Assalamualaikum
Ibu teringat di zaman persekolahan agama..
Ustazah meminta menghafal nama-nama malaikat dan tugas-tugasnya...
Kata beliau, malaikat ni banyak..tapi ada beberapa malaikat
yang wajib diketahui nama dan tugasnya. Iaitu Malaikat Jibril, Mikail,
Israfil, Izrail, Raqib, Atid, Munkar, Nangkir, Malik dan Riduan...
Malaikat Zabaniah...Sesuai dengan tugas malaikat ini yg menjaga neraka..Allah tidak memberi banyak kasih sayang di hatinya...Malaikat ini dapat menyelam di lautan api selama 70 tahun, tetapi sedikit pun api tidak memudaratkannya. Cahaya di tubuhnya dapat mengalahkan kepanasan api neraka..
Allah memberi kekuatan luar biasa kepada malaikat, tidak pernah ingkar melaksanakan tugas '...Sebenarnya mereka (para malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan.Mereka tidak berbicara mendahului-Nya dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya..Surah Anbiya ayat 26-27.
Jibrail tugasnya membawa wahyu kepada rasul dan nabi. Mikail bertugas membahagi rezki dan hujan kepada sekelian makhluk. Israfil meniup sangkakala pada hari kiamat. Izrail mencabut nyawa apabila tiba masanya.. Raqib dan 'Atid mencatat segala amal dan keburukan manusia sewaktu di dunia. Malik menjaga neraka dan Riduan menjaga syurga.
Di dalam Quran ada disebut mengenai Malaikat Hamatul'Arsyi...'Dan para malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan malaikat menjunjung 'Arsy Tuhanmu di atas (kepala) mereka'.. Ayat 17 Surah al Haqqah..
Di dalam Quran terdapat ayat menyebut bahawa pekerjaan malaikat di alam roh adalah bertasbih....'Dan kau (Muhamad) akan melihat malaikat berlingkar di kelilingi Arsy bertasbih sambil memuja Tuhannya...' Ayat 75 Surah Az-Zumar.
Untuk mengetahui keseluruhan malaikat dan tugasnya, tidak terdaya kita melakukannya. Namun kita ketahui bahawa malaikat sentiasa tunduk dan patuh kepada kekuasaan dan keagungan-Nya. Melaksanakan segala perintah yang diberikan.....
7 comments:
Satu dari rukun iman percaya pada malaikat. Betapa malaikat Allah tidak pernah ingkar walau sesaat dalam menajalankan tugas. Izrael tiba masa akan menghampiri kita utk tugasan yg akan mengakhiri tugasan kita sebagai manusia di mukabumi ini.
Kakzakie : begitulah putaran hidup manusia akan pergi apb tiba masanya jua ...kita cuma hambaNya..
Info yg bermanfaat... tq share
Assalamualaikum Sal,
N3 yang sangat bagus...buat pengetahuan kita semua..
Terima kasih ya Sal berkongsi info yang baik ni...
Tq kongsi ni jugak, sal!
salam kak
terima kasih di atas entry nih
betul dan setuju sangat dengan koman kakzakie
salah satu dari rukun iman kita wajib mempercayai malaikat
bila ajal kita di jemput tidak sesaat pun akan di lengehkan
semoga kita semua bertemu denganNya di dalam keadaan beriman
amin....
kekadang kita lupa akan tugas-tugas para malaikat..terimakasih atas perkongsian
Post a Comment