Saturday, November 24, 2012

'Emak pesan....'

Assalamualaikum...
Terharu membaca cerita ini,  
tentang kehidupan seorang anak di kota kosmopolitan.. ...

Seorang guru mengajar di sebuah sekolah di Kuala Lumpur..
Beliau telah mengenalpasti seorang muridnya kerap datang lewat..
Baju dan kasutnya selalu kotor..

Berkali-kali beliau memberi teguran tapi murid itu tetap  lewat...

Tidak puas hati...lalu guru itu membuat intipan di rumah muridnya itu..

Suatu hari beliau mengintip muridnya di rumah yang  tinggal di kawasan setinggan. 
Rumahnya sangat daif. 
Dari jauh guru ini sudah terpandang akan muridnya berdiri di muka pintu 
ditemani oleh seorang wanita, barangkali itu ibunya...

Lebihkurang pukul 1.30 ptg, seorang budak lelaki berlari sekuat-kuat hatinya menuju rumah anak muridnya itu. Tergesa-gesa budak lelaki itu membuka baju dan kasut sekolah yang dipakai dan menyerahkan kepada anak muridnya..

Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, anak muridnya sudah berlari ke arah sekolah...

Terkedu melihat keadaan sedemikian, guru itu kembali semula ke sekolah dengan rasa sedih dan kesal.
Beliau mendapatkan  muridnya....

Berkongsi baju sekolah dengan abang...
itulah maklumat yang baru diketahui oleh guru itu..
'Emak pesan, jangan meminta-minta pada orang,
jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang' kata muridnya dengan nada sedih...

Hakikatnya org yang kurang berkemampuan ada di mana-mana..
bukan hanya di Afrika...
Individu seperti ini kadangkala hatinya mulia dan baik....
Moga mereka sentiasa mendapat perhatian dan sumbangan..
Jika diizinkan kita saling bantu membantu..Insya-Allah.


5 comments:

kasihredha said...

In syaa Allah...
Terharunya
Masih ada yg begini
Terkedu...sebak

cheqna said...

sedih kan.....

Nur-nba said...

Ya Allah, sedihnya membaca kisah ni.. Semangat dia untuk menuntut ilmu patut dicontohi. Moga dia mampu mengubah nasib keluarga satu hari nanti.

Acik Erna said...

Assalam sal..teringat juga kisah yang sama dilnegara luar..rupanya berlaku jugak dinegara kita

Ibuhani said...

Sayu ht baca entry ni......tq kongsi cerita ni!

Post a Comment