Saturday, November 14, 2009

Kita adalah apa yang kita fikirkan

Kita adalah apa yang kita fikirkan
(Aristotle)

kata2 ini mengingatkan saya
kepada 2 org penceramah ....


Penceramah pertama adalah seorang motivator..
Dia memberitahu tentang perkara yang sama..

Kita apa yg kita fikirkan....
 

Beliau memperkukuhkan andaian itu...
dengan memberi beberapa contoh..
yg berlaku
ya.
berlaku dalam kehidupannya.

kata beliau
kalau kita malas..
semua kerja yg kita lakukan tertangguh..
Itulah yg berlaku pd diri kita..
pemikiran kita menggambarkan diri kita...
Yang tidak berkembang...

Beliau menambah..
Kalau inginkan sesuatu..
Pastinya kita akan berusaha..
Untuk mencapai apa yang dihajatkan..
Wakau tinggi cabaran yang dihadapi..
Sanggup ditempuhi..

Lautan direnangi..
gunung didaki...
tu dia falsafahnya!!!!!

Allah maha berkuasa..
dengan izin Allah..
Kita berjaya..
Kerana minda kita dah disetkan..
Dengan doa2 untuk berjaya..
Akhirnya kita berjaya..
Alhamdulillah..

emm,
manisnya..
kata beliau tu!!!!

Katanya lagi..
Kalau kita tak nak sesuatu itu..
Contohnya rezkilah..
termasuk jawatan..peluang..
berbakul2lah alasan yang diberikan..

begitulah..
beginilah..

Memang kita dah tak berminat..
Nak cakap cammna..
Minda kita disetkan..
Dengan kata kunci 'tak nak'

Akhirnya..
Rezki tu kita tengok je..
Dia tak sampai kat kita..
kalau dah tak nak...
tak minat..
Bukan rezki kitalah tu !!!

Oh...
Em..
Yek..

Tuan Motivator tu kata lagi..
Beliau pernah terbaca..
Mengenai kisah hidup pelakon Sharok Khan..
Sapa tak kenal Sharok Khan, kan..

Muka dia yang bertuah tu..

Beliau menyambung lagi..
Ada satu rahsia yang menarik pada Sharok Khan tu..
Yang boleh dikongsikan..

Setiap pagi apabila bangun tidur..
Minda bawah sedar dia dah disetkan...
Untuk berbisik..

Nak jadi orang yang terkenal dan berjaya..

Sharok Khan bercakap perkara yang sama..
Setiap hari bangun daripada tidur..

Akhirnya..
Dia memang pelakon hebat bertaraf dunia..
Alhamdulilah....
emmm.... Subahanaallah.!!!!

Trimakasih tuan motivator..
di atas penerangan panjang lebar tu..

Penceramah kedua ..
seorang ustaz , kata beliau....
(Yang saya teringat)

Orang ni..
Kadang2 susah nak bersyukur..
Dah kaya makin tak puas..
Manusia memang tak pernah puas..

tengok contoh, En Y tu..

Siang malam cari duit..
Sampaikan..
Dia tak perasankan jiran..
Jiran pun tak perasankan dia..


Sebab hari-hari kerjanya cari duit..
Pagi ....
Malam....

Tapi semakin banyak duitnya..
Semakin banyak pulak habis..

Akhirnya....
Dia jadi hamba duit...
Materialistik !!!!

Anak sakit..
Isteri sakit..
Dia tak kisah pun..
.
bukanlah dia tak sayangkan anak isteri..
tapi, tak sempat nak hantar ke hospital..
tak ada masa.. ..
kalau bab duit, masa itu emas!!!


Oh faham..
maksudnya..
Ustaz bercerita tentang kes terlebih2 cari duit..

ustaz kata..
Minda bawah sedar dia ni asyik ingat duit je....
Sampai lupa nak beramal..

Kata beliau lagi..
Kerana tak reda dengan kekayaan yang telah ada..
Lupa bersyukur dengan apa yang ALLAH berikan..
Lupa pada dia..
Lupa pada bekalan yang hendak dibawa..

Akhirnya..
Dia tak bahagia juga....
Allah turunkan ujian la pulak..


Allahhu Akbar !!!

eh...memanglah....sapa tak suka duit?
Duit tu penting, kan....
tapi ....
kebahagiaan bukan terletak kpd wang ringgit tu je !!!

Anda bagaimana?
Apa yang difikirkan?

nak semua ?


Kalaulah ALLAH memberi kita kemampuan..
Untuk berfikir kesemuanya..

Ada juga hamba Allah...
yg diberi kelebihan..
Dapat cari duit lebih2..
dapat beramal banyak2 ...
loving n caring pulak dgn family..
dan take care dgn pekara2 mustahak yg lain..
 

Di samping..
Mengharapkan keredaan..
Yang Maha Esa..
bahagia hidup di dunia dan akhirat..

Manisnya.....
smua dapat ........


kita?
tepuk dada tanyalah selera.....

Cuma..
Saya hanya ingin kongsikan..
bahawa..
Kita adalah apa yang kita fikirkan!!!!







No comments:

Post a Comment