Saturday, November 14, 2009

Kita adalah apa yang kita fikirkan

Kita adalah apa yang kita fikirkan
(Aristotle)

kata2 ini mengingatkan saya
kepada 2 org penceramah ....


Penceramah pertama adalah seorang motivator..
Dia memberitahu tentang perkara yang sama..

Kita apa yg kita fikirkan....
 

Beliau memperkukuhkan andaian itu...
dengan memberi beberapa contoh..
yg berlaku
ya.
berlaku dalam kehidupannya.

kata beliau
kalau kita malas..
semua kerja yg kita lakukan tertangguh..
Itulah yg berlaku pd diri kita..
pemikiran kita menggambarkan diri kita...
Yang tidak berkembang...

Beliau menambah..
Kalau inginkan sesuatu..
Pastinya kita akan berusaha..
Untuk mencapai apa yang dihajatkan..
Wakau tinggi cabaran yang dihadapi..
Sanggup ditempuhi..

Lautan direnangi..
gunung didaki...
tu dia falsafahnya!!!!!

Allah maha berkuasa..
dengan izin Allah..
Kita berjaya..
Kerana minda kita dah disetkan..
Dengan doa2 untuk berjaya..
Akhirnya kita berjaya..
Alhamdulillah..

emm,
manisnya..
kata beliau tu!!!!

Katanya lagi..
Kalau kita tak nak sesuatu itu..
Contohnya rezkilah..
termasuk jawatan..peluang..
berbakul2lah alasan yang diberikan..

begitulah..
beginilah..

Memang kita dah tak berminat..
Nak cakap cammna..
Minda kita disetkan..
Dengan kata kunci 'tak nak'

Akhirnya..
Rezki tu kita tengok je..
Dia tak sampai kat kita..
kalau dah tak nak...
tak minat..
Bukan rezki kitalah tu !!!

Oh...
Em..
Yek..

Tuan Motivator tu kata lagi..
Beliau pernah terbaca..
Mengenai kisah hidup pelakon Sharok Khan..
Sapa tak kenal Sharok Khan, kan..

Muka dia yang bertuah tu..

Beliau menyambung lagi..
Ada satu rahsia yang menarik pada Sharok Khan tu..
Yang boleh dikongsikan..

Setiap pagi apabila bangun tidur..
Minda bawah sedar dia dah disetkan...
Untuk berbisik..

Nak jadi orang yang terkenal dan berjaya..

Sharok Khan bercakap perkara yang sama..
Setiap hari bangun daripada tidur..

Akhirnya..
Dia memang pelakon hebat bertaraf dunia..
Alhamdulilah....
emmm.... Subahanaallah.!!!!

Trimakasih tuan motivator..
di atas penerangan panjang lebar tu..

Penceramah kedua ..
seorang ustaz , kata beliau....
(Yang saya teringat)

Orang ni..
Kadang2 susah nak bersyukur..
Dah kaya makin tak puas..
Manusia memang tak pernah puas..

tengok contoh, En Y tu..

Siang malam cari duit..
Sampaikan..
Dia tak perasankan jiran..
Jiran pun tak perasankan dia..


Sebab hari-hari kerjanya cari duit..
Pagi ....
Malam....

Tapi semakin banyak duitnya..
Semakin banyak pulak habis..

Akhirnya....
Dia jadi hamba duit...
Materialistik !!!!

Anak sakit..
Isteri sakit..
Dia tak kisah pun..
.
bukanlah dia tak sayangkan anak isteri..
tapi, tak sempat nak hantar ke hospital..
tak ada masa.. ..
kalau bab duit, masa itu emas!!!


Oh faham..
maksudnya..
Ustaz bercerita tentang kes terlebih2 cari duit..

ustaz kata..
Minda bawah sedar dia ni asyik ingat duit je....
Sampai lupa nak beramal..

Kata beliau lagi..
Kerana tak reda dengan kekayaan yang telah ada..
Lupa bersyukur dengan apa yang ALLAH berikan..
Lupa pada dia..
Lupa pada bekalan yang hendak dibawa..

Akhirnya..
Dia tak bahagia juga....
Allah turunkan ujian la pulak..


Allahhu Akbar !!!

eh...memanglah....sapa tak suka duit?
Duit tu penting, kan....
tapi ....
kebahagiaan bukan terletak kpd wang ringgit tu je !!!

Anda bagaimana?
Apa yang difikirkan?

nak semua ?


Kalaulah ALLAH memberi kita kemampuan..
Untuk berfikir kesemuanya..

Ada juga hamba Allah...
yg diberi kelebihan..
Dapat cari duit lebih2..
dapat beramal banyak2 ...
loving n caring pulak dgn family..
dan take care dgn pekara2 mustahak yg lain..
 

Di samping..
Mengharapkan keredaan..
Yang Maha Esa..
bahagia hidup di dunia dan akhirat..

Manisnya.....
smua dapat ........


kita?
tepuk dada tanyalah selera.....

Cuma..
Saya hanya ingin kongsikan..
bahawa..
Kita adalah apa yang kita fikirkan!!!!







Nasihat Luqman

LUQMAN Al-Hakim ialah seorang Islam yang zuhud dan warak.
Beliau hidup ketika zaman Nabi Daud.




Wasiat dan nasihatnya yang mengandungi falsafah
tersirat dan tersurat banyak
dijadikan pedoman dan
panduan berguna kepada umat manusia.




Antara nasihat Luqman yang dijadikan pedoman
untuk hidup kita, termasuk:-



l) Kamu hendaklah sentiasa berada dalam majlis
ulama dan dengarlah kata-kata
hukama (orang yang bijaksana)
Kerana Allah menghidupkan jiwa yang
mati dengan hikmat seperti Dia menghidupkan bumi
yang mati dengan
hujan yang lebat.


2) Berkawan dan hampirilah ulama serta duduk dan
ziarahilah rumah mereka agar
kamu akan menjadi seumpama mereka.
Sentiasalah bersama-sama mereka dan
tumpanglah kebaikan mereka.
Kemungkinan besar apabila Allah menurunkan kebaikan

kepada mereka, kamu turut merasakan nikmat itu.



3) Sekiranya engkau seorang yang soleh, jauhilah dirimu daripada
orang yang
buruk budi pekerti dan keras kepala kerana ditakuti apabila
diturunkan
bala Allah, engkau turut menjadi mangsanya.

4) Janganlah engkau menjadi lemah daripada seekor ayam jantan,
ia telah
berkokok pada waktu pagi hari, sedangkan engkau
ketika itu masih
terbaring di atas katilmu.

ayam jantan berkokok di waktu pagi

5) Jangan sekali-kali engkau menangguhkan taubat kepada Allah
kerana mati itu
akan datang bila-bila masa saja.

....terasa diri ini terlalu kerdil apabila berdiri di tepi laut
sambil mata memandang hamparan laut yang terbentang luas..
.


6) Dunia ini bagaikan lautan dalam yang mana sudah
ramai diteggelamkannya. Oleh itu, jadikanlah takwa sebagai
kapalnya dan iman pula sebagai air yang menyirami tanaman.



7) Pukulan bapa ke atas anaknya bagaikan air yang
menyirami tanaman.




8) Tiga orang yang tidak dapat dikenali melainkan pada tiga
keadaan iaitu:



a. Orang yang lemah lembut melainkan ketika marah.
b. Orang yang berani melainkan ketika berperang.
c. Saudara maramu melainkan ketika engkau berhajat dan
memerlukan pertolongan daripada mereka.


9) Sesungguhnya dunia ini sedikit saja, sedangkan keseluruhan
umurmu
lebih sedikit daripada itu.Sementara, umurmu yang masih
lagi berbaki
amat sedikit daripada yang lebih sedikit tadi.

Saturday, November 7, 2009

Iman

Setiap perbuatan yang disertai dengan iman akan diberkati oleh Allah SWT.
Setiap perbuatan mestilah disertai dengan iman. 
Iman menjadi pagar dalam kehidupan.

Penyatuan ilmu dan iman adalah penting seperti ilmu dan amal.

Pendidikan keimanan mestilah berpandukan al Quran dan sunnah.
AlQuran adalah petunjuk yg sentiasa memberi pengajaran bgi manusia membentuk keimanan yg sempurna.

Friman Allah SWT yg bermaksud ' wahai orang-orang yg beriman peliharalah dirimu dan keluargamu daripada azab neraka (At-Tahri:6) '


Iman Muslim berwasiat, iman mempunyai bentengnya seperti yakin, ikhlas, istiqamah, memperbanyakkan amalan sunat, khusyuk dan berakhlak mulia.

Oleh itu kuatkanlah benteng keimanan kita dengan meningkatkan kualiti ibadah...

Friday, November 6, 2009

Putera puteri 5g

khas untuk putera puteri 5g..

Nantilah, Apabila ada masa saya rakamkan gambar2 kelian
dlm blog kaunseling,
semasa cuti sekolah nanti. Insyaalah , kalau free...

Monday, November 2, 2009

maksud sajak: jika kamu

sAJAK 'JIKA KAMU' juga KHAS dicipta untuk murid2 pompuan....

..Sesekali tujukanlah pd murid2 pompuan pulak........

klau tak faham ..tu dah diterjemahkan apa yg tersurat dan tersirat..

rangkap 1: Menggambarkan perasaan tak kukuh, emosi tak st
abil:oleh itu ..
ketahanan dari segi emosi & mental penting, dlm kehidupan kita....

rangkap 2: Kalau frust: rawat2 sendirilah frust tu.....

rangkap 3: Jangan cintan2, sayang oi..kamu kecik2 lagi..

rangkap 4: Dalam pelajaran kadang2 kita gagal mencapai target kita..
betul tak..oleh itu sedar2 lah...bangun..
Jadikan kegagalan itu pendorong utk belajar bersungguh2 dan
jgn persiakan2 peluang dan harapan ibubapa,belajar rajin2..

rangkap5:Tentang ketuhanan..
sayangi ALLAH yg sentiasa memberi rahmat kpd kita...

p/s: Mesej yg ingin disampaikan ialah kegagalan pd masa lalu..

tidak semestinya kita gagal selamanya...
kegagalan lepas dijadikan pedoman untuk lebih berjaya dalam hidup 
di masa depan.


Gambar ni diambil ketika kamu bersiap sedia untuk mengikuti Bacaan Yasin dlm program selepas UPSR..
Kalau ada masa saya akan rakamkan gambar2 kamu semasa persembahan thn 6 dalam blog kaunseling sekolah.

Monday, October 26, 2009

Jika kamu..

Puteri-puteriku...
Jika kamu...
masih teringat...
akan cerita semalam...
kepingan2 kaca yg retak itu...
telah runtuh...
dan jatuh bertaburan...
di atas lantai jubin yg putih bersih...
itu tandanya........
kamu kena kutip...
satu demi satu...
dengan cermat..
lalu kamu perlu membina semula...
kepingan dinding kaca yg kukuh!!!!!!!



Puteri-puteriku...
Jika kamu...
masih melihat...
luka2 yg berdarah kelmarin...
yg merah...
dan masih berbekas..
itu tandanya.............
kamu perlu membersihkannya dahulu...
dan perlu merawat luka itu sendiri...
dengan rapi...
agar ia boleh sembuh...
meskipun parutnya..
tak mudah hilang!!!!!!



Puteri2ku...
Jika kamu...
terasa bahang api..
yg panas itu..
memeritkan kulitmu..
itu tandanya...............
kamu perlu melangkah pergi..
jauh meninggalkannya..
kerana.....
kamu perlu belajar dahulu..
untuk menbina kekuatan...
sebelum bersedia...
berhadapan dengannya !!!!!!



Puteri-puteriku..
Jika masih bersisa..
kenangan semalam...
yang belum terpadam...
mengenai cerita sebuah kegagalan..
yg amat memedihkan..
maka..
itu tandanya ..................
kamu perlu..
mengatur langkah...
berlari-lari..
untuk mengejar peluang yang datang..
supaya kamu...
tidak mempersia2kan harapan itu !!!!!!



Puteri2ku..
Jika kamu...
telah hadir..
bersama rintik2 hujan..
yang dingin..
lalu bangkit semula..
mengukir senyuman...
itu tandanya.............
kamu perlu belajar bersyukur..
dan mengucapkan alhamdulilah..
kerana kamu tahu..
betapa sejuknya..
hujan yg membasahi bumi itu..
lalu menyuburkan..
pepohon nan kehijauan!!!!!


Saturday, October 10, 2009

Nikmat Menghadapi Cabaran

Semakin matang kita, semakin hebat juga cabaran dan dugaan yg Allah s.w.t berikan kepada hambaNya. Setiap daripada kita tidak terlepas daripada dugaan, cubaan dan godaan yg semuanya diistilahkan sebagai cabaran. Natijahnya, tiada sesiapapun yg terlepas dengan rintangan cuma individu itu didatangkan cabaran secara berbeza-beza..

Satu cara... meluahkan perasaan dengan air mata dapat melegakan sedikit tekanan emosi yg dihadapi ...


Perkara asas yg perlu direnung apabila menghadapi cabaran adalah merenung ke dalam diri... mengenali diri kita terlebih dahulu. Orang yg mengenali diri dan penciptaNya selalu mempunyai kekuatan dalaman yg tinggi. Mengenal diri juga bermakna kita berusaha untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan maka ia memungkinkan kita lebih tenang menghadapi situasi ini tanpa menjejaskan kualiti pemikiran dan kehidupan.

melatih diri berfikiran positif


Individu akan bersyukur kerana didatangkan dengan cabaran kerana situasi itu yg mematangkan kita. Cabaran membuat kita bertindak balas terhadap sesuatu kerana tanpanya kita akan berada di zon selesa . Cabaran membuat kita berfikir, merancang dan bertindak kerana terpaksa meredah hutan belukar.....membedah sesuatu perkara yg belum kita buat selama ini.

kebahagian terletak di sudut hati..hati yg sentiasa tenang dan mengingatiNya.


Individu yg banyak menghadapi cabaran merupakan orang-orang yg matang, dapat membuat keputusan dgn baik, mampu membuat pertimbangan yg bijak, rasional dan bertanggungjawab.


tenang dan damai menikmati kehijauan alam ciptaan tuhan.....


Hadapilah dugaan dengan tenang. Inilah waktu yg terbaik untuk kembali mendekati Allah s.w.t.Tuhan pencipta alam, pemilik segala rezki, pemilik kebahagiaan dan kerahmatan.

Oleh itu bersyukurlah , andainya didatangkan ujian, kerana tanpanya mungkin kita sentiasa dibuai mimpi, leka dengan kehidupan dlm zon selesa..


Tenang dan bertawakal serta cuba berusaha untuk mengatasinya....semestinya kita merasa lega dan ceria sekiranya berjaya melalui sedikit kepayahan dalam kehidupan ini.Ingatlah bahawa Allah akan sentiasa bersama orang2 yg bersabar. amin.....

ps selamat bercuti......cuti2 malaysia.... sempena deepavali...