Saturday, July 10, 2010

ESMR - Rawatan Pesakit Jantung

Salam..eh..lambatnya enternet rumahku..
macam semut nak loading..
uh..tapi sabar tu separuh daripada iman...

Hari ini, saya tertarik membaca info tentang teknologi baru 
yang bermanfaat untuk pesakit jantung..
Nak kongsi?...

Sakit jantung terjadi kerana salur darah koronari arteri 
tersumbat atau sempit, 
pembedahan bypass atau angioplasti biasanya yang menjadi pilihan. 
Namun, menurut statistik hanya 10 peratus pesakit yang menjalani pembedahan ini sebanyak 2 kali masih tidak sembuh.

Kini ada rawatan alternatif baru kepada pesakit jantung iaitu ESMR (Extracorporeal Shockwave Myocardial revascularization) .

Sedikit info mengenai teknologi ini:-

Hanya terdapat 50 unit di Dunia.
~Berharga 2.8 juta
~Berasal dari Jerman
~Malaysia negara pertama memilikinya di Asia Tenggara


Ketua Unit Kardiologi PPUM, 
Prof Dr Wan Azman Wan Ahmad berkata
teknik perubatan tersebut adalah untuk pesakit jantung koronari 
yang tidak sesuai untuk menjalani rawatan angioplasti 
atau pembedahan pintasan jantung.

"ESMR adalah satu inovasi baru 
di mana shock wave (gelombang kejutan)
ditujukan kepada otot jantung 
yang tidak mempunyai cukup pengaliran darah. 
Rawatan akan merangsang penumbuhan salur-salur darah baru
di dalam otot jantung."
.
Teknologi ini baru sahaja digunakan di Malaysia.
Ianya dilaksanakan di PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya).
Pesakit pertama yang menerima rawatan ini 
adalah seorang lelaki berusia 63 thn 
yang dikendalikan oleh ketua unit kardiologi PPUM,
Prof. Wan Azman Wan Ahmad.

Satu syarat penting untuk menjalani rawatan ini, 
otot jantung haruslah dipastikan masih belum mati.
Otot mati di sini adalah tersumbat,berlubang,bocor,dll).

Kesedaran tentang kesihatan dan penjagaan jantung
  sepatutnya bermula sejak masih muda  remaja lagi....

Rawatan mengambil masa lebih kurang 30-40 minit
utk satu sesi rawatan. 
Sesi bilangan rawatan bergantung kepada
berapa banyak saluran jantung yang bermasalah.

Namun,ini bukanlah rawatan alternatif 
kepada pembedahan bypass dan angioplasti.
Kaedah tersebut masih yang terbaik.

kaedah ESMR ini disarankan bagi golongan tertentu:-

1.Mereka yang pernah menjalani pembedahan sebanyak 2 kali
(kerana pembedahan ke-3 mempunyai risiko yang amat tinggi.
2.Warga emas yang terlalu uzur untuk menjalani pembedahan
3.Pesakit yang mempunyai penyakit buah pinggang, diabetes, hati.

Kelebihan ESMR:

~Tiada pembedahan
~tiada parut
~Kos rendah (RM 500-RM 1000 sekali sesi rawatan).
~X perlu tinggal di hospital (selepas selesai rawaatan).
~Tiada kesakitan.
~Tiada ubat2 tambahan.
~Peluang sembuh tinggi.

 
berjalan kaki..adalah salah aktiviti menyihatkan jantung.
p/s: gambar kenangan ketika berjalan kaki .
angah (kiri) dan along  (tengah:baju putih) masih kecil..

1 comment:

jusdelima said...

SLM.INGIN MCUBA JUS DELIMA POMEPURE YG 100% ASLI.HUBUNGI 0199311274 AZIZ http://jusdelima83.blogspot.com.10 MAKANAN TBAIK DUNIA-amat baik untuk pesakit jantung

Post a Comment