Hani tau , Kadang-kadang ibu cemburu juga melihat anak kawan2 ibu yang berada di asrama..berwajah ceria dapat menyesuaikan diri..berbeza pula dengan kamu yang telah besar panjang ini ...
Haniku sayang..
Beberapa orang di kalangan family kita sudah menasihatkan Hani supaya menimbang semula keputusan yang dibuat itu dan ibu pula meminta kamu memberikan beberapa tunjuk sebab dan alasan mengapa menolak SBP .....(macam pengarahlah pulak).
Best sangatkah tinggal di rumah maka tawaran untuk ke sekolah Sains Muar, Johor dan Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru dipandang sepi...entahlah, Hani tau jawapannya kan?
Sebagai ibu, memanglah ada rasa sedikit terkilan dan kempunan kerana pelajar yang layak ke asrama itu 28 ribu lebih dan yang ditawarkan tempat hanya 4 ribu lebih..sayangkan mempersia-siakan peluang itu?
Sejak dari kecil ibu tidak pernah memaksa2 kamu untuk membuat sesuatu tapi bukan pula bermakna ibu memanjakan kamu. Sejak lahir hingga 16 tahun kini, kamu membesar di depan mata..kamu memang tak banyak kerenah..mudah diasuh..bukan hyperaktif spt yang kamu sangka ....
Tapi minda kamu sukakan cabaran2 (kecuali cabaran tinggal di asrama ini).. ....kamu ingat tak, Sejak tadika, Hani memang suka masuk pertandingan2 dan yang paling mencabar semasa tahun peperiksaan UPSR.. . Pada ketika itu kamu dicadangkan masuk pertandingan tulisan khat yang seingat ibu, kamu menghabiskan masa 1 bulan berulang alik ke sekolah Agama selepas balik sekolah kebangsaan pukul 2.00-3.00 ptg untuk berlatih tulisan khat .Kemudian pukul 3.00-6.00 ptg belajar akademik sekolah agama. Habis Khat ada pula pertandingan berpidato.. kemudian pertandingan puisi...
Hani ketika berumur 12 tahun
Ibu teringat lagi anakku, pada suatu ketika dulu, ibu terlambat mengambil Hani dari sekolah..kamu duduk sorang2 di bas stop yg berhampiran dgn sekolah sambil menyiapkan kerja rumah sampai habis di situ .... tapi kamu tetap relax juga....
Alhamdulilah tu rezki Hani kerana mendapat 5A UPSR ...
Semasa PMR pun begitu..ada sahaja aktiviti yang kamu buat menyebabkan masa belajar itu terhad.
Ibu mana yg tak mahu melihat anaknya berjaya..lalu, semasa tahun mengambil PMR ,setiap pagi ibu mengejutkan kamu seawal pukul 4.00 pagi..masa itulah kamu study sambil ibu duduk bersama2 kamu dgn membuat kerja2 lain..kadang kala kalau kurang sibuk, ibu menyuapkan makanan ke mulutmu kerana tanganmu sebuk memegang kertas dan pensel untuk menulis..
Berkat usaha kamu dan semangat berlumba2 belajar semasa tahun PMR dan dengan bantuan guru2 diiringan doa akhirnya kamu mendapat keputusan yang baik ..alhamdulilah ..
Hani..
Kalau itu permintaanmu memang tidak mahu tinggal di asrama. Akhirnya ibu terpaksa akur dengan keputusan yang kamu buat dan tidak akan memaksa lagi..semoga Allah memberikan kamu petunjuk ....mungkinkah semuanya itu mengandungi rahsia dan hikmah tersendiri ....