skip to main | skip to sidebar
  • Home
  • About us
  • Contact
  • RSS Posts

salsuria

Ibarat sekuntum mawar indah yg dipupuk embun dan disinari SURIA , hendaknya begitulah jiwa nurani......... indah, ikhlas dan murni.....moga suria memancarkan sinarnya.....

Rujukan

  • Doa Dimudahkan Urusan
  • Doa murah rezki
  • Doa Shifa'- Perlindungan
  • Doa Nabi Yunus-ketika susah
  • Doa Kebahagian Kluarga
  • Doa Angin Akhmar

Mutiara Hati..


Allah tidak menjanjikan pelayaran yg indah.. Tapi Allah menyediakan perlabuhan teduh dan nyaman bagi hati2 yg tenang dan mencintaiNya..



mutiara kata2

Dan katakanlah
telah datang yang haq (benar)
Mengatasi yang batil (salah)
Al-Isra' :81

tukar bahasa



Mutiara Kata

'Dan kami turunkan dari
al-Quran ayat2 suci
untuk menjadi
ubat penawar dan
rahmat bagi
orang2 yang beriman'
(Al Isra 82).

tarikh

Labels

  • berita (2)
  • buku (1)
  • catatan ibu (100)
  • cerita (70)
  • cerpin (1)
  • diari along (1)
  • doa (8)
  • Family (21)
  • foto (41)
  • hantaran (7)
  • hantaran pelamin (1)
  • info (12)
  • islamic (44)
  • jalan-jalan (1)
  • kata-kata postitf (8)
  • khasiat makanan (26)
  • makanan (12)
  • motivasi (3)
  • muhasabah diri (3)
  • nasihat (1)
  • petua wanita (4)
  • positive Mind (22)
  • remaja (1)
  • renungan (7)
  • resepi (10)
  • sains kesihatan (29)
  • santai (5)
  • tinta ibu (1)
  • ucapan (8)

Blog Archive

  • ▼  2016 (1)
    • ▼  June (1)
      • Cerita Umrah1
  • ►  2015 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2014 (2)
    • ►  March (2)
  • ►  2013 (57)
    • ►  December (2)
    • ►  November (2)
    • ►  October (5)
    • ►  August (1)
    • ►  July (4)
    • ►  June (8)
    • ►  May (4)
    • ►  April (2)
    • ►  March (12)
    • ►  February (9)
    • ►  January (8)
  • ►  2012 (141)
    • ►  December (12)
    • ►  November (11)
    • ►  October (11)
    • ►  September (9)
    • ►  August (10)
    • ►  July (15)
    • ►  June (13)
    • ►  May (16)
    • ►  April (10)
    • ►  March (11)
    • ►  February (11)
    • ►  January (12)
  • ►  2011 (129)
    • ►  December (15)
    • ►  November (12)
    • ►  October (12)
    • ►  September (6)
    • ►  August (8)
    • ►  July (11)
    • ►  June (10)
    • ►  May (10)
    • ►  April (13)
    • ►  March (8)
    • ►  February (14)
    • ►  January (10)
  • ►  2010 (94)
    • ►  December (15)
    • ►  November (6)
    • ►  October (6)
    • ►  September (4)
    • ►  August (8)
    • ►  July (8)
    • ►  June (9)
    • ►  May (9)
    • ►  April (8)
    • ►  March (6)
    • ►  February (9)
    • ►  January (6)
  • ►  2009 (47)
    • ►  December (8)
    • ►  November (10)
    • ►  October (6)
    • ►  September (9)
    • ►  August (12)
    • ►  July (2)

renungan.......

  • mencari cinta ILAHI-u husna
    SAJAK : ANTARA 2 USIA
  • SiNaR IsLaMi-Mukshim
    Road to Bandung 2025
  • Pusat Kefahaman Islam AKI
    Serambi Masjid: Nazar ulama hampir karam
  • GentaRasa-Ustz Pahrol
    Nigerian workers strike over cost of living crisis
  • Ummuhani.com
    SWAB PCR COVID-19
  • Perjlnan Yg Indh-umiyati
    Jauh jauh Seluang Melaut
  • MyIbrah
    Nafkah dan Zakat Isteri yang Sudah Bercerai
  • NEKCUN
    Remember... We're not alone!...
  • BEING A DOCTOR FOR UMMAH
    KUATKAN HATI INI YA ALLAH
  • PUTERIKU SAYANG
    Masanya sudah tiba?
  • dakwahku
    Hadis : Terima Undangan Dan Menerima Hadiah
  • Tazkirah Kehidupan-umi
  • KuasaSukses.Com
  • SUATU PERJALANAN
  • AnakkuSoleh.com

koleksi resepi

  • Embun ♥ Kaseh ♥ Rosaliza
    TAT NONA
  • 1001resepi
    Kacang Kuda Tumis dengan Daun Kari
  • Resipi Noraini-KEK
    JADUAL KURSUS 2020
  • ^_^ E-NA LOVELY KITCHEN ^_^
    BAJA AB ELOK UNTUK SAYUR-SAYURAN
  • Teratak Chetam-KEK
    Bila Potong Kek Coklat Lava....
  • Koleksi masakan dari internet
    Resepi Aiskrim Vanila Mudah
  • ROSRI kitchen
    Cucur Udang Planta
  • Secubit Garam
    VICTORIA SANDWICH CAKE
  • KongsiResepi.com
  • My Resipi: jom kongsi resepi

Semoga Hati Secantik Bunga

Image Hosted At MyspaceGens
Di dalam kerendahan hati ada ketinggian budi.Dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada keluasan ilmu
.


Asma Ul Husna

terima kasih cik Transformasi shashi

create your own banner at mybannermaker.com!

Terima Kasih kak Ani

Terima Kasih kak Ani

Daripada E-na

Daripada  E-na

Drp Tinie

Drp Tinie
Cetusan Minda

Drp Nopija

Drp  Nopija
Mutiara Nolan

Ddp Kasihredha

Ddp Kasihredha
kasihredha

pelawat (feb'12)

free counters

masa

Image Hosted At MyspaceGens


Masa kini, masa hadapan adalah penting,moga dpt dimanfaatkannya dgn baik ...

Renungan

Image Hosted At MyspaceGens A contended mind is the greatest blessing a man can enjoy in this world. Joseph Addison

exchange rate

Malaysian Ringgit Exchange Rate
Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts

Monday, July 15, 2013

Makan secukupnya...

Assalamualaikum...

Pada satu hari, Imam Malik bin Anas menangis ketika hendak berbuka.. Ketika ditanya oleh muridnya, beliau berkata "Aku sedih melihat makanan yang banyak kerana terkenangkan Rasulullah s.a.w. Baginda berbuka dengan makanan yang sedikit tetapi amalannya banyak.. Sedangkan aku berbuka dengan makanan yang banyak, tetapi amalanku sedikit .."

Pengajaran cerita :
1. Makan secukupnya. Mengelak pembaziran itu yang terbaik..

Posted by sal at 12:37 AM 6 comments
Labels: cerita

Monday, March 18, 2013

Yang Berpatutan...

Petang tu free..Kakak ajak ibunya untuk temankan pergi ke Jusco untuk cari kasut... Pusing2 dari satu permis ke permis kasut  lain..

Apa yang pasti inginkan pilihan yg sesuai dengan taste dan harganya berpatutan...
Dari jauh dah nampak  susunan kasut yang berwarna-warni...meriah...Banyak juga jumpa kasut eksklusif, ada pula kasut bertaraf glamour yg tumitnya sehalus paku besar, ada juga kasut lap lip-lap lip yg terang benderang ..confirm,  memang tak sesuai pada dia..

Hanya nak memilih kasut simple, ada sedikit tumit ...berwarna  hitam agar dpt dipadankan dgn semua baju....
Terpandang deretan kasut yang simple tapi menarik ni....Nak tau harganya???.....foto kasut  atas tu ada yang berharga RM289.00.....tapi kasut kulit ni akan mengeluarkan kulat jika simpan lama dan tak jaga elok2...

Dah puas pusing2..Akhirnya dpt jugalah apa yang dihajati....
Posted by sal at 1:57 PM 8 comments
Labels: cerita

Monday, February 25, 2013

Hari Ini Dalam Sejarah

Assalamualaikum..
Hari dalam sejarah...first time ibu dan along mengikut perarakan sempena sambutan Maulidur rasul di masjid tempat kami ...kami berarak di bawah panji2 kumpulan Yasin Muslimah di taman ini..berarak keliling taman...terasa  nikmat dan segar dpt  jalan kaki ramai-ramai....

Perarakan ini menemukan along dengan guru-guru form six..pertanyaan cepu emas mereka ?? bila awak nak kawin ??? ......huhu..senyum sokmo..
Selepas perarakan, kami mendengar ceramah agama yang disampaikan  Datuk Abu Hassan Din Al Hafiz.. Memang meriah, masjid  dipenuh orang ramai...alhamdulillah..

Selesai ceramah, kami makan dalam dulang... makan berlima  sedulang..nasi panas2 sgt enak...habis...lebih-lebih lagi mengingati pesanan Datuk Abu Hassan, makanan terakhir tu kemungkinan berkat.. Jadi kami berjaya ambik berkat makanan terakhir....

Selesai majlis maulidur rasul.....kami pun bergegas ke Kota Tinggi, walaupun terasa penat tapi kami tetap menghadiri walimatulurus kawan along...itupun berpandukan GPS ....

Hari ini dlm sejarah...nak tergelak pun ada..kami memang tak pernah sampai di felda tersebut, Jadi sebelum masuk khemah sempat  bertanya...  penyambut tetamu mengangguk, memberi isyarat bhw inilah rumah pengantin...confident, kami pun mengisi perut lagi..kerana ketika itu dah 3.30 ptg, dah lapar balik...

Selepas makan ..kami bersalaman dengan tuan rumah.....rupa2nya..... nama pengantin seakan2 sama...rumah pengantin pun memang dekat2 saja....aduhai...maafkan kami yee...

Nasib baik tuan rumah mesra alam dan mereka melayan kami dgn baik..... nak buet camne...
Terkedu...Sampai di rumah pengantin yg dicari...kami minum air sajalah...perut dah kenyang. Duduk sekejab kerana kepenatan, sebelum pulang........

PS: moral value: Walaupun guna GPS tapi  perlu lebih peka bertanya sehingga sehingga jwpnya pasti....

Posted by sal at 12:44 AM 13 comments
Labels: cerita

Thursday, January 24, 2013

Permintaan Isteri..

Dunia ini hanya pinjam-pinjaman..pasangan hidup kita pun hanya pinjam-pinjaman. Suatu hari nanti, kita akan terpisah juga kerana ada satu titik yg akan memisahkan kita iaitu ajal..hakikatnya siapa yg pergi dulu semuanya perancangan Allah dan di luar kemampuan kita untuk mengetahuinya......

Terdapat suatu kisah.... seorang isteri  telah meminta izin untuk memandikan jenazah suaminya di hospital..Ustaz akhirnya memberi kebenaran kepada isteri arwah untuk memandikan jenazah..

Dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, 'Ini wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang..Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kita di akhirat nanti..'

Ketika membasuh tubuh jenazah suami, isteri  berkata 'Tangan ini yang mencari rezki halaL untuk kami, masuk ke mulut kami. Moga Allah beri pahala untukmu suamiku'

Semasa membasuh tubuh jenazah suami, beliau berkata 'Tubuh inilah yang memeluk dan memberi kasih sayang kepada ku dan anak-anak. Moga Allah memberi pahala berganda untukmu wahai suamiku..

Ketika membersihkan kaki jenazah suaminya si isteri  berkata 'dengan kaki ini abang keluar mencari rezki untuk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata-mata untuk mencari sesuap nasi, terima kasih abang..moga Allah beri kau kenikmatan hidup di akhirat dan pahala yang berlipat kali gandanya'.

Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata 'terimakasih abang kerana aku bahagia sepanjang menjadi isterimu dan terlalu bahagia . Terima kasih kerana meninggalkan aku bersama permata hatimu yang persis dirimu dan aku sebagai seorang isteri redha akan pemergianmu kerana kasih sayang Allah padamu'....

Iktibarnya..sementara masih hidup..Suka duka berkongsi kehidupan. Oleh itu, Jadilah sama-sama  pembimbing, ingat mengingat antara satu sama lain supaya  berada di jalan yang lurus..moga bahagia di dunia dan akhirat..

Posted by sal at 9:52 PM 9 comments
Labels: cerita

Tuesday, December 11, 2012

Dia pesakit Kanser...

Assalamualaikum
Moga kita semua dalam perlindungan-Nya dan diberi kesihatan yang baik..
Berikut mengenai cerita pesakit payu dara....
terkesan hati mengongsi kisahnya....

Ketika bermastautin di As, Dina  sempat  mengenali Liana, seorang pesakit kanser,  yang berasal dari Malaysia ...

Waktu itu pertengahan musim luruh di Vermont As, Dina ke Klinik Pakar Payu dara. Hatinya resah gelisah. Dirasakan penantiannya bertemu doktor sgt lama.. Di luar sana, Dina dapat melihat dedaun pelbagai warna jatuh berguguran dari pokok maple melayang-layang memenuhi taman. Udaranya yang sejuk ketika melintasi taman sudah tidak menyegarkan..Keindahan taman yang dihampari dedaun kering sudah tidak dapat mententeramkan jiwanya..

Di klinik itulah Dina bertemu Liana seorang pesakit kanser, non Muslim yg banyak memotivasikan dirinya..

"Cantik, kan musim luruh ni??" sapa Liana..Mata birunya yang bundar itu, bercahaya walaupun kelihatan lebam di bawah mata ...

"Bolehlah.. tapi tak lama lagi musim sejuk. Daun-daun gugur menyebabkan hati saya semakin sedih" jawab Dina yang tidak dapat menyembunyikan perasaannya. Bimbang dan murung melanda diri  ...

"Musim sejuk pun cantik juga. Awak boleh bermain-main dengan seronoknya"..kata Liana meyakinkan. Walaupun sakitnya  kritikal, dia tetap  tenang..

"Saya tak suka salji. Sejuk dan suram" Dina mengeluh. Keresahan mula menguasai hati berikutan kehadiran ketulan di payu dara yg baru dikesan...

"Dina....rasa sejuk dan suram itu cuma dalam minda kita sahaja. Kalau awak fikir sejuk, awak akan rasa sejuk..Pada saya, musim sejuk menenangkan fikiran ..Saya tak fikir langsung akan kesejukannya..apa yang difikirkan hanyalah bagaimana boleh saya menggembirakan anak-anak di musim ini" kata Liana. Dia terus bercerita tentang keseronokan bermain salji, tentang keindahan salji yang turun ke bumi, tentang salji memutih bak hamparan permaidani...

 "Menurut doktor, saya hanya boleh menikmati tiga musim sejuk saja lagi " Liana menambah...wajahnya yg bersahaja itu sangat tenang . Dia membuang pandangan jauh...

Setelah lama mendiamkan diri..Liana membuka mulut lagi  " Dua tahun lepas, saya dibedah untuk membuang ketulan payu dara, sekarang ia merebak ke dalam sistem limfa pula. Doktor dah tak boleh buat apa-apa lagi. Apa yang boleh saya buat sekarang ialah bergembira dengan apa yang ada, hingga nyawa saya diambil semula.....".

Dina renung anak mata Liana dalam-dalam. jiwanya terusik dengan pengakuan itu..namun kagum dengan kekebalan hati Liana. Sudah pasrahkah Liana..lantarannya penyakit yg serius itu tidak mengugah  emosinya????..

Sebenarnya derita selalu melanda hidup Liana. Dia anak yatim. Berkahwin ketika menjangkau 18 tahun. Dia mempunyai anak kembar lelaki. Liana suri  rumah sepenuh masa. Tapi malangnya suami yang diharapkan kaki minum dan kaki pukul. Rumah sewa tidak berbayar menyebabkan dia dihalau keluar drp rumah sewa.. Tak tahan, akhirnya dia bercerai dengan suami.

Liana membawa haluan. Demi kelangsungan hidup dan untuk membesarkan anak kembarnya, dia bekerja. Tanpa menghiraukan kesulitan yang membebani hidupnya, dia mengambil kursus sambilan dalam bidang komputer pada hujung minggu. Berbekalkan kemahiran baru, dia diterima bekerja sebagai penolong pembantu tadbir di sebuah syarikat kecil. Bekas suaminya tidak pernah langsung memberi wang sara hidup anak...

Saat  hidupnya kembali bersinar, kebahagiaan Liana saolah-olah diragut semula dengan penemuan kanser payu dara... Dia terpaksa menjalani kemoterapi yang mengurangkan daya tahan tubuh terhadap serangan penyakit dan jangkitan. Kanser telah merebak ke seluruh badan. Namun dia tetap bangun membina kehidupan yg pincang. Tabah menempuh derita. Liana terus bekerja selagi terdaya. Dia langsung tidak patah semangat. Masa berkualitinya juga digunakan sepenuhnya bersama anak-anak....

Suatu hari ketika bertemu Liana, Dina hampir menitis air mata...Liana sangat kurus..Pergelangan tangannya pipih, tinggal tulang..Rambutnya jarang hingga menampakkan kulit kepala. Lebam di bawah matanya semakin membesar. Bibirnya tidak mekar merah .. pucat dan hambar. Hanya matanya sahaja yang tetap cantik seperti dahulu..

Namun ..dia  belum mengalah..Kehidupan harus diteruskan seadanya...

Dina mengingati pesanan Liana bahawa "Kita masih boleh gembira apabila menukar cara kita melihat kehidupan ....".Kata-kata Liana memberi semangat kepada Dina...

Posted by sal at 8:24 PM 20 comments
Labels: cerita

Saturday, October 6, 2012

Semalam...

Assalamualaikum
Semalam, ibu menemankan along dan kawannya
untuk membuat rakaman sesuatu tugasan....
Secara kebetulan, ibu ikut kerana nak pergi ke tempat lain, satu jalan.....

Sampai di sana memang  agak lewat 
daripada masa yang ditetapkan..
tapi semua dirancang berjalan dengan lancar
syukran..
Salah satu pemandangan air terjun di bilik itu..
tenang...
Mengumpul data dan maklumat..
Alhamdulillah selesai tugasan mewawancara seorang personaliti..
*****
Malamnya kami pun bawa kawan along jalan-jalan,
dia baru dua kali datang ke sini..
Kali ini dia teringin nak ke JPO ...
wah JPO......branded !!!!
baiklah kami pun membawa dia ke sana...
Pemandangan di hadapan tangga..
Damai sungguh melihat pancuran air  yang mempunyai pelbagai warna..
Reka bentuk bangunan di sini juga memang cantik ..
lanskapnya pun cantik juga..
sesuai dengan individu-individu yg bercitarasa tinggi!!!
kat sini, tengok jeee yeee tuan puan.....
 kilatnya cermin..
kilatnya duit...
 diskaun..diskaun..diskaun..
tu diskaun dia..
diskaun kita ???
 Tempat baru begini masih tak ramai orang...
berbanding di tempat2 lain spt Giant, Tesko, Jusco
yang  barangnya lebih banyak pilihan dan flaksible dgn kemampuan..
Apabila kaki dah penat berjalan..
kami pun balik..
Posted by sal at 5:30 PM 8 comments
Labels: cerita

Monday, September 17, 2012

Perancangan..

Assalamualaikum...

'kakak, pagi ni saya pergi ke Negeri Sembilan dulu, balik nanti baru  singgah kenduri kahwin di kampung' pesanku pd kakak...beritahu dia awal2 supaya dia tidak tertunggu-tunggu..

Cakap pun sesedap rasa je..over confident...

Pagi tu 29 shawal, hari Ahad ... ada 2 kenduri  iaitu di Semenyih, Negeri Sembilan dan satu lagi di kampungku....cadangnya semua nak pergi....

Ditakdirkan pagi tu lewat pula bertolak....
Dari JB ke lebuh raya, kemudian masuk tol bangi, UKM...ikut laluan ke Kajang kemudian ke Semenyih....juru pandu  beritahu lebih baik lalu tol bangi UKM kerana  rumahnya hanya10 minit je dari tol bangi..Tapi catatan aku menunjukkan 1/2 jam pun tak sampai lagi ke destinasi itu...hehe...

Setelah berpusing-pusing,akhirnya sampai juga di majlis itu, kami disambut mesra oleh ibu pengantin..merangkap ibu kepada Syikin, kawan sekuliah along....

Tengok jam Kul 3.00 ptg ...dahi dah berkerut..
Aku congak-congak memang tak sempat nak pergi ke majlis yg lagi satu......

Maaf kakak..perancanganku tersasar jauh yee..


..perancangan Allah jua yg lebih sempurna.....

Posted by sal at 5:46 AM 9 comments
Labels: cerita

Thursday, July 26, 2012

Cerita Orang Kaya-Kaya

Assalamualaikum..
Moga selalu dalam PerlindunganNya..
Baru beberapa hari tak melihat blog..rasa rindu nak menulis....

Hari ni tertarik membaca satu berita di BH seorang penjual cendol  menjana pendapatan bulanan antara RM90.000 hingga RM120.000.

Kira-kira 15 tahun dulu, beliau adalah penerima zakat bagi meneruskan kelangsungan hidup menyara sembilan anaknya yang dibelenggu kemiskinan..kini beliau bertuah kerana dapat menjana pendapatan yang lumayan..

Ceritanya pula dah masuk kategori cerita orang kaya-kaya !!!

Jom jual cendol..manalah tau, buah cempedak menjadi nangka, dapat rezki buah durian !!! hehe

Paparan ini sebagai iktibar bahawa berusaha dan bertawakal dapat mengubah hidup yang dibelenggu kemiskinan..

Dikongsikan ayat seribu dinar...
p/s: Jika dalam kesusahan..kesempitan..bacalah berulang2 kali..
tawakal kepada Allah.
Dia memberi kita jalan keluar yang tidak disangka-sangka..InsyaAllah 

Posted by sal at 1:11 AM 10 comments
Labels: cerita

Friday, May 25, 2012

Minggu Depan.

Assalamualaikum......
Baru dpt tarik nafas........lega sedikit kerana ada beberapa hari cuti ni.....Namun percutian kali ini disibukkan dengan beberapa urusan  ...harap-harap semuanya dpt dilakukan. InsyaAllah...

Minggu depan :Menerima banyak undangan.. kad jemputannya dah bersusun di kampung .....Antaranya kad beberapa saudara rapat, yg semasa kecilnya kami  intim  bermain bersama-sama, mengaji sama-sama ..berkejaran sama-sama, makan pun sama-sama...bayangkan betapa perlunya kita memperlihatkan diri di majlis anak mereka nanti.....hehe..

Minggu depan juga:  Pun ada misi pembacaan ... dah ternampak sebuah buku yang setebal 589 ms ....selak-selak lembarannya..menarik dari segi isi kandungan dan pendekatannya ...buku ini anak yg punya..ditayang2 kat ibunya....sapa suruh....berebut2 nak baca....
Minggu depan juga: Sibuk nak shopping  pd saat akhir, kemudian nak menghantar  anak yg satu lagi untuk menyambung pelajaran....ada dua pilihan matrik atau account...kedua2nya  ada kelebihan...kalau tanya cikgu-cikgu anak , mereka cadangkan ambik matrik yg shortcut...tapi kalau tanya kawan2 lain..ambik dip account, UITM.....
Lastly... buat keputusan  buat account....wlupun peluang kerjaya  mengecil (kata sesetengah org)....namun ... rezki Allah luas .. InsyaAllah klu dah buat keputusan itu, tawakal ajalah....teruskan perjalanan..walau terasa sedikit lelah....harap semua cabaran akan ditempuhi dengan baik...

Satulagi..nak masuk tribunal rumah lewat disiapkn pemaju...yang ini terasa gementarrrrrr, namun cekalkan hati..apa pun keputusannya redha dan disifatkan ada hikmah tersendiri !!!!

 Moga semuanya akan dipermudahkan urusan ..amin...wassalam..
Posted by sal at 12:29 AM 6 comments
Labels: cerita

Sunday, May 6, 2012

Pagi Ahad...

Assalamualaikum..
Pada pagi  Hari Ahad yang ceria.....
anak mengingatkan akan jemputan kahwin di rumah kawannya... 
dan ajak kami pergi sama-sama..
Memang jauh sikit..tapi memikirkan  anak akan drive  sorang-sorang ..
terasa sedikit bimbang ,
maka kami pun pergilah teman2kan..
jadi body guard pun bolehlah jugak....
Semasa bertolak ke sana, cuaca mendung .. 
sejuk sikit tak berbahang..
di pertengahan jalan..hujan mula-mula rintik-rintik.. 
lama-lama menderu-deru dan mencurah-curah...
persekitaran mula gelap sebentar...

 meneruskan perjalanan melalui jalan yg agak sempit..
tetiba2  ikut belakang lori...
lori tu melanggar lopak yang berair..tak dapat nak elak..
airnya yang banyak tu menyembur  cermin hadapan kereta kami...
bagaikan hilang kawalan sekejab....masyaAllah...
 Akhirnya sampai juga di majlis kenduri....
semasa balik dapat  berkat ....
 .Nasi baryani dan ayam pun ada......
 Bekas telur bentuk sarang burung
 Surah yasin di dalam beg
Selain yasin, bekas putih ni  pun dimasukkan dalam beg berkat....

kepada tuan rumah dan anak2nya yang menyumbangkan berkat ni
terima kasih banyak2....

Tak lama lagi cuti sekolah bermula.... 
saya dah dpt 3 kad jemputan kahwin semuanya di kampung...
kalau tiada keuzuran,..InsyaAllah dapatlah pergi kenduri tu
lagipun majlis kahwin tersebut adalah  saudara mara yg agak rapat..
Posted by sal at 1:37 AM 15 comments
Labels: cerita

Friday, April 27, 2012

Menjenguk Dia..

Assalamualaikum..
Setiap minggu kalau kelapangan
Ku pasti datang menjenguk dia....
Dia yg pernah tertangguh pembinaannya..
Akibat pemaju  lambat menyiapkan..
Rumput dah mula naik ...

Semalam pergi ke sana..
intai2..
tengok kak Bibah datang...
Shima pula dah pindah ke situ....
Meriah...

Klu tanya anak2 pasal  pindah ??
semua geleng2 kepala...tak nak pindah..
Mereka lebih suka tinggal di rumah  sekarang..
Rumah ayah..
Faham perasaan mereka
Sebab di situlah mrk membesar ....
Tempat jatuh dikenang-kenang !!!.

Kak Bibah dah renovate rumah....
mrk jadikan rumah tu rumah kedua....
cantik..kiut miut...
Kak Bibah yang selalu bagi kata2 perangsang padaku
Supaya selalu tengok rumah baru ...tapi  tak berapa baru....
terima kasih kak Bibah..

Rumah baru ???
Tetiba terlintas  difikiran nak jadi macam kak Bibah
Bertamu pd hujung minggu yek....
Hilangkan penat dan stress....
haha..belum buat perancangan..
Masih dalam tribunal..
Baru pasang grill..

PS: DOAKAN.. MOGA DIPERMUDAHKAN URUSAN..
Posted by sal at 10:34 PM 13 comments
Labels: cerita

Monday, April 23, 2012

Desaru...

Assalamualaikum..
Minggu lepas, Kami melawat sebuah sekolah di Bandar Penawar, Kota Tinggi. 
Mengikut Senai-Desaru Expressway yg baru ..melalui Jambatan ini. 
Terasa macam jambatan Pulau Pinang pula.....
Highway ni baru dibuka. Cantik sungguh pemandangannya.
perjalanan hanya memakan masa satu jam sahaja ...

masa tu, order makanan tengah hari di kantin,
nak makan kat Desaru..besarnya hajat..

 Waktu tu masih pagi ...
jadi kawasan di sini tak sibuk... kabus masih ada walaupun dah kul 8.30 pgi.
ternampak sebuah kapal sedang belayar di sungai tu...
ha..ha teringat zaman kamu kecil  anak2ku....
kamu yg suka tengok pantai..
kamu yg suka berlari-lari...terjatuh macam ......

 ibu ni, entah kenapa tetiba  terkenang  zaman kamu kecik2....

Akhirnya kami tiba ke lokasi yg  dituju...
Sekolah di Bandar Penawar tu, dekat dengan Desaru,
kalau drive...lebih kurang  10 minit sahaja...
Namun  program lawatan  tersebut lambat  berakhir..
kami menyangka program habis kul 11.00 pagi....
tapi berlanjutan hingga kul 12.00 tengah hari..
 dan kami perlu balik  sebelum kul 1.00 tengah hari......
maka hajat  nak ke Desaru  tertangguh..
tak kesampaian..
kempunan , hehe.

anak2 ibu....jika masa mengizinkan..
jika ada kesempatan..
jika ada kelapangan
nanti bolehlah kita ke sana ...InsyaAllah..

Posted by sal at 2:35 AM 13 comments
Labels: cerita

Saturday, April 21, 2012

Pengalaman Seseorang.....

Assalamualaikum..
Moga kita sentiasa di dalam perlindunganNya..


Pengalaman berikut mungkin asing pada kita. Namun tak salah jika kita mengetahui perkara-perkara ghaib di luar kemampuan minda berfikir..


Hidup  sentiasa di kelilingi rakan. Rakan dapat membantu di kala susah dan senang. Setidak-tidaknya ada situasi yang menyebabkan kita memerlukan rakan terutama dalam bidang kerja. Namun tak dapat dinafikan ada juga situasi yang mungkin boleh mengajar kita supaya lebih berhati-hati dengan rakan. Kita mungkin tak ada musuh...tapi kata orang, rambut sama hitam, hati lain-lain..OK, dikongsikan sebuah cerita mengenai pengalaman seseorang terkena sihir (yang disedut drp...)


Pagi itu apabila bangkit daripada tidur, tiba-tiba bahagian pinggangnya mula terasa sakit. Namun gagahinya juga..Secara tiba-tiba dia sukar rukuk semasa solat maghrib dan berlanjutan sakitnya hingga ke lutut menyebabkan Liza sukar bergerak...


Dengan bantuan rakan, Liza dibawa  ke klinik tetapi doktor menyarankan agar dia dibawa ke hospital. Kesakitan di lutut dan peha semakin terasa bagaikan dihiris-hiris. Keesokkan harinya sekali lagi dia ke klinik dan doktor hanya memberikan ubat penahan sakit...


Filem X-ray menunjukkan seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Rawatan seterusnya  dirujuk ke hospital pakar namun proses menunggu dan appoinment memakan masa sebulan.


Keputusan x-ray tidak banyak membantu untuk mendapatkan petunjuk.  Akhirnya dia dirujuk kebahagian rehabilitasi untuk fisioterapi. Keadaan fizikal telah membataskan pergerakan. Keinsafan meresapi nalurinya apabila terpaksa bersolat secara duduk tapi dia redha dengan segala dugaan.


Atas saranan beberapa staff, liza mencuba rawatan alternatif iaitu rawatan secara ruqqayah. Liza sendiri hairan mengapa hatinya terbuka untuk menerima rawatan itu sedangkan dia rasa terlalu asing....


Rawatan itu berlanjutan sebanyak tiga kali. Kali pertama terdapat dua mata pisau gilet dikeluarkan dari limau nipis. Kali kedua pula dua bilah jarum keluar dari  telur dan kali ketiga gumpalan benang kuning dan hitam serta air kotoran keluar dari belahan limau nipis. Walaupun pengunjung di situ merasa terkejut, namun Liza tenang melihat benda-benda pelik yang berjaya dikeluarkan dari tubuh..


Akhirnya Liza sudah boleh tidur lena dan tidak bermimpi ngeri lagi walaupun masih terasa sedikit sakit di peha dan lutut.


Suatu hari, dia mengunjungi sahabat lamanya. Kebetulan sahabatnya itu telah 'diresapi'. Sahabat itu menyatakan bahawa kesakitan yang dialami Liza berpunca daripada jarum lalu menyebut nama orang yang menghantarnya bertujuan supaya dia lumpuh dan berhenti kerja.
Liza terkedu dan merasa hiba kerana nama yang disebut itu adalah rakan yang dikenali. Walaupun pilu, Liza cuba rasional dan positif.


Liza juga dinasihatkan supaya tidak mempercayai sangat apa yang berlaku dikhuatiri wujud fitnah yang merenggangkan hubungan. Dia sentiasa meletakkan peristiwa itu sebagai petunjuk  dan kepadaNya dia berserah serta bertawakal...


Terjemahan surah al Falaq  (ayat 1-5)
1. Katakanlah : Aku berlindung kepada Tuhan (yang menguasai waktu) subuh.
2. Dan bahaya (kejahatan) makhluk
3. Dan dari bahaya (kejahatan) malam apabila gelap
4. Dan dari bahaya (kejahatan) yang mengembus (tukang sihir) pada simpulan
5. Dan dari bahaya (kejahatan) orang yang dengki apabila dengki
sejarah ayat ini diturunkan ketika Rasullah telah disihir oleh seorang pemuda Yahudi.



Posted by sal at 3:15 PM 3 comments
Labels: cerita

Monday, March 26, 2012

Belum Makan Nasi..

Assalamualaikum...
Rindu nak menulis tapi tak berkesempatan..

Semalam over time dan masa balik pula dah  magrib..

Sampai sahaja di rumah...
tempat pertama yg dilawati adalah  ruang dapur.. 
kelihatan bersusun2 tapware penuh dengan makanan..

Amboi !!!
Kekenyangan semua isi rumah..
Ada nasi kerabu pemberian jiran tetangga....sodap..
murah rezki makan !!!
Alhamdulillah..syukran

namun hati terdetik, .
kalau siang sikit tentu boleh beri makanan yg brlebihan ni
kepada org lain  pula ..

lepas tu, sebelum tidur si ibu tergerak nak  tengok fb ..
tetiba anak di rantau sempat menyapa dalam ruangan chating..
'ibu, seharian angah tak makan nasi ni, 
tak selera tengok lauk yang sama setiap hari'..

MasaAllah...klulah dekat..sudah tentu menjengah...... 
hati cepat saja tersentuh klu tengok orang lapar-lapar ni...

tapi, bila difikir-fikirkan..biarlah...
anak-anak dah besar..
pandai-pandailah bawa diri di rantauan....
mungkin pengalaman  spt  yg dilaluinya ini..
membuatkan dirinya  lebih tabah dan kuat !!!..

Posted by sal at 12:51 AM 11 comments
Labels: cerita

Monday, March 5, 2012

Bersalah..

Assalamualaiakum..
Apabila membaca cerita ini..perasaan kita bercampur-campur..

Seorang hakim berasa sebak setelah pesalah dijatuhkan hukuman kerana mengaku salah mencuri ubi kayu. Pesalah itu adalah seorang nenek tua yang miskin, anak lelakinya sakit dan cucunya kelaparan.

Nenek itu merayu untuk dilepaskan...Namun pengurus ladang itu tetap membawa pesalah ke mahkamah.

Di ruang mahkamah pengadilan..Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu..

”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang., Undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.


Nenek itu tertunduk. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.

‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.

“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh”

sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya.....
Posted by sal at 12:13 AM 11 comments
Labels: cerita

Monday, February 13, 2012

Luahan Hati Seorang Suami...

Assalamualaikum..
cerita ini dipetik dr FB, Saya ringkaskan sedikit...

Saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang tidak saya cintai. Rupa parasnya sederhana, tidak pandai bergaya, tetapi kuat imannya..,bertudung labuh, bersopan santun, ber budi bahasa., Perkahwinan ini diaturkan oleh keluarga walaupun ketika itu saya belum bersedia.

Sebenarnya, saya sudahpun mempunyai teman wanita yg cantik dan kami saling menyayangi tetapi teman wanita saya agak sosial  dan tidak menutup aurat. Selepas berkahwin dengan isteri, jiwa saya  keliru. Saya marahkan isteri kerana dia yang menyebabkan saya  dan kekasih  tidak dapat bersama.

Saya selalu  mencari jalan untuk menyakitkan hatinya dengan harapan dia meminta cerai namun dia seorang yang penyabar. pernah saya tidak balik ke rumah dengan tujuan agar dia membenci saya tetapi walaupun lambat balik, dia akan tunggu dan bertanya dengan mesra  :“Abang dah makan…? Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”

Pernah suatu hari saya menampar mukanya kerana bertanya..…”Abang dah solat?...abang tak pernah solat ke? Paannggg..!!satu tamparan kuat.... Perasaan geram, marah dan rasa terhina kerana ego yg menggila…Bengkak pipinya., dia menangis terisak-isak....

Suatu hari.,dia membawa sepinggan nasi goreng untuk saya. pada masa itu, saya sedang berbual mesra dengan kekasih di handphone..ketika itu, dia datang menyuapkan nasi ke mulut saya lalu  saya tolak sehingga jatuh pinggannya . Dia mengutip nasi goreng itu dengan linangan air mata …

Saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dengan kawan-kawan di luar dengan harapan isteri saya sakit hati dan meninggalkan saya, rupanya dia tabah dan bersabar..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.

Suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar, dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya  saya tahu dia berbohong.

Suatu hari saya  mendapat kemalangan. Mungkin itulah   balasan Allah. Tulang paha saya patah dan  saya tidak berdaya utk bangun. Hampir lima bulan saya terbaring, Isteri sayalah yang  menjaga dengan setia. Berak kencing saya dibasuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan  geli.

Dialah yang memandikan saya…menggosok badan dan memakaikan pakaian utk saya..Apabila mengerang kesakitan kerana kaki bengkak dan berdenyut-denyut, dia bangun  tengah-tengah malam menyapukan krim dan memberi ubat sehingga saya rasa lega dan tertidur..tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi...

Isteri sayalah yang menyuapkan makanan., dia  tidak makan melainkan setelah saya kenyang. Dia menyediakan makanan dan minuman mengikut selera saya. Sewaktu  terlantar sakit tiada teman-teman yang datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat. Apabila  kekasih  tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun, dia tidak mahu menghubungi saya  lalu meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huhu..

Barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan…..saya kasar, kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya..

Ketika saya mampu berjalan., isteri saya  telah jatuh sakit. Badannya menjadi kurus kering., tiada selera makan..,terbaring..tak bermaya...

Kesihatan isteri saya makin teruk..mukanya makin pucat tetapi dia tetap senyum. Saya memohon ampun dan maaf di atas kesalahan yg pernah saya lakukan. Dia tenang dan memaafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”. Berderai airmata saya. Hancur dan pilu hati saya..Baru saya menyesal.

Selepas itu, isteri saya di masukkan ke wad kecemasan.,saya menjaganya setiap hari. Saya belai rambutnya. Saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir.

”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…” Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan ...malah ada yang memuji kerana beranggapan saya suami yang penyayang…ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.

Isteri saya meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat kemudian dia merasakan masanya utk menghadap ilahi semakin hampir...

Tepat jam 3.00 ptg setelah dua minggu berada di hospital…isteri telah pergi meninggalkan saya buat selama-lamanya dengan rasa bebanan dosa dan jutaan kesalan di hati .. Saya meraung semahu-mahunya…..

Saya tak tenteram… Apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri akan diampunkan Allah?…..jiwa saya terseksa…..

Mungkin ini hukuman yang patut saya terima. Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat..,berbuat baik..,takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”

Sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati.Lagu itu adalah sebuah harapan kasih sayang yang dimpikannya dari saya yang tidak kesampaian....

Di dalam nota itu dia menulis.......

"Dahulu...saya sentiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja …..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…sayang abang selamanya."

Saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…
Posted by sal at 3:39 AM 15 comments
Labels: cerita

Saturday, February 4, 2012

Jamuan

Assalamualaikum..

Selepas habis kerja, kami menghadiri satu majlis Jamuan
di Palm Resort Golf .
Majlis ini anjuran tempat kerja..tak sedap kalau tak pergi..
walaupun sebenarnya saya terlupa tarikh tu ..
dan sudah tentu tak sempat nak balik rumah dulu ..
tengok pakaian hari tu tak berapa nak smart....
...perasaan betul....

tetiba ketika itu suasana bermuram durja
dan awan menjadi kelabu..
diiringi  limpahan hujan yang mencurah-curah
nasib baik tiada guruh....bertolak pukul 2.30 ptg..
tempat ni tak berapa jauh drp Senai Airport..

Inilah tempatnya..ia berhampiran dengan Lapangan Terbang Senai..
Majlis dijadualkan akan berlangsung pada pukul jam 3.00 ptg 
tapi bermula hampir ke pukul 4.00 ptg ...
mukadimahnya adalah ucapan alu-aluan dan lain-lain ucapan
antara bilik-bilik yang boleh ditempa jika ada majlis untuk staff..
 kadar harganya adalah  biasa di sini..
High Tea : RM32.00 seorang..tengok menu..
 Oleh kerana datang awal sebelum majlis berlangsung..
dapatlah snap..
 sedang mendengar ucapan..
makanannya ok jugaklah..

Maaf yee..tak sempat nak rakam menu di situ..
lagipun melayan perut yang sedang menyanyi merdu..
pukul 8.00 pg tu  sempat breakfirst
 seketul kuih dengan air suam...
masa jamuan kul 4.30 ptg...maka  tentu saja  sehabis2 fokus......

P/S: Selamat Menyambut Maulidur Rasul..
Mari kita berzikir dan 
berselawat ke atas junjungan Nabi Muhamad SAW

Posted by sal at 2:35 PM 6 comments
Labels: cerita

Sunday, January 15, 2012

Mama Oh Mama..

Assalamualaikum..
"Mama, , adik baru saja melukis....". Si kecil berlari-lari  megah untuk mendapatkan ibu. Tak sabar dia hendak memberitahu aktivitinya.....

"Adik melukis pakai lapstik mama' si kecil menyambung lagi, lurusnya dia....



"Lapstik mama ??" Si ibu terperanjat..

Si ibu memandang anaknya..tiba-tiba terlihatlah akan laptiknya itu   yang tinggal separuh. .Harga lapstik itu bukan saja mahal tapi ia baru saja dibeli..

Hati ibu  hampa dan kecewa..

'Adik !!!!!!! ' Si ibu mula mengamuk sakan. Dia hilang sabar lebih-lebih lagi apabila melihat baju anak perempuannya sudah dipenuhi dengan warna merah-merah..

Si ibu melempiaskan emosinya. Mengamuk sakan. Hilang pertimbangan. Si kecil menjadi mangsa  amarah. Tanpa rasa belas kasihan..  tanpa menghiraukan jeritan.....Akhirnya anak itu  lembik, kaku dan tidak bergerak lagi.......

Si ibu  tiba-tiba terhenti...

Dia menggoncang-goncang  tubuh si anak sambil menangis dan memohon agar anaknya membuka mata..Namun sudah terlambat kerana jantung anak itu  sudah tidak bergerak lagi..

Di saat itu, si ibu terpandang akan tulisan lapstik di selimut  anaknya  dengan perkataan berbunyi ' sayang mama sampai bila-bila'.....

Cerita ini  dari FB..Moga ia menjadi renungan bersama.. 


Sekian wassalam.. 
Posted by sal at 11:38 PM 13 comments
Labels: cerita

Sunday, December 11, 2011

Ombak Rindu..

Sejujurnya saya bukan peminat filem Melayu, lagipun saya tak begitu mengambil tahu tentang perkembangannya tapi bukanlah betul-betul zero, adalah sebuah dua filem yang pernah ditonton melalui CD atau TV ..

Entah mengapa ..hari tu anak-anak ajak menonton, Lagipun cerita ini diberi publisiti yang meluas melalui media arus perdana. Akhirnya saya akur dengan ajakan anak. Cuti sekolah, anak-anak  pun bercuti, jadi dapatlah berkumpul mengisi masa lapang  pergi menonton Ombak Rindu ni ...Berjiwang-jiwanglah sekejap.
Ombak rindu...dari kaca mata wanita seperti saya, memfokuskan persoalan wanita. Bagaimana kecekalan hati seorang wanita utk survival hidupnya di  bandar. Hidup bersendirian tak ada tempat untuk mengadu. Tak ada tempat untuk meminta pertolongan..hehe ramainya  pengulas yang tak bertauliah.

Kemudian, Izzah bertemu Hafiz,  akhirnya terdesak untuk mengahwini Hafiz  semata2 tak mahu terus-terusan diburu dosa !!!!!.

Lumrah, sebuah rumah tangga yang dibina tidak didasari dengan cinta dan kasih sayang bukan sahaja  bermasalah, malah tidak menjanjikan  kebahagiaan, mahupun masa depan.


Izzah wanita tabah, sabar, pasrah dan redha menerima ketentuan Ilahi !!!!

Menariknya watak Hafiz, Seorang ahli korporat yang kaya, menganggap Izzah seperti pembantu rumah, seperti perempuan desa, lama kelamaan berubah persepsi menerima  Izzah seadanya,  simpatinya melimpah ruah lalu dalam diam-diam dia tak boleh membohongi diri  mencintai  isterinya sendiri... Banyaklah episod-episod sedih..yang tak cukup sehelai tisu !!!! (terujalah pulak nak ulas)

Cuma ada beberapa pemandangan yg mencolok mata ....credit to Maya Karin, Aaron, Bront Palare  yang menyampaikan watak , menjadi semantik serta artikulasi emosional dalam menggarap watak masing2. Maya Karin pelakon utama cukup versatil menghayati Izzah....

Lisa (Mila) membawa watak antagonis...berkeras untuk berkahwin dengan Hafiz kerana kesetiaan, marah kerana menangguhkan perkahwinan tapi kalau tak marah kasar sangat boleh tak !!!!. Hanya perlu resionalkan kepada hafiz mengapa dia bertindak sedemikian (eh,macam pengarah filem)
Tahniah  kepada Osman Ali kerana filem arahannya mendapat sambutan hanget,  filem ini merupakan adaptasi daripada novel nukilan Fauziah Ashaari.
Posted by sal at 3:32 PM 18 comments
Labels: cerita

Tuesday, October 4, 2011

Diana..

Semalam saya call anak. Anak cerita tentang Diana (bukan nama sebenarnya).Kini Diana belajar foundation di sebuah kolej di KL . Yuran pengajian ditanggung oleh ayahnya. ketika mengakhiri perbualan,  anak  menyuruh saya menghubungi Diana....

Diana????.........ingat dia.. classmate anak di sekolah rendah. Ayahnya seorang doktor perubatan. Namun  ada  beberapa hal tentang ayah Diana yang tidak begitu menyenangi saya, lalu  menasihatkan anak supaya berpada-pada ketika berkawan ngan Diana. Itu cerita di sekolah rendah.Selepas itu, kami lost contact. Masing-masing berpindah sekolah. Tetiba baru beberapa minggu ni, Diana ditemui melalui FB.

Atas permintaan  anak, saya call Diana..

'Makcik, saya kini telah menjadi saudara baru...' kata  Diana di hujung talian.....

'Makcik, saya tak minta izin dengan ayah untuk masuk Islam, apabila ayah tahu, dia marah lalu dia tak menghantar duit belanja lagi..saya terpaksa berjimat2, kadangkala makan meggi jee . Ayah suruh saya kembali.......saya tak mahu.' kata Diana bernada sayu..

Saya memang tahu ayahnya  strict .

'Mengapa  masuk Islam..Siapa dorong awak ?' Saya bertanya padanya soalan direct

'Tiada siapa yang dorong saya. Saya dah Islam setahun yang lalu. Saya mimpi tentang Islam. Sya mimpi melihat  kaabah. Saya dengar azan. Hati saya tenang..." Hujah  Diana bersungguh-sungguh..

Tak dapat dinafikan hidayah itu datang daripada Allah. Sesiapa yang Dia kehendakinya itu urusan Allah.

 Diana kini  masih terumbang ambing.  takde sesiapa di sana yang membantu.Dia perlukan  sokongan moral, bimbingan, kewangan dan keluarga angkat...

Setakat ini je yang saya tahu tentang perkembangan terbaru......
Posted by sal at 2:51 PM 12 comments
Labels: cerita
Older Posts Home

DDDDDDD

DASHBOARD

Al-Quran dan Kesihatan


sakit Jantung
amalkan surah
Al-Isra ayat 40-55

kanser.
amalkan surah
al-mukminun 91-100

(Info drp perubatan Islam)
Semuanya dgn izin Allah
(berusaha dan bertawakal)

Laman Salsuria

Image Hosted At MyspaceGens

Penulisnya : Sal
seorang ibu dan isteri.
Cerita mengenai
kehidupan...suka share berkaitan
kesihatan pengetahuan dan manfaat bersama.

Selamat Datang

سلامت داتڠ ك بلوڬ سلسوريا

Ziarah sini..

  • jankaulu menulis...
    Rahim Maarof Muncul kembali, Kasih sejati sudirman dan Lirik Lagu `Dir' Habsah Hasan
  • NURmata hati
    Taman Kesum
  • Kak Jee
    ENTRI KJEE YANG TAK MUNGKIN DILUPAKAN
  • Kasih iBu
    KONGSI NOSTALGIA
  • Aku kah itu?
    Terpinggir
  • Coretan Warna Warna Kehidupan
    Mak Mak Bila Jumpa Anak2
  • CAHAYA HIDUPKU
    SALAM EIDUL FITRI 1445H /2024M
  • KakCik Seroja
    Budak Sepet Terkini...
  • TransForMasi sHahSi
    Kitab Riyadhus Shalihin,Bab 31
  • SIRATAN HIDUP
  • CORETANKU
    BUBUR JAGUNG DURIAN
  • HidupUmpamaRoda-ieja
    umrah pertamaku
  • *ceritera 5S* sar+sz = sarah | syimir | syabil
    Perjalanan Haji 2018 Suhaimi & Suziyanti (Episod 20)
  • Kerdipanrohani
    Bertemu Semula
  • Ati Masyrif-Flowr/Life
    MASYAALLAH DAN SUBHANALLAH
  • NurQaseh
    PROBLEMS BLOGGING
  • Bila Jemari Menari
    Hellooo....
  • vrmega
    Kenapa perlu minum Jus Cinta Zaujah
  • Haszlena Homestay d'langkawi
    Lokasi Homestay
  • Ros
    Astaghfirullah Hal Azim
  • TITISAN NURANI
    Dua hari sebelum menginjak 63 tahun
  • DARUSSYIFA' ONLINE
    SENARAI GRADUAN SESI 2016
  • KASIHREDHA
    personal
  • Cetusan Rasa-Nur
    Salam Aidilfitri
  • ~ Kak Nah Backyard (n_n) ~
    ~ Salam jumaat - Doa anak angkat ~
  • ~Blog Yus - Our Life~
    UPKK 2015 : Tahniah Alia
  • sekadar satu coretan
    Sila la baca ye...
  • Blg SurirumahZana
    Pine Resort Kundasang, mengubat rindu
  • ! CIK BETTY SUKA TULIS-TULIS !
    Rindu
  • Deru Ombak
  • Munna Punya
    Alahai.... Lamanya Nak Seru Mood Menaip Ni
  • Cetusan Minda
    ...Dalam Peliharaan-NYA..
  • salsuria
    Khasiat Air Limau Nipis.
  • Our Lovely Girls
    Yang Kaya Raya Atau Yang Kaya Dengan Iman?
  • Tinta Kaunseling
    Ingatan: Yang Tidak Solat....
  • curahan rasa-Cqna
    ~ cotton batik n sponge cotton batik ~
  • ibuintan
    Pertemuan kembali
  • Secawan Kopi Panas
    OMG
  • Didie Sabah
    Order Yang Mantap
  • HaizamMUTIARA Knsling
    Sofa Kaunseling Boleh Hilangkan Stress...
  • HALO HANI
    REVIEW : TELEMOVIE KASHAF IMANI
  • Sanggar Maya ckLah
  • Me and My 3 Girls

ibu2 Maya

  • KsumaAngsana
  • ibubicara-salmi
  • Dieyne-langkwi
  • coklt-chic na
  • matatajam-maiNkCeta
  • mia
  • velentine
  • simple
  • laman nurani
  • ummuBicara hti ibu
  • Hann-adventurejournal
  • nurkass-actraktiv
  • pn jaja-mask
  • cik jney-

Laman 2

  • ana
  • kisahWanita
  • karyaMama-irnanis
  • yanjounal
  • cikCeriaCorner
  • salina-IbuAqil
  • surisoleha
  • love-Jepun
  • Nopija-MutiaraNolan
  • Muna
  • nuruljannah
  • maizascjoe-thousnmemori
  • ckincik-takeabkeak-trpy
  • hamizah-perth-frm deep inside*
  • cik anastasyea
  • nurain-warna khidupn
  • lily-homemade

Info

  • kpmm
  • raudah sakina Johor
  • Penawar
  • saka2
  • saka1
  • TERAPI RUQYAH
  • petua wnita
  • umhSale
  • medi
  • klnc09
  • jwtn o2
  • jwtn o
  • upu
  • sajak
  • celik ringgit
  • Norita
  • nuff
  • kesihatan
  • cikgu maleq
  • Just chill out
  • JASINhomestay
  • mazidul-netbook mobile
  • rawatan komplimentari islam
  • Petua
  • Permata Hijrah: mata BBU
  • PRUBATAN ISLM SYIFA TWKL
  • Meridian akupunktur
  • klinikal akupunktur
  • bakalhaji-travel
  • umrah-travel
  • Apa ada hri ini
  • portal pendidikan utusn
  • raudhatus sakinah
  • info kesihatan
  • nisa-novelis
  • QURAN EXPLORER

Laman Study..

  • SK Senai utma
  • smkspm
  • koleksi spmphg
  • bnkspm
  • bnksolnspm
  • eduenglishspm
  • edujosspm
  • soalnguruspm
  • gelamSPM
  • Matematik SPM
  • Science SPM/PMR

koleksi views

  • tentang ibubapa
  • ampunkn dosaku
  • Darussyifa'
  • doa
  • jln masih pnjng
  • nurkasih
  • bank soalan
  • anakku sayang
  • wli bn -tobt mkst
  • Plngi Ptg
  • wajah suci-mestica
  • tentang ibubapa

shop online

  • go geous
  • TM-1
  • UmhJual
  • umhSALE
  • umh
  • klik-prmosi
  • nieza-bakeri
  • beg tngn
  • QURBA
  • ANNURYRAH
  • zaharah-tudung on line
  • aneka butik-kain tudung
  • buku one line
  • sulamlawa
  • g-klik
  • aida-hiasan wanita
  • koleksi ixoralalqish
  • part time-siti jazlina
  • Aliahnizam-kek lapis
  • Higoat
  • barter2u
  • zaleha

islamik/motivasi/ilmiah

  • school
  • mutiara hikmh FB
  • gentaRasa
  • rhsia wnta FB
  • blijwa
  • shamdisini
  • abah-stesenaman
  • abgreds
  • Zaharuddin.net
  • arus dakwah n jihat
  • atas nama yg satu.blg
  • mcri redha Allah-karkunah
  • MGKK JB
  • bingkisan ilmu
  • iluvislam
  • MUTIARA AL QURAN
  • ridwn tee
  • Dato Fadzilah Kamsah
  • dakwahku
  • bincg
  • Pusat Kefahaman Islam
  • Minda

Posts Salsuria

  • Mee Rebus Johor
  • Hujan Di Wangsa Maju.
  • Cara-cara Membuat Aiskrim
  • Doa Angin Ahmar dan sejarahnya
  • Doa Dipermudahkan Urusan..
  • Doa Nabi Yunus..
  • Keep Going...
  • Doa Shifa'
  • Kacang Panjang Dan Diabetes....
  • Kelebihan Bendi.

smart herbs

Image Hosted At MyspaceGens

Peringatan utk diri & anak2

Image Hosted At MyspaceGens
Rasulullah SAW pernah bersabda :
"Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada ), nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu... "
Berdasarkan Hadith Nabi SAW :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari".


feedjit

DSH

DASHBOARD

Wanita

Wanita

Cinta Allah

Cinta Allah

Kehijauan

Kehijauan
Memberi ketenangan
 

Copyright 2009.salsuria Powered by Blogger

Blogger Templates created by Deluxe Templates

Images by Indeziner