Barangsiapa berpuasa enam hari pada bulan Syawal setelah Ramadan maka seakan-akan dia berpuasa fardu setahun. Ini adalah kerana satu kebaikan di balas dengan sepuluh kali ganda sepertinya.
Puasa pada bulan Ramadan dibalas dengan ganjaran bersamaan sepuluh bulan (iaitu bersamaan dengan 300 hari), puasa enam hari (pada bulan Syawal) pula mendapat ganjaran sebanyak dua bulan (iaitu bersamaan dengan 60 hari),yang demikian itu menjadi sunah yang sempurna, maka tercapailah pahala beribadah setahun tanpa kesulitan sebagai kurnia daripada Allah dan nikmat ke atas hamba-Nya. – Taudhih al-Ahkam min Bulughul Maraam,jilid 3, ms. 576, Pustaka Azzam.
Mengenai puasa enam hari pd bulan Syawal Rasul SAW bersabda"Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian meneruskannya dengan enam hari pada pada Syawal, akan mendapat ganjaran seolah-olah dia berpuasa setahun."(Riwayat Muslim, Tarmizi, Abu Daud dan Ibn Majah)
Ibnu Qudamah menyebut dalam kitabnya Mughni, riwayat Said daripada Sauban ra berkata, sabda Rasul SAW " Sesiapa berpuasa Ramadan sebulan bersamaan 10 bulan dan puasa enam hari pada Syawal, maka sempurnalah setahun."
Cara yang paling utama untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah Hari Raya Aidilfitri secara langsung (iaitu pada tarikh 2 Syawal), berturut-turut sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulamak.
p/s; Sesiapa yg suka berpuasa enam, Bacalah catatan ini... sumber tsb dari internet supaya kita dpt sedikit informasi...
Actuly I mis Ustazah Wardah..skrang ni dah trnsfr ke kg halaman, Perlis krn suaminya kembali ke rahmatullah. Beliau bnyk menyampaikan info Islamic sebagai pencetus motivasi ke arah mendekatkan diri kpd Maha Pencipta..Untuk rakan ini didoakan agar sentiasa sihat sejahtera dan bahagia selalu hendaknya..AMIN..
No comments:
Post a Comment