Wednesday, January 13, 2010

Kali PERTAMA

Kali pertama melihat dirinya,  hatiku sudah mula berdetik dan dapat mengagak siapakah wanita elit itu. Wanita elit yang baru sahaja melangkah di hadapanku tadi. Dia bersahaja, menampakkan barisan gigi putihnya yang tersenyum sinis. Lirikan matanya yang tajam boleh menusuk ke jantung..ala hai..


Persepsi awal ini diperkukuhkan lagi dengan fakta-fakta  yang baru kutemui tadi. berdepan dengan lagaknya, keretanya, cara dia bercakap..uh..sejujurnya saya memang kurang berminat untuk melayan sepisis manusia seperti itu...

Saya hanya mendiamkan diri. Tidak akan bersuara. hanya melihat dan memerhati dari jauh . Tapi Kurang mendekatinya. Wajarkah saya bersikap begitu. Sesekali saya teringat akan etika kaunselor.....  menerima klien tanpa syarat. Berdosakah saya  merumus akan diri wanita elit itu....

Suatu hari, saya terpaksa bertemu dengannya kerana tugasan yang terpaksa dilakukan bersama. Dia menunjukkan respon yang baik. Lalu kami berbincang bersama-sama atas urusan kerja.  


Beberapa hari kemudian..saya terpaksa berurusan lagi dengannya. Oleh kerana ada masa terluang sedikit, saya sempat berbual-bual.







Sudah beberapa kali dapat bertemu wanita elit itu..Saya berkesempatan mendengar luahannya. Kemudian menyentuh isi hatinya. Perasaan empati itu datang dengan tiba-tiba.... Rupa-rupanya dia adalah seorang wanita  yang bersemangat waja. Berhati mulia..Mendambakan diri kapada ilahi.. begitu cekal wanita itu meniti perjalanan hidup....

Sesekali bersembang dengannya membuka mata hatiku tentang kehidupan....  bahawa manusia mesti berani menempuh cabaran kerana percaya akan ada  kejayaan, kedamaian, ketenangan dan kebahagiaan di penghujungnya jika berusaha dan bertawakal kepada yang Maha Esa....

Sudah pasti persepsi awal saya terhadap wanita itu sudah terpesong jauh...



Saranan daripada Syeikh Abdulkadir Al Jailani menyatakan bahawa berperasangka baiklah kamu terhadap sesama insan.


Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
“Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.



Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
“Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”


Kepada wanita elit itu, saya berdoa semoga akan terpancarlah sinar kegembiraan di sudut hatimu selalu dan  dipertemukan kebahagiaan anugerah  Ilahi......

2 comments:

insan pendidik said...

salam,

pepatah ada mengatakan jangan nilai sesebuah buku tu dari luaran sahaja. begitu juga sesama manusia... kenali la individu tu yang paling penting ialah hati budinya.

sal said...

insan pendidik: trima kasih krn mengingatkan.
org tetua berpesan, berbuat baik berpada2.berbuat jahat jgn sekali.

Tak kenal maka tak cinta..
Dah kenal menjadi rakan.

Post a Comment