Hani  kerana  mendapat 5A UPSR ...

Semasa PMR pun begitu..ada sahaja aktiviti yang kamu buat  menyebabkan masa belajar itu terhad.

Ibu mana yg tak mahu melihat anaknya berjaya..lalu, semasa tahun mengambil  PMR ,setiap pagi ibu mengejutkan kamu seawal pukul 4.00 pagi..masa itulah kamu  study sambil ibu duduk bersama2 kamu dgn membuat kerja2 lain..kadang kala kalau kurang sibuk, ibu menyuapkan makanan ke mulutmu kerana tanganmu sebuk memegang kertas dan pensel untuk menulis..

Berkat usaha kamu dan semangat berlumba2 belajar semasa tahun PMR dan dengan bantuan guru2 diiringan doa akhirnya kamu  mendapat keputusan yang baik ..alhamdulilah ..

Hani..
Kalau  itu permintaanmu  memang  tidak mahu tinggal di asrama. Akhirnya ibu terpaksa akur dengan keputusan yang kamu buat dan tidak akan memaksa lagi..semoga Allah memberikan kamu petunjuk ....mungkinkah semuanya itu mengandungi rahsia dan hikmah tersendiri ....

No comments:

Post a Comment