Sesungguhnya pada malam Lailatul Qadar, Allah s.w.t telah melipatkan gandakan rahmatnya kepada seluruh orang mukmin yang masih hidup dan juga kepada yang telah mati.
Allah Ta'ala telah berfirman di dalam surah Al-Qadr ayat 1-6 yang bermaksud:
'''Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam al-Qadr dan apakah jalan yang menyebabkan engkau mengerti (kebesaran) lailatul qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan tuhan mereka (Allah), untuk setiap urusan. Sejahteralah malam ini hingga terbit fajar"
Maka turunlah para Malaikat pd mlm itu dari martabat yang tinggi untuk melaksanakan urusan Allah s.w.t untuk mengucap salam kepada orang mukmin.kediaman orang mukmin, kecuali rumah ygng terdapat didalamnya anjing, khinzir , patung dan arak.
Para Malaikat bertasbih memuji Allah s.w.t serta memohon keampunan bagi umat Muhammad s.a.w sehinggalah sampai waktu fajar. Mereka bersyukur kepada Allah yang telah melimpahkan keampunan kepada umat Muhammad s.a.w.
Jika kita mengamati riwayat dari Anas bin Malik yang menyatakan, barangsiapa yang menunaikan solat maghrib dan isyak berjamaah sepanjang bulan Ramadan sesungguhnya dia telah mendapat sebahagian dari Lailatul Qadar kerana kita tidak mengabaikan mana-mana malam di bulan Ramadan walaupun melakukan ibadat yg paling minimum iaitu sembahyang berjamaah pada waktu maghrib dan isyak.
Malam Lailatul Qadar adalah malam yang sejahtera dan selamat dari segala kejahatan dari awal malam sehinggalah terbit fajar. Memberi erti kebaikan menyelubungi sepanjang malam Lailatul Qadar.