Sunday, June 26, 2016

Cerita Umrah1

As salam..Lama benar rasanya ibu tak menulis..Namun apabila pulang dari mengerjakan umrah beberapa hari lalu, teringin untuk mengabadikan sedikit catatan di sini..mungkin akan beberapa siri, buat kenangan...Insyaallah..Lagi pun semasa ingin ke sana, ibu rajin google blog rakan-rakan berkaitan pengalaman mengerjakan umrah untuk mendapatkan sedikit gambaran yang boleh membantu agar cepat menyesuaikan diri..

29 Mei 2016,..itulah tarikh penting buat ibu.. Ibu bersama keluarga pergi umrah. Siapalah yang tak seronok jadi tetamu Allah, tak di sangka-sangka, lagipun ketika itu ibu baru berpindah kerja, minda ini sibuk mengingatkan kerja-kerja di tempat baru... Melihat  anak-anak ibu yang masih  belajar       di IPTA teruja nak ke sana, semangat menjadi kuat kerana Dia..Alhamdulillah semuanya berjalan sempurna..syukur sangat ke hadrat Ilahi..

Penerbangan dari KLIA2 ke Jeddah mengambil masa 9 jam. Oleh itu,niat bermiqat disempurnakan  di 'flight' setengah jam sebelum sampai Jeddah, Tiba di Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah, mutawif memberi taklimat. Seterusnya sempatlah kami mengerjakan solat Magrib dan Isya' secara jamak, sementara menunggu bas tiba.

Hilton Tower. Di tingkat 21.Itulah penginapan kami di Mekah Mukarammah.Tak kisah tingkat berapa pun, jauh mana pun, hanya ingin  memohon agar dipermudahkan......

Lokasi Hilton Tower...

Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi waktu Jeddah..5 jam bezanya dengan waktu Malaysia.Akhirnya kami  sampai juga di tempat penginapan,  Hilton Tower..Di Hilton, kami menyimpan bagasi, Usai makan malam kami tidak menunggu lama lagi, meneruskan niat yang satu ini, untuk melakukan ibadah umrah.. Tahu sajalah dalam ihram, bermakna kami perlu sentiasa berjaga-jaga...

Turun saja lif, maka di situlah  persekitaran Masjidil Haram..Taklimat lagi..' kalau sesat, tengok KFC, tu, laluan itu berdekatan dengan Hotel !!!' kata mutawif mengingatkan akan  lokasi penginapan...Walaupun dekat KFC, tak tergerak nak makan KFC, tapi terjamah juga akhirnya apabila anak-anak membeli..Haha..

Kami meneruskan langkah, setapak demi setapak menghampiri masjidil haram..dada berdebar-debar. Jantung berdetap detup..Kalau datang ke sini hati perlu dibersihkan dengan zikir untuk memohon keampunan, Perlu istigfar banyak-banyak . Segala perbuatan kita selalu dibayar 'cash' pesanan kawan-kawan terngiang-ngiang dalam telinga...

Ibu memang mengakui, Kali pertama dtg ke sini...persediaan  belum benar-benar mantap..namun kesungguhan untuk memijak bumi ini, kesungguhan  untuk menjadi tetamu Dia, digagahkan semangat.. Hanya iringan doa, sedikit pembacaan dan persediaan kursus-kursus anjuran Tabung Haji dan agensi yang dihadiri menambah sedikit keyakinan dan sedikit  ilmu di dada..yang lain tawakal tu al ALLAH....

Kini, kami telah sampai di masjidil haram, Besar dan cantik, ada lokasi masih dalam pembinaan..Kemudian kasut ditanggalkan dan dimasukkan ke dalam beg yang dibawa, Perlu diingat nombor pintu yang kita masuk agar masa balik keluar ikut  pintu  yang sama, pintu seakan-akan serupa sahaja, berhati-hatilah.,...

kemudian ibu, en suami dan anak-anak meneruskan langkah,  berhati-hati,. rasa tidak sabar untuk     ke tempat itu...

Ya Allah, udah terpandang Kaabah di depan mata..Subahanaallah..Alangkah syahdunya rasa.. sesiapa berpeluang datang ke sini mungkin akan merasa sedemikian..kesesakan orang ramai di situ, tidak menghalang keterujaan...semata-mata kerana Dia...(kali pertama memandang kaabah,ada doa perlu dibaca kerana doa kita mustajab, insyaallah)..

Tawaf 7 kali pusingan...sambil berpimpin tangan dengan angah, si adik berpimpin tangan dengan ayahnya. Bahu pula perlu dijaga agar sentiasa ke arah kaabah..Si adik pegang buku doa..kami mengaminkannya..Air mata ayahnya berjurai-jurai. Saya menahan sebak. Orang ramai berpusu-pusu dengan bacaan masing-masing..adakalanya ayat-ayat Quran dan doa yang dibaca oleh orang-orang   di situ dapat difahami oleh itu, ikutlah bacaan mereka..
Doa yang diajarkan  apabila kedudukan kita  setentang dengan pintu kaabah" Ya Allah, ini rumah-Mu, tanah haram ini, tanah haram-Mu, dan keamanan ini keamanan-Mu dan inilah tempat orang berlindung dari azab-Mu. Selamatkanlah aku dari api neraka.'.....amin..amin..amin..

Setelah selesai tawaf tujuh kali, kami pun beredar dari kawasan itu perlahan-lahan pergi minum air zam-zam, group kami yang lain sudah tidak kelihatan kerana terlalu ramai orang..Hanya kami masih berempat..kemudian kami meneruskan rukun umrah.. iaitu solat sunat tawaf dan seterusnya pergi sae dan bertahlul

Alhamdulillah, Selesai sudah umrah kami pada kali itu. Memanjat rasa bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat mengerjakannya ..Moga Allah sentiasa memberi keampunan, moga Allah menerima umrah kami dan anda semua yang telah mengerjakannya ..Amin..amin..


6 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Alhamdulillah..
Dijemput menjadi tetamua Allah..
Dan dipermudahkan segala urusan disana Sal..

Blogger said...

In this fashion my partner Wesley Virgin's biography launches with this SHOCKING AND CONTROVERSIAL video.

As a matter of fact, Wesley was in the military-and soon after leaving-he revealed hidden, "MIND CONTROL" tactics that the CIA and others used to obtain whatever they want.

THESE are the exact same SECRETS many celebrities (especially those who "come out of nowhere") and the greatest business people used to become wealthy and successful.

You probably know that you use less than 10% of your brain.

That's really because the majority of your BRAINPOWER is UNCONSCIOUS.

Maybe that expression has even occurred INSIDE OF YOUR very own head... as it did in my good friend Wesley Virgin's head around 7 years back, while riding an unlicensed, beat-up garbage bucket of a car without a driver's license and $3 on his bank card.

"I'm so fed up with living paycheck to paycheck! Why can't I become successful?"

You took part in those thoughts, isn't it right?

Your success story is waiting to start. You just have to take a leap of faith in YOURSELF.

Learn How To Become A MILLIONAIRE Fast

can said...

salt likit
salt likit
heets
canlı sex hattı
https://girisadresi.info/
07MHU

serkan said...

rexbet
pusulabet
sex hattı
rulet siteleri
hipodrombet
HXEX

Digital Bakerz said...

Discover top-tier 3D Animation Services Usa with Digital Bakerz! Our expert team brings your vision to life, delivering stunning animations for marketing, entertainment, and education.

Luxury Lamp said...

Mini Crystal Chandelier are a great addition to small spaces. They can add a touch of elegance and glamour without overwhelming the room. Their size makes them versatile, allowing you to place them in various areas like bedrooms, bathrooms, or walk-in closets.

Post a Comment