Saturday, July 3, 2010

Oh Ayah....oh bapa..

Eh..terlupa untuk mengucapkan hari yang bermakna ini kepada kaum bapa..oleh itu  rasanya tidaklah begitu terlambat untuk mengucapkan 'selamat Hari bapa' kepada yang berkenaan ....

Tidak dinafikan kepimpinan kaum bapa sangat penting untuk membina keluarga bahagia..


Ada pula  yang berkata bahawa si suami yang bergelar bapa tu.. adalah madu..adalah racun... terserahlah bagaimana kaum adam ni mentadbir dan melayani ahli2 keluarga....memang ada pelakuan2 yang kurang sopan dan negatif  dilakukan oleh kaum adam tapi janganlah kerana nila setitik rosak pula susu sebelanga...

Kepada keluarga bahagia yang mempunyai anak2  kecil.. .Cubalah anda outstation, tanyakan kepada isteri bagaimana situasi anak yang ditinggalkan....tentu si isteri yg bergelar ibu sibuk dan pening kepala melayan kerenah si anak yang petah  ..


Pengalaman berkongsi rasa dengan kawan2 ......merumus beberapa pertanyaan2 yang sering diutarakan si anak apabila ditinggalkan....mana ayah?..bila ayah nak balik?..kenapa ayah tak telefon?...

Beruntung dan bertuahlah kaum ayah yang disanjung. Moga keluarga sentiasa  mengasihi  walaupun anda telah dimamah usia. Percayalah  kasih  anak2 dan isteri sebenarnya tetap menebal lantaran pengorbanan anda yang terdahulu itu tidak dipersia2kan  .....

Yang lebih syahdu lagi...walaupun jasad  telah tiada nanti.. . perasaan sayang si anak itu akan tetap berkekalan  selagi hayat dikandung badan. selagi nyawa melekat di jasad . Oleh itu dengan bekalan didikan agama yang diterapkan, anak-anak tak akan lupa untuk menghadiahkan ayat2 suci Al-quran ....tulah tanda kasih sayang yang suci murni, putih bersih  serta  mahal nilainya bagi individu yang menghargai........

Justeru, kepada kaum adam merangkap sebagai pelindung..sebagai ketua keluarga, adalah penyelamat ..sebagai tonggak harapan.. janganlah  mempersia2kan kepercayaan  yang dibina  keluarga. Semoga Allah sentiasa memberkati usaha dan pengorbanan yang dicurahkan.....

2 comments:

We Haus Enterprises said...

Sedari usia muda anak lelak perlu difahamkan bahawa mereka adalah pelindung dan pembimbing kepada perempuan. Agar bila menjadi ayah mereka akan berusaha menunaikan tanggungjawab tersebut.

sal said...

salam umiyati..
semestinya pengorbanan mereka juga sama penting dalam mendidik anak.Jadi mereka juga amat dihargai.

Post a Comment