Saturday, August 1, 2009

BULAN SYA'ABAN



Masa terlalu pantas..kita kini berada di bulan Sya'ban. Bulan Sya'aban juga bulan penuh keberkatan dan juga bulan utama sebelum Ramadan.

Rasulullah'Bulan Sya'aban diangkat segala amal manusia dan aku sukacita amalanku diangkat ketika aku sedang berpuasa' .

Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya.

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)


Oleh itu selain daripada berpuasa, Pada Malam Nisfu Sya'aban(Malam 15 Sya'aban), Dalam kitab surah yasin disarankan membaca yaasin dengan ikhlas selepas solat Maghrib
  • Membaca surah Yassin dengan niat panjang umur dalam mentaati Allah diikuti dengan doa-doanya.
  • Membaca surah Yassin kedua dengan memohon luaskan rezki yang halal dan diberkatinya.
  • Membaca surah Yassin ketiga diniatkan memohon Allah tetapkan iman dan mati dalam iman  serta membaca doa-doanya...
"Ya Tuhanku tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah engkau berikan kepadaku dan ibubapaku dan supaya aku dapat berbuat amal soleh yang engkau redhai, berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri".
(Al-Ahqaf :15)

Selamat beramal...semoga kehidupan kita diberkati Allah dan kita menjadi hamba yang sentiasa mensyukuri nikmatnya...


No comments:

Post a Comment