Apabila terbaca majalah pada pagi itu..tidak semena-mena mata bundarnya terpaku melihat satu berita menarik. Dia sedikit terkejut. Seakan-akan tidak percaya bahawa wajah yang menghiasi majalah itu adalah temannya.Ina teman seangkatan dengannya telah berjaya menjadi seorang tokoh korporat yang berjaya.
Kini dia dan Ina telah terpisah jauh di celah-celah kabus tebal kehidupan sendiri. Sejak tamat pengajian di Universiti , mereka membawa haluan masing-masing.
Apabila terbaca berita Ina,tetiba rindu itu datang bertandang. Pada waktu yang terluang Miza menghubungi temannya melalui telefon. Nasibnya baik..cubaan untuk ketemu berjaya. Di hujung talian kedua -dua sahabat itu tidak putus-putus mengucap syukur . Kenangan lalu yang bersisa dan sudah ditinggalkan terungkai kembali.....tak disangka Ina sama macam dulu..tidak berubah walaupun hidup semakin senang ....
Pada hujung minggu, seperti yang dijanjikan Miza mengunjungi teman itu di Kuala Lumpur. Di sepanjang perjalanan terbayanglah akan Ina.Tokoh usahawan itu tentunya hidup glamour dengan kereta sport, rumah bak istana, perabot antik serba-serbi kelengkapan rumah diimport..Itali..Eropah..eh, barangkali Indonesia pilihan terakhir..fikirnya..
Jika dibandingkan dengannya sudah tentu jauh berbeza. Miza tak mampu membeli semuanya kerana dia hanyalah sebagai kakitangan kerajaan, berapa sangatlah pendapatannya.....
Lamunannya terhenti apabila tiba di perkarangan rumah banglo Ina. Sampai di sana Ina telahpun menanti dengan wajah yang riang.
"Jemputlah masuk Miza" pelawa Ina.Tiba-tiba Miza terasa anih berada di rumah rakan itu. Mata Miza masih terkebil-kebil dan dia masih terpinga-pinga seolah-olah tidak percaya apa yang dilihatnya....
Tiada yang istimewa??? bisik Miza di dalam hati.Tiada sofa mewah, tiada perabot antik, tiada sebarang lukisan atau arca mahupun perhiasan kristal yang menghiasi rumah seperti yang berlegar-legar dalam kotak fikirannya...
Apa yang terpampan di depan matanya hanya beberapa buah rak-rak buku tersusun indah dihiasi dengan buku-buku yang bersaiz nipis dan tebal dan besar..semuanya buku..di kirinya buku dan di kanannya buku..uh !!!!
"Orang kaya macam kau takkan hidup dengan buku je " Miza bertanya sambil mengusik Ina ....
"Seorang usahawan macam kau bertemankan buku-buku je" Miza menyambung.Dia masih keliru..
"Inilah harta aku Miza.Tiada yang lebih berharga selain daripada buku-buku ini" ucap Ina tersenyum..
"Kau tahu tak Miza, kerana buku-buku inilah aku berjaya. Bukan harta benda yang aku kejar tapi ilmu kerana membaca kesemua buku inilah aku peroleh ilmu yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit".
"Harta dan wang ringgit yang banyak tidak akan kekal buat selama-lamanya. Setiap masa yang terluang aku habiskan dengan membaca. Lagi banyak yang aku baca, lagi banyak ilmu di dada, bukan ilmu dunia sahaja malah ilmu akhirat".Ina berfalsafah..Miza terdiam. Membisu seribu bahasa. Membisu mencari makna....
"Miza..tak kiralah sama ada kaya atau miskin, jika hidup ini lengkap dengan ilmu,kita akan berjaya"khutbah Ina bersambung..
"Ingatlah Miza, hanya ilmu sebagai harta yang kekal di dunia dan akhirat" Ina ghairah meneruskan syarahannya yang berjela-jela, entah dah berapa batu panjangnya. Dia pun tak pasti...... yang jelas tazkirah Ina masih belum bernoktah lagi.....
No comments:
Post a Comment