Thursday, July 15, 2010

Hikmah membaca surah al Baqarah

Hadis :
Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: " Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu perkuburan sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah." Riwayat Muslim 


Huraian :
Rumah merupakan tempat tinggal, tempat berteduh dan banyak lagi manfaat lain yang boleh diperoleh daripadanya. 


Itulah yang dikatakan Ibnu Katsir ketika mentafsirkan surat An Nahl ayat 80 "Dan Allah menjadikan bagi mu rumah-rumah mu sebagai tempat tinggal". Justeru mereka yang dikurniakan kemampuan memiliki rumah sendiri tidak kira besar mahupun kecil perlu mensyukurinya.

Islam mengajarkan kita tata cara tertentu dalam mendirikan rumah atau menduduki rumah baru iaitu membanyakkan membaca surat Al Baqarah dari ayat pertama sehingga ayat terakhir. 



Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: "Bacalah surat al- Baqarah di rumah kalian, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak akan memasuki sesebuah rumah yang di dalamnya dibacakan surat al-Baqarah" Surah al-Baqarah menceritakan asal usul kejadian manusia, serta asal usul kemurkaan Allah kepada syaitan. Hakikat inilah yang melemahkan syaitan apabila kita membaca surah tersebut. 

Ia mendedahkan kelemahan mereka dan kehormatan kita yang dilantik oleh Allah SWT sebagai khalifah di dunia. Dengan membacakan surah al-Baqarah Ketika di rumah sama ada rumah baru atau yang sudah lama didiami.

2 comments:

Nekcun said...

Salam Sal, memang itulah yang sepatutnya di amalkan ketika mahu memasukki rumah baru...

sal said...

salam nekcun.Rumahku syurgaku.Moga ingatan tersebut bermanfaat untuk diri dan rakan2 lain. Amin.

Post a Comment