Pagi ni seperti biasa saya bangun awal. Seawal kul 4 pagi. Itulah waktu selalunya terjaga drp tidur...bangun untuk solat .....Biasanya kalau bertugas tentulah serba serbi nak cepat dan berebut-rebut agar datang bertugas lebih awal..
Tapi pagi ni hari Ahad..Bolehlah rehat sikit. Suasana lebih tenang , selain membuat kerja2 rumah.. ada masa untuk beriadah di rumah dan berkumpul dgn family.. Apa itu riadah?
Riadah merupakan salah satu aktiviti yang mampu merehatkan minda kita setelah penat seharian bekerja. Riadah santai adalah aktiviti yang menggunakan fizikal dan menggunakan ruang yang terhad seperti tidur, makan, berbual kosong, berforum, menonton televisyen, membaca akhbar, buku atau majalah.
Riadah yang memerlukan lebih tenaga serta menggunakan ruang yang lebih seperti memasak, berjoging, mandi laut, bersenam, dan bermain bowling.
Riadah seperti bersenam menyihatkan badan sekiranya diamalkan berterusan....tpi tak mampulah nak buat selalu.. bgi yang berusia..riadah spt bersenam dpt menghindarkan penyakit jantung koronari dan angin ahmar (strok).
Senaman dapat membantu menambah kadar pengepaman darah ke jantung dan penggunaan oksigen. Contoh aktiviti aerobik (aerob adalah proses respirasi (pembebasan tenaga melalui molekul-molekul organik) yang memerlukan penggunaan oksigen (Alexander Jane et. al, 2000) ialah berjalan, menari, berlari, berenang, menunggang basikal dan bermain ski.
Senaman yang dilakukan setiap hari juga mampu memperkuatkan tulang, sendi, otot dan membantu untuk lebih tenang. Pengeluaran hormon endorphin ketika bersenamlah yang memangkin perubahan angin (mood) yang lebih baik.
Tenaga ATP boleh dihasilkan daripada lemak dan protein jika terdapat oksigen. Senaman yang dilakukan dapat menambahkan oksigen seterusnya membantu penghasilan tenaga ATP. Senaman yang berterusan dan pengurangan dari 200 ke 500 kalori setiap hari mampu mengurangkan berat badan bagi yang mengalami obesiti (Lori A. Smolin dan Mary B. Grosvenor, 2003) ....tpi dah kurus dah...ha..ha..
Jadi apa yang nak ditunggu lagi kawan2..Hari Ahad ni.....luangkan masa dan freekan minda kita untuk riadah....atau... ayuh kita... goyang2 badan..goyang2 pinggul...bersenamlah kita yek......

No comments:
Post a Comment