Friday, January 22, 2010

Warga Emas Tinggal Di masjid

Semalam saya terbaca BH Jumaat 22 Jan '010 mengenai warga emas terpaksa tinggal di masjid kerana anak angkat yang dipeliharanya itu  tidak lagi mengindahkannya .

Lebih malang lagi bagi beliau yg telah kematian isteri itu ditinggalkan kesaorangan serta wang simpanan isterinya telah dipindah milik kepada nama si anak angkat  tanpa pengetahuan ayah angkatnya  itu..

Warga emas itu  memberitahu lagi, dia telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai penjaga kepada anak angkatnya dengan memberi pendidikan sempurna sehinggalah anaknya itu berjaya melanjutkan pelajaran  ke peringkat Universiti..


Kini  setelah anak itu  berumah tangga, bapa angkatnya  tinggal di masjid dan  bergantung kepada ihsan penduduk setempat untuk mendapatkan sesuap nasi.

Sibuk sangatkah si anak?
renung2kan....... selamat beramal..

No comments:

Post a Comment