Monday, November 12, 2012

Kacang Pool..

Assalamualaikum..
Selepas penat jalan-jalan  mencari barang-barang keperluan di Angsana,
Kami singgah pula menjamu selera di  tingkat bawah....
Adik  minta kacang pool ....

Pernah makan kacang pool??? Ibu tak pernah makan...
 Ini dia kacang pool..
Dimakan dengan roti bakar yang  panas-panas dan lembut
Sajian kacang pool  ni berwarna hitam hampir legam..
Antara kandungannya adalah kacang parang dan daging cencang..
klu tak pernah cuba, mungkin tengok pun tak begitu selera..
tapi angah dan adik suka..

Ibunya layan jee..oklah, sedap jugak...
.
Makanan ni popular di Arab..Siapa yang pernah ke Mekah mungkin tau..
Ia dijamu pada orang2 Malaysia  yg mengerjakan Haji di sana,
Akhirnya pengusaha mendapat ilham untuk membuka restoren kacang pool ni di Johor....
Ibu pula suka makan sup sayur, seperti ini..
atau soto..
Adik minum dengan ais limau..
ibu dan angah lebih  suka air limau suam..
donat ini pun sedap jugak
jeli buatan adik ipar....

 Minggu ni, terasa banyak makan  di luar terutama ketika  travel, jemputan dan....
makan pun jenis berlemak, manis, pedas-pedas dll....semua makan ...
Jadi di rumah  ibu melebihkan  buah2an dalam sajian makanan ...

Berikut sedikit informasi tentang makanan..
- Minum air mineral yang banyak dapat mempercepatkan penurunan 
kadar kolestrol yang berlebihan dlm tubuh.
- Individu anemia (kurang darah) bagus makan sayuran hijau, bayam, 
epal, anggur, kismis,kurma, susu, telur 
yang boleh menambah darah (zat besi)
- Bawang merah boleh menormalkan kadar kolestrol dlm darah.

6 comments:

Acik Erna said...

Assalkam sal.tadi baru kawan sebut ajak cari dan cuba makan kacang pool di kedah.rupanya dijohor ye sal.tima kasih sal.bulan 12 ni nak ke johor boleh la. Cari

sal said...

erna..oh di kedah pun ada yee.....
saya baru mencubanya..
oh nak ke johor??..kcg pool ada di tempat2 tertentu...

MulutPayau said...

tak pernah makan kacang pool tu...
Alahai kak, semua menu yg ditayangkan mnyelerakan...

Nur-nba said...

Sedap kacang pool.. Lama tak makan.. :)

Zaitun said...

Kak Zai tak pernah makan lagi tapi anak dah biasa.

Unknown said...

kak kedah ada kt mana??kalau ada mmg nak try kat kedah..

Post a Comment