Khas buat Renungan
anak2 ibu yang disayang.....
anak2 ibu yang disayang.....
Harta adalah nikmat yang dikurniakan Allah kepada manusia sebagai ujian. Kaya dan miskin, adalah dua isu yang sering kita kaitkan dengan harta. Harta juga penyebab kepada kegembiraan..menjadi alasan kepada permusuhan dan pertumpahan darah..
Namun menurut Ibn Qayyum, kekayaan yang dimiliki seseorang itu membantu melaksanakan kebaikan seperti menunaikan haji, bersedekah dan amalan yang lain. Lantaran tidak berharta pula kadangkala mendorong untuk melakukan perbuatan yang salah.
Sejak zaman berzaman manusia mengejar kekayaan sehingga terlupa bahawa hatilah yang utama untuk dikayakan. Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan Bukhari 'Yang dikatakan kaya itu bukan kerana banyak harta benda, tetapi sebenar2nya kaya jiwa(hati) seperti kebaikan, budi bahasa dan harga diri.
Fikirkan pula jika kita miskin harta serta miskin pula jiwa..
Miskin jiwa sangat merbahaya kerana mendorong ke arah penindasan, hasad dengki , pertelingkahan dan jenayah sakit hati.
Pendidikan, ceramah, kuliah dan pergaulan melatih diri sebenarnya untuk memurnikan jiwa .
Moga pendidikan akademik yang diterima seiring dengan didikan agama dan moral dapat membentuk kita menjadi insan yang berguna dan kaya jiwanya.
Rumusannya : kayakanlah jiwa kita dengan rasa takwa, syukur dan ikhlas, di samping mencari kekayaan duniawi yang diperlukan untuk kesejahteraan diri ..
Rumusannya : kayakanlah jiwa kita dengan rasa takwa, syukur dan ikhlas, di samping mencari kekayaan duniawi yang diperlukan untuk kesejahteraan diri ..
4 comments:
Memang sewajibnya, pendidikan ugama perlu didedahkan kepada anak2 sejak dari mereka mula boleh berkata-kata. Pendidikan ugama perlu dimantapkan terlebih dahulu sebelum anak-anak mula mengejar duniawi... tapi sayang, apa yang terjadi sekarang adalah sebaliknya... maka apabila ada anak-anak yang 'tersesat' jalan, siapakah yang harus disalahkan?...
salam sal,
mengumpul harta kekayaan menyebabkan kita terpaksa menjaganya sedang mengumpul ilmu itu membolehkan dia menjaga kita.
memiliki anak-anak yang soleh itu sudah menjadikan kita kaya sebenarnya...
Salam Nek Cun..
Termampu hanya berdoa ke Hadrat Ilahi agar anak2 kita tidak tersasar...Moga sentiasa dalam perlindungan, hidayah dan petunjuknya dariNya. Amin.
salam abah aman..
Betullah tu..
Pendapat tu tidak ada yang salah melainkan yang betul2 belaka..
Post a Comment