Beristigfar selalu dapat menghapuskan dosa2 kecil serta menghilangkan bintik2 hitam yang terdapat di dalam hati ..
Rasullah SAW bersabda yang bermaksud 'sesiapa yang sentiasa beristigfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar pada setiap kesempitan ada cara mengatasi' (hadis riwayat Abu Daud).
Beristigfar kepada ALLAH akan merasa diri dekat kepada Yang Maha Esa . Bahkan timbul perasaan tenang.
Dosa adalah penyakit dan ubatnya adalah istigfar. Oleh itu untuk mengelakkan hati daripada lalai seseorang hendaklah sentiasa beristigfar kerana kita tidak mengetahui bilakah masanya kita diampunkan oleh ALLAH.
SUMBER:JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA.
No comments:
Post a Comment