Thursday, July 8, 2010

Laut Terbelah

Allah hu Akbar...Apa saja yang dikehendakiNya akan terjadi.....Nabi Musa pun berdoa kepada Allah memohon pertolonganNya . Baginda segera mengetuk2 tongkatnya iaitu mukjizat kurniaan Allah. Ketika  saat genting dikejar  firaun ,  maka Allah memperkenankan permintaan Nabi Musa untuk memberi perlindungan kepada Musa  dan pengikut2nya..
.
Tiba2  Laut Merah di hadapannya terbelah dua membolehkan  Nabi Musa menyeberangi laut dengan mudah dan meneruskan perjalanannya semula. Ketangkasan  Firaun yang berada di belakang itu bersemangat  mengejar Nabi Musa, namun kudrat Firaun tidak kesampaian kerana apabila Baginda berada di tengah laut, air laut kembali bertaut  menenggelamkan jasad dan pengikut-pengikutnya.

Begitulah Kisah laut terbelah dua  yang sangat signifikan kepada kisah Nabi Musa ketika berhadapan dengan orang-orang kafir. Peristiwa ini berlaku di zaman Firaun  semasa pemerintahannya di Mesir.

Kini , Fenomena laut terbelah dua  berlaku setiap tahun di Pulau Jindo, Wilayah Jeollanam-do di kawasan barat daya Korea Selatan.

Keajaiban ini berlaku dua kali setahun iaitu Mac atau Mei serta Julai dan ia terjadi  dalam masa satu jam yang menyaksikan lautan yang dipenuhi air tiba2 terbelah membentuk laluan sementara sepanjang 2.8 kilometer dan selebar 40 hingga 60 meter.



Menurut Ron Wyatt, pakar ekologi beberapa kenderaan perang purba ditemui di dasar laut merah itu, menemui tulang manusia, tulang kuda yg mengukuhkan andaian dakwaan bahawa sisa tulang firaun wujud di situ .Hasil kajian yg dilakukan di Universiti Stockholm ke atas tulang berkenaan mengesahkan ia sekitar berusia 3,500 thn menyamai kejadian zaman Nabi Musa membelah laut merah dengan tongkatnya.



Dari segi saintifik kejadian laut terbelah di pulau Jindo, Korea selatan disebabkan penurunan mendadak paras air laut akibat pertembungan air pasang dan surut secara serentak. Ia juga disebabkan tarikan graviti antara bulan dan matahari. 


Itulah kisah laut terbelah.. Fenomena alam anugerah Ilahi  ...

2 comments:

abah aman said...

Salam sal,
Subhanallah... maha suci Allah. Bukti macam mana lagikah yang perlu diperlihatkan umtuk menunjukkan kekuasaan-Nya.

sal said...

salam abah aman..Allahhu Akbar.Apa yang DIA kehehendaki MAKA IA akan terjadi..moga menjadi iktibar pd semua..

Post a Comment