Wednesday, September 23, 2009

Beraya lagi...

Seminggu bercuti terasa begitu pantas..Sebenarnya raya kali ini, berazam nak menghabiskan cuti lebih banyak di rumah kerana ada tugasan yang hendak dibuat....tapi, banyaknya 

cabaran2...... 


Pd raya ke4, pulang lagi ke kampung smula dgn along, angah dan anak2 buah lain yg dtg dri KL..Kali ni hendak menghadiri walimatul urus saudara rapat. Saudara ini tinggal di Terangganu tapi buat kenduri di kg halaman....sambil menyelam minum air.. sempat berposing.....


Kalau dah balik kampung tu..lupalah nak balik cepat...puas rasanya menghirup udara kampung yg menyegarkan dan melapangkan fikiran..tenang dan jauh daripada kesibukan...singgah rumah sepupu, sepapat..dn saudara2 yg sewaktu dgnnya ..sempat melawat sebuah taman menghijau..maklumlah halaman rumah masing2 saja bersaiz lebih kurang padang bola sepak.....

Wah, sapa yang bergambar dan beraya sakan di kg tuh..ingat lagi tak..masa kecil2..kakak buat aktiviti tengah2 malam..waktu kami tertidur kepenatan menyiapkan juadah hri raya 
di kampung, kamu tiga beradik bangun main pelita...Apabila waktu pagi, maka kelihatanlah wajah masing2 yang cantik dan  dan hitam legam..setompok hitam di pipi, hidung, bibir..ha..ha..nasib baik tak ada apa2 kejadian yang tidak diingini..

along dgn ibu (emak saudara)...

Bersalam-salaman dengan pak su, ketua rombongan yg tak rasmi kerana tidak ada surat lantikan.....bermaaf-maafanlah sesama kita....zero dan o , sekata dan senada sebagai satu tanda keikhlasan..supaya persaudaraan dipereratkan.....





No comments:

Post a Comment