Saturday, November 14, 2009

Nasihat Luqman

LUQMAN Al-Hakim ialah seorang Islam yang zuhud dan warak.
Beliau hidup ketika zaman Nabi Daud.




Wasiat dan nasihatnya yang mengandungi falsafah
tersirat dan tersurat banyak
dijadikan pedoman dan
panduan berguna kepada umat manusia.




Antara nasihat Luqman yang dijadikan pedoman
untuk hidup kita, termasuk:-



l) Kamu hendaklah sentiasa berada dalam majlis
ulama dan dengarlah kata-kata
hukama (orang yang bijaksana)
Kerana Allah menghidupkan jiwa yang
mati dengan hikmat seperti Dia menghidupkan bumi
yang mati dengan
hujan yang lebat.


2) Berkawan dan hampirilah ulama serta duduk dan
ziarahilah rumah mereka agar
kamu akan menjadi seumpama mereka.
Sentiasalah bersama-sama mereka dan
tumpanglah kebaikan mereka.
Kemungkinan besar apabila Allah menurunkan kebaikan

kepada mereka, kamu turut merasakan nikmat itu.



3) Sekiranya engkau seorang yang soleh, jauhilah dirimu daripada
orang yang
buruk budi pekerti dan keras kepala kerana ditakuti apabila
diturunkan
bala Allah, engkau turut menjadi mangsanya.

4) Janganlah engkau menjadi lemah daripada seekor ayam jantan,
ia telah
berkokok pada waktu pagi hari, sedangkan engkau
ketika itu masih
terbaring di atas katilmu.

ayam jantan berkokok di waktu pagi

5) Jangan sekali-kali engkau menangguhkan taubat kepada Allah
kerana mati itu
akan datang bila-bila masa saja.

....terasa diri ini terlalu kerdil apabila berdiri di tepi laut
sambil mata memandang hamparan laut yang terbentang luas..
.


6) Dunia ini bagaikan lautan dalam yang mana sudah
ramai diteggelamkannya. Oleh itu, jadikanlah takwa sebagai
kapalnya dan iman pula sebagai air yang menyirami tanaman.



7) Pukulan bapa ke atas anaknya bagaikan air yang
menyirami tanaman.




8) Tiga orang yang tidak dapat dikenali melainkan pada tiga
keadaan iaitu:



a. Orang yang lemah lembut melainkan ketika marah.
b. Orang yang berani melainkan ketika berperang.
c. Saudara maramu melainkan ketika engkau berhajat dan
memerlukan pertolongan daripada mereka.


9) Sesungguhnya dunia ini sedikit saja, sedangkan keseluruhan
umurmu
lebih sedikit daripada itu.Sementara, umurmu yang masih
lagi berbaki
amat sedikit daripada yang lebih sedikit tadi.

No comments:

Post a Comment