Friday, September 18, 2009

HARI RAYA

Allahu Akbar...Allahu Akbar!!!!..terdengar sayup-sayup takbir memecah kesunyian menandakan syawal menjelang...Tiada terucap dengan kata-kata selain memanjatkan kesyukuran untuk menyambut kedatangan syawal setelah selesai menjalani ibadah puasa meskipun terasa kehilangan..........kehilangan bulan Ramadan...


Rutin biasa, Seawal 4 pagi, dah bangun untuk menunaikan solat...kemudian ke dapur ... memang rancanganku untuk memasak lauk2 di waktu subuh supaya ia lebih fresh utk dibawa pulang ke kampung, kecualilah ketupat yang telah siap direbut mlm tadi.


Kenangan menerjah semasa ayahanda masih ada, pasti sebelum raya dah berebut-rebut untuk pulang ke kampung..menolong ayahanda bonda membuat persiapan raya ..tapi setelah mrk tiada pandai2lah berdikari.....


Fitrah manusia memang suka berinteraksi...Kami adik beradik sepakat untuk membentuk rombongan Cik Kiah. Rombongan Cik Kiah ini bermula Kira2 pd pukul 3 ptg, yg terdiri drp semua adik beradik & family,anak2 saudara, cucu2 saudara (cucu betul: belum produce).. first berkumpul kat rumah abang long.


Selesai bermaaf2an di sana, kami ke rumah kak Nor,.....semuanya bermalam di rumh kak Nor..em, rumah kak Nor jadi hotel sekejab kerana dipenuhi menantu, adik beradik, cucu2, anak2 buah. Macam kenduri.Pada waktu malam generasi muda bermain bunga api ... Wah, seronok pulak melihat cucu2 saudaraku ini...terlompat2 kegembiraan melihat bunga api..


Juadah?..........Ada sesuatu hidangan yang unik iaitu makanan tradisi yang menjadi satu kemestian. burasak yang diperbuat daripada beras, mcm lepat pisang dan Lepat luih diperbuat daripada pulut yg dibungkus segi tiga daun pisang..sebenarnya ia dimakan dengan ikan parang..tapi ada yg tak brapa gemar ikan parang yg banyak tulang..mereka lebih suka makan dengan rendang dan pelbagai jenis masakan ayam dan ketupat..



Apa yg penting, Hari raya akan lebih bermakna sekiranya kami dapat meluangkan masa untuk celebrate bersama2....


Okeylah untuk smua... walau langkah x bertemu, walau tangan tak berjabat, ucap tak terdengar tapi izinkan untuk memohonkan kemaafan.... dan ..... smoga kita di bulan syawal ini, akan dirahmati, diberkati dan diredhai Allah swt ..

No comments:

Post a Comment