Saintis memberi amaran duduk untuk tempoh yang lama boleh membahayakan kerana besar kemungkinan seseorang boleh mengalami kegemukan, menghadapi risiko serangan jantung atau jatuh mati.
Penyelidik ini mengingatkan bahawa mereka yang banyak menghabiskan masa dalam keadaan duduk tidak kira di pejabat, di depan komputer dan sebagainya berdepan dengan risiko ini. Jurnal perubatan The British of Sports Medicine, Elin Ekblom Bak dari fakulti sains sukan dan kesihatan Sweden mencadangkan pihak berkuasa agar menyemak semula definasi aktiviti fizikal bahaya duduk.
'Selepas empat jam duduk, badan kita akan menghantar isyarat yang tidak menyenangkan ' kata Elin Ekblom-Bak.
Mereka yang bersenam setiap hari, tetapi banyak menghabiskan masa dengan duduk mungkin pun tidak dapat memanfaat aktiviti senaman mereka, kata Tim Amstrong,Pakar Aktiviti Fizikal,Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO)
Jadi beringat-ingatlah untuk menjaga kesihatan.....selamat beramal..
No comments:
Post a Comment