Monday, September 28, 2009

Puasa Enam di Bulan Syawal

Barangsiapa berpuasa enam hari pada bulan Syawal setelah Ramadan maka seakan-akan dia berpuasa fardu setahun. Ini adalah kerana satu kebaikan di balas dengan sepuluh kali ganda sepertinya.


Puasa pada bulan Ramadan dibalas dengan ganjaran bersamaan sepuluh bulan (iaitu bersamaan dengan 300 hari), puasa enam hari (pada bulan Syawal) pula mendapat ganjaran sebanyak dua bulan (iaitu bersamaan dengan 60 hari),yang demikian itu menjadi sunah yang sempurna, maka tercapailah pahala beribadah setahun tanpa kesulitan sebagai kurnia daripada Allah dan nikmat ke atas hamba-Nya. – Taudhih al-Ahkam min Bulughul Maraam,jilid 3, ms. 576, Pustaka Azzam.


Mengenai puasa enam hari pd bulan Syawal Rasul SAW bersabda"Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian meneruskannya dengan enam hari pada pada Syawal, akan mendapat ganjaran seolah-olah dia berpuasa setahun."(Riwayat Muslim, Tarmizi, Abu Daud dan Ibn Majah)


Ibnu Qudamah menyebut dalam kitabnya Mughni, riwayat Said daripada Sauban ra berkata, sabda Rasul SAW " Sesiapa berpuasa Ramadan sebulan bersamaan 10 bulan dan puasa enam hari pada Syawal, maka sempurnalah setahun."


Cara yang paling utama untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah Hari Raya Aidilfitri secara langsung (iaitu pada tarikh 2 Syawal), berturut-turut sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulamak.


Ini juga merupakan pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam al-Syafi’i. Namun begitu seseorang juga bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan Syawal sama ada di awal, pertengahan mahupun akhirnya bahkan dia juga boleh mengerjakan secara berturut-turut mahupun berpisah-pisah.

p/s; Sesiapa yg suka berpuasa enam, Bacalah catatan ini... sumber tsb dari internet supaya kita dpt sedikit informasi...
Actuly I mis Ustazah Wardah..skrang ni dah trnsfr ke kg halaman, Perlis krn suaminya kembali ke rahmatullah. Beliau bnyk menyampaikan info Islamic sebagai pencetus motivasi ke arah mendekatkan diri kpd Maha Pencipta..Untuk rakan ini didoakan agar sentiasa sihat sejahtera dan bahagia selalu hendaknya..AMIN..

Saturday, September 26, 2009

photo raya















Wednesday, September 23, 2009

Beraya lagi...

Seminggu bercuti terasa begitu pantas..Sebenarnya raya kali ini, berazam nak menghabiskan cuti lebih banyak di rumah kerana ada tugasan yang hendak dibuat....tapi, banyaknya 

cabaran2...... 


Pd raya ke4, pulang lagi ke kampung smula dgn along, angah dan anak2 buah lain yg dtg dri KL..Kali ni hendak menghadiri walimatul urus saudara rapat. Saudara ini tinggal di Terangganu tapi buat kenduri di kg halaman....sambil menyelam minum air.. sempat berposing.....


Kalau dah balik kampung tu..lupalah nak balik cepat...puas rasanya menghirup udara kampung yg menyegarkan dan melapangkan fikiran..tenang dan jauh daripada kesibukan...singgah rumah sepupu, sepapat..dn saudara2 yg sewaktu dgnnya ..sempat melawat sebuah taman menghijau..maklumlah halaman rumah masing2 saja bersaiz lebih kurang padang bola sepak.....

Wah, sapa yang bergambar dan beraya sakan di kg tuh..ingat lagi tak..masa kecil2..kakak buat aktiviti tengah2 malam..waktu kami tertidur kepenatan menyiapkan juadah hri raya 
di kampung, kamu tiga beradik bangun main pelita...Apabila waktu pagi, maka kelihatanlah wajah masing2 yang cantik dan  dan hitam legam..setompok hitam di pipi, hidung, bibir..ha..ha..nasib baik tak ada apa2 kejadian yang tidak diingini..

along dgn ibu (emak saudara)...

Bersalam-salaman dengan pak su, ketua rombongan yg tak rasmi kerana tidak ada surat lantikan.....bermaaf-maafanlah sesama kita....zero dan o , sekata dan senada sebagai satu tanda keikhlasan..supaya persaudaraan dipereratkan.....





Friday, September 18, 2009

HARI RAYA

Allahu Akbar...Allahu Akbar!!!!..terdengar sayup-sayup takbir memecah kesunyian menandakan syawal menjelang...Tiada terucap dengan kata-kata selain memanjatkan kesyukuran untuk menyambut kedatangan syawal setelah selesai menjalani ibadah puasa meskipun terasa kehilangan..........kehilangan bulan Ramadan...


Rutin biasa, Seawal 4 pagi, dah bangun untuk menunaikan solat...kemudian ke dapur ... memang rancanganku untuk memasak lauk2 di waktu subuh supaya ia lebih fresh utk dibawa pulang ke kampung, kecualilah ketupat yang telah siap direbut mlm tadi.


Kenangan menerjah semasa ayahanda masih ada, pasti sebelum raya dah berebut-rebut untuk pulang ke kampung..menolong ayahanda bonda membuat persiapan raya ..tapi setelah mrk tiada pandai2lah berdikari.....


Fitrah manusia memang suka berinteraksi...Kami adik beradik sepakat untuk membentuk rombongan Cik Kiah. Rombongan Cik Kiah ini bermula Kira2 pd pukul 3 ptg, yg terdiri drp semua adik beradik & family,anak2 saudara, cucu2 saudara (cucu betul: belum produce).. first berkumpul kat rumah abang long.


Selesai bermaaf2an di sana, kami ke rumah kak Nor,.....semuanya bermalam di rumh kak Nor..em, rumah kak Nor jadi hotel sekejab kerana dipenuhi menantu, adik beradik, cucu2, anak2 buah. Macam kenduri.Pada waktu malam generasi muda bermain bunga api ... Wah, seronok pulak melihat cucu2 saudaraku ini...terlompat2 kegembiraan melihat bunga api..


Juadah?..........Ada sesuatu hidangan yang unik iaitu makanan tradisi yang menjadi satu kemestian. burasak yang diperbuat daripada beras, mcm lepat pisang dan Lepat luih diperbuat daripada pulut yg dibungkus segi tiga daun pisang..sebenarnya ia dimakan dengan ikan parang..tapi ada yg tak brapa gemar ikan parang yg banyak tulang..mereka lebih suka makan dengan rendang dan pelbagai jenis masakan ayam dan ketupat..



Apa yg penting, Hari raya akan lebih bermakna sekiranya kami dapat meluangkan masa untuk celebrate bersama2....


Okeylah untuk smua... walau langkah x bertemu, walau tangan tak berjabat, ucap tak terdengar tapi izinkan untuk memohonkan kemaafan.... dan ..... smoga kita di bulan syawal ini, akan dirahmati, diberkati dan diredhai Allah swt ..

Saturday, September 12, 2009

Renungan : benci


Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia lebih baik bagi kamu.
Al Baqarah:216



Barangkali kamu tidak menyukai sesuatu,
padahal Allah menjadikan padanya
kebaikan yang banyak.
An Nisa: 19

Friday, September 11, 2009

Sembang-sembang : counter


Tengok...counter blog ni,.... dia pening...kelakarnya, dah cecah 11 ribu lebih..wow, suka2 dia je nak letak brapa!!....jgn trperanjatlah,teknikal tu ....Rasanya artis pun tak dpt tetamu yang baanyak gitu dlm bbrp hri...

Umur blog ini tak sampai setahun jagung..Jadi, sudah pasti jangungnya pun tak berminat nak tunjukkan muka, kan..apatah lagi terima tetamu banyak tu..abaikan jelah yek..

Thursday, September 10, 2009

Al-Quran Pemberi Syafaat


Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang
bermaksud:


“Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak
akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih
tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat
dan sebagainya”.


Melalui hadis di atas, kita dapat mengetahui bahawa
Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya
akan diterima Allah.

Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa apabila
seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk
melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak
akan berdiri di bahagian kepalanya.

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang

mendiami antara dadanya dan kain kafan itu.

Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah
ahli-ahli keluarga akan pulang ke
rumah dan datanglah dua malaikat Munkar dan Nakir cuba
untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka
dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang
meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.


Tetapi orang yang kacak itu akan berkata:
“Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya
berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun.
Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan
meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk
ke syurga!”

Selepas itu, dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan
berkata:


“Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya
dengan suara perlahan dan kadangkala
dengan suara yang kuat.”


“Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan
Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita
lagi”


Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan
mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh
dengan kasturi dari malaikat-malaikat dari syurga.


Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah
datang, kita tidak akan mampu memperlambatkan atau
mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat.


Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi
syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar.

Allahu ‘Alam…

Saturday, September 5, 2009

Apakah Erti Ramadan bagi kita?

Image Hosted At MyspaceGens

KeiMaNan.. keTaKwAan...KeinsafaN.....
keikHlaSan..keseDerHanaan...
Musahabah diri....

Friday, September 4, 2009

Oh Ramadan....

Image Hosted At MyspaceGens


SLMT BERBUKA......

Ramadan oh Ramadan ..
bersyukur dpt berkumpul ..
utk berbuka bersama2...
Juadah yang sedap ..
Juadah yang tak berapa nak sedap...
jadi sedap .
semua makanan dijamah....
kenyang.
tulah nikmatnya...
bulan ramadan.