Saturday, September 8, 2012

Rumah terbuka...

Assalamualaikum..
Masih mood raya..
rumah terbuka  melambai di sana-sini..

Begitulah gamaknya
rezki di bulan Syawal ini nampaknya murah..
tak henti-henti menikmati juadah di rumah terbuka...

Syukran Ya Allah..
Nikmat makanan ini biar jadi darah daging yang menyihatkan tubuh badan..
Lalu diizinkan untuk lebih bertenaga berkomunikasi denganNya..
memohon keampunan dan kesejahteraan..

Kalau semalam ada tiga, hari ini ada empat rumah terbuka..
Alamat rumah pula  berbeza-beza..
Utara , selatan, timur dan barat...
mereka ini adalah rakan sekerja dan saudara mara...

Di rumah lain pula ceritanya...
Melintasi bilik anak2...kosong...
Faham..
Mereka sudah disibukkan dengan aktiviti pembelajaran masing2..
Tak ada yg balik..
 lonely???? tentu..
dulu riuh-riuh..
sekarang sunyi-sunyi....



9 comments:

mamawana said...

Assalam Sal,

Moga sihat dan ceria. Yep, sana sini memenuhi jemputan rumah terbuka. Seroonok.... Mana yg berkesempatan kita pergi. Akan kembali sibuk mengurus menghantar anak2 ke asrama dsb. Salam .

kasihibu said...

salam kak, tahun ni sya banyak tak pergi undangan rumah terbuka bukan di sengajakan tp memang tak dapat di penuhi
haraplah mereka tidak berkecil hati

Kakcik Seroja said...

Agaknya selepas habis Syawal, rumah terbuka tak habis juga...:)

School Of Tots said...

Alhamdulillah...rezki Allah belaka. Jangan juga lupa puasa 6 di bulan syawal.

Acik Erna said...

Assalam sal..malam ni pun ada lagi..tapi en.suami aje yang pergi..sungguh tak mapu..mengantuk + letih sangat.

Nur-nba said...

Sedih pula bila baca keluhan Kak Sal di perenggan akhir tu.. Akak rindukan anak2 ye. Bila anak dah dewasa, macam itulah perasaannya.. Apa kata akak pergi jenguk mereka di asrama? Terubat sikit kerinduan tu..

kasihredha said...

saya pun dah mula kesepian...anak2 dah pergi study balik :(

ieja amieja said...

berkali2 komen kat blog kak sal ni tp x lps2 kat wv tu..klu kali ni x lps jg x tau la..asyik x match je

Muhammad said...

salam.perlkan info panduan umrah dan haji? boleh masuk laman web ini www.panduanumrahhaji.com

Post a Comment