Sunday, June 26, 2016
Cerita Umrah1
Sunday, February 22, 2015
Khasiat Air Limau Nipis.
- Merawat Darah Tinggi - ambil sebiji limau nipis dan perah airnya dengan segelas air. Minum setiap pagi dan petang.( bubuh gula jika suka).
- Menurunkan berat badan.
- Mengatasi kurang darah : Sediakan sebiji limau nipis,sebiji kuning telur, madu, segengam daun bayam merah yg ditumbuk Campur semua. Minum setiap pagi dan petang.
- Kempeskan perut: Ambil air perahan limau nipis, kapur sirih, minyak kayu putih campur semuanya sapu pinggang.
- Melembutkan tangan dan muka : Ambil air perahan limau dan sapu pada muka, tangan dan biarkan sepuluh minit dan basuh.
- Kalau batuk kuat: Ambil perahan limau nipis dicampurkan sedikit garam serta secamca madu asli.
- Ramuan mandi: rasa lebih segar, harum dan bersih.
Saturday, March 15, 2014
Hujan Di Wangsa Maju.
Cuaca mendung.. Pagi ini kami keluar dari penginapan untuk hantar ank belajar di sini. Sebelum sampai ke destinasi, singgah sarapan di restoren Wangsa Maju.
Ketika ibu menjamah nasi lemak yang dipesan, tetiba ternampak rintik-rintik hujan...Ya Allah rindunya melihat hujan ..Lama dia tak turun. Terasa nyaman, sejuk dan tenteram apabila melihat air jernih itu menitis membasahi bumi..
Kuasa Allah..Pada masa ini kita dapat menyaksikan beberapa perkara di luar jangkaan. Ada tempat kering kontang, ada pula tempat kering dengan kesan pokok-pokok terbakar akibat kepanasan melampau, ada pula kawasan yang dilanda banjir menyebabkan kerosakan..Subahanaallah!! Ujian..
Perkara utama yang selalu difikir, sentiasa muhasabah diri..bhw kita sgt kecil di sisi-Nya...
Ok dah hantar anak, balik semula di tempat penginapan...haha..sempat menulis di sini..kalau di rumah tak dannnn nak menulis sebab tersibuk sendiri...
Ok jumpa lagi...
Perjalanan ke kl...
Assalam...
Dah pukul 10.00 lebih...malam semakin tua...saya meneruskan perjalanan ke KL untuk menghantar anak belajar...
Meskipun dh larut...kereta kiri dan kanan masih bertali arus menunjukkan penghuninya masih sibuk. Adik tekun membaca Gps untuk menuju ke hotel penginapan...maklumlah..silap jalan akan lmbatlah tiba..
Doakan moga dipermudahkan urusan..
Saturday, December 14, 2013
Tuesday, December 10, 2013
Renungan..
Oleh itu, ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan..
Ambillah masa untuk beramal kerana itu kunci kebahagiaan hakiki..
Thursday, November 14, 2013
Peristiwa Yang Berlaku 10 Muharram
2. Hari pertama Allah menurunkan rahmat
3. Hari pertama Allah menurunkan hujan
4. Allah menjadikan 'Arasy
5. Allah menjadikan Luh Mahfuz
6. Allah menjadikan Malaikat Jibril
7. Nabi Adam a.s dicipta
8. Diampunkan dosa Nabi Adam a.s setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar
larangan Allah
9. Nabi Idris a.s diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit
10.Diselamatkan Nabi Nuh a.s dan pengikutnya dari banjir besar selama 6 bulan dan bahtera baginda
selamat berlabuh dipuncak pergunungan.
11. Nabi Ibrahim a.s dilahirkan di kawasan pendalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud
12. Nabi Yusof a.s dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
13. Nabi Yaakub a.s telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya yusuf di hari tersebut.
14. Nabi Ayub a.s disembuhkan penyakitnya
15. Nabi Musa a.s telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelah Laut Merah
16. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s
17. Nabi Yunus a.s selamat keluar daripada ikan paus setelah berada di dalamnya 40 hari 40 mlm
18. Kesalahan Nabi Daud a.s diampunkan Allah
19. Nabi Sulaiman a.s dikurniakan Allah kerajaan yang besar
20. Nabi Isa a.s diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda
21. Saidina Hussien Ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di karbala oleh tentera Bani
Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid
Monday, November 11, 2013
Rawatan Alternatif Buka Salur Darah jantung Tersumbat
Sejauh mana keberkesanannya....tak tahulah.....
Resepi ini dari Vaid Sahab (doktor Auyervedi)
bahan diperlukan...
1 cawan jus lemon
1 cawan jus halia
1 cawan jus bawang putih
1 cawan cuka epal..
Cara
Campurkan semua bahan di atas dan masak dengan api perlahan selama 1 jam (60 minit) atau sehingga bahan campuran ini tinggal 2 cawan. Sejukkan, kemudian campurkan dengan 2 cawan madu semula jadi
dan simpan dalam balang yg bersih.
Minum campuran ubat ini satu (1) sudu setiap hari. Amalkan sehingga 30 hari ..
Saturday, October 26, 2013
Khasiat Serai Untuk Kesihatan
Sebenarnya serai mempunyai banyak khasiat. Ia memperbaiki aliran darah serta menyegarkan tubuh.
Serai juga berkesan untuk menurunkan berat badan, membuang lemak dan memperbaiki salur darah .Serai juga mengatasi masalah kebas-kebas, lenguh-lenguh, gigitan serangga dan kembung perut..
Thursday, October 17, 2013
Kebaikan Mandi Pagi
1. Kulit lebih lembut dan halus
Air yg hangat menghilangkan kesejukan. Jika memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.
Melancarkan peredaran darah, lebih sihat dan bertenaga. malah kita boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.
Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.
Jika individu ada tekanan darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit tersebut. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.
Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.
Mandi dengan air sejuk meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih seimbang dalam tubuh, daya tahan melawan virus akan bertambah.
Monday, October 14, 2013
QMG Network Produk Kesihatan
QMG menjual product kesihatan. Antara barangan kesihatan yang dijual ialah
1. Garam batu..
2. Quick Energy untuk memperbaiki peredaran darah...Herba ini mengandungi halia, tongkat ali, ibu gamat, kacip fatimah, madu lebah, penutup bumi, manjakani, habatussauda, sarang burung walit, gingseng korea gred A, Mas cotek...
Jika berminat utk membeli sambil menjadi ahli, serta boleh jana pendapatan..jika berminat sila hubungi email sallylauto@yahoo.com
Sunday, October 13, 2013
Menjana ...
Sedikit Modal! Sedikit Usaha! Sedikit Masa!
Andainya selama ini anda ingin menjadi usahawan yang berjaya dengan memiliki produk atau perniagaan sendiri, maka teruskan membaca laman web ini.
Apakah Anda Seorang Yang:
*Yang ingin maju dengan perniagaan sendiri.
*Yang ingin mencari peluang pekerjaan dan perniagaan.
*Yang sedang mencari kerja sambilan atau sepenuh masa.
*Yang sedang mencari pendapatan sampingan.
*Seorang penganggur yang sedang mencari peluang pekerjaan/perniagaan.
*Peniaga yang ingin memajukan perniagaannya.
*Pegawai atau pekerja yang ingin menjadi bos pada perniagaannya sendiri.
.........bersambung akan datang...
Wednesday, October 9, 2013
Friday, August 16, 2013
Mee Rebus Johor
2 kg mee kuning, celur
1/2 kg daging dihiris halus
4 biji keledek, direbus dan dikisar
1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
2 ulas bawang putih, dikisar
3 biji bawang merah, dikisar
1/2 cawan udang kering, dikisar
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
5 sudu makan rempah kari daging
garam, gula secukupnya
Minyak untuk menumis
Bahan Taburan Tepung udang kering
1/2 cawab udang kering dikisar
80 gm tepung gandum
1/4 sudu tepung kunyit
garam secukupnya
air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Bahan Hiasan
Tahu yang digoreng, dipotong kecil
Daun sup, dimayang
Bawang goreng
Telur rebus dibelah dua
lada hijau, dipotong bulat
Taugeh dicelur
Limau kasturi, dibelah dua.
Cara menyediakan
Campurkan semua bahan dan gaul rata2. Bancuhan tepung dimasukkan dalam kuali caranya spt direnjis.Dah garing, angkat dan toskan
Cara membuat kuah.
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik. Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau.
Masukkan rempah kari, kacau rara, kemudian masukkan taucu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging.(taucu dan keledek yg dikisar diletakkan air untuk senang dikisar) Tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat. Masukkan garam, gula ..
Cara menghidangkan
Hidangkan mee yang telah dicelur taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebuas, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.
SELAMAT MENCUBA.
Wednesday, July 31, 2013
Roti John..
Ok jugak..
Simple dan mengenyangkan...
dan kurang berminyak... sesuai untuk remaja purba...
Mari mencuba...
Saturday, July 20, 2013
Perasaaaaan Tak...
Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke StarHill, MegaMall dan seangkatan dengannya.
PERASAN TAK?
30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen: drama Korea, Teduhan Kasih, Adam & Hawa, dll.
PERASAN TAK?
Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung.
PERASAN TAK?
Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan.
PERASAN TAK?
Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah.
Sumber : FB..
Monday, July 15, 2013
Makan secukupnya...
Pada satu hari, Imam Malik bin Anas menangis ketika hendak berbuka.. Ketika ditanya oleh muridnya, beliau berkata "Aku sedih melihat makanan yang banyak kerana terkenangkan Rasulullah s.a.w. Baginda berbuka dengan makanan yang sedikit tetapi amalannya banyak.. Sedangkan aku berbuka dengan makanan yang banyak, tetapi amalanku sedikit .."
Pengajaran cerita :
1. Makan secukupnya. Mengelak pembaziran itu yang terbaik..
Wednesday, July 10, 2013
Teluk Batik....
tentu sekali sampainya larut malam...memandu pun agak perlahan...
kata orang sambil menyelam minum air...
Terasa aman beriadah di sini bersama keluarga.
Keletihan mengharungi perjalanan hilang setelah disapa hembusan bayu yang segar
mereka diwajibkan memakai jaket keselamatan.
Dari jauh...ibu lihat sedikit gerun apabila anak-anak dilambung ombak ...
Inilah antara dua destinasi pelancongan di Perak sempat dikunjungi ....
Saturday, June 29, 2013
Antara Kunci Kebahagiaan...
Antara kunci kebahagiaan...
1. Jangan membenci sesiapa pun, walau ada yg menyalahi hakmu
2. Elaklah bersedih secara keterlaluan (kawal emosi) sekalipun banyak masalah
3. Hidup dalam kesederhanaan.
4. Pelbanyakkan memberi walaupun anda dalam susah..
5. Tersenyum walau hati sedang menangis
6. Jangan memutuskan saudara dalam mukmin..
renung-renungkan ...selamat beramal...
Saturday, June 22, 2013
Sinar Dari Bumi...
Menurut hasil penelitian dari 15 Universiti : Menunjukkan Hajar Aswad adalah batu meteor yang mempunyai kadar logam yang sangat tinggi iaitu 23.000 kali ganda dari baja yg ada.
Beberapa astronout yang pernah berada di angkasa melihat suatu sinar yg amat terang memancar dari bumi dan setelah diteliti ternyata ia sumber dari bait Allah atau kaabah, Mekah.
Super conductor itu adalah Hajar Aswad, yang berfungsi bagai mikrofon yg menyiarkan dan di mana jaraknya ribuan milion jangkauan siarannya.....










