Assalamualaikum...
Bersedih-sedih....pernahkah???
Bohonglah kalau hidup kita ni sentiasa bergelak ketawa bersuka ria..kan...selagi nyawa dikandung badan, perasaan itu sesekali mendatang jua, tanpa diundang...
Namun cendekiawan barat telah memberi amaran bahawa.....
......'Para pekerja yang tidak tahu bagaimana menghadapi kesedihan akan mati cepat'..
......Stress melalui kesedihan, kegelisahan, kekecewaan, kemurungan akan memberi kesan pada tubuh dan otak.....
...William James mengatakan 'Tuhan memberi pengampunan atas kesalahan kita, namun organ saraf kita tidak pernah melakukan itu"...
Mari kita menyusuri Jalan Keluar, berpandukan ayat-ayat suci penyejuk hati....
...wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat.....(Surah Al-Baqarah, ayat 153) . Rumusnya solat itu pembuka lorong , yang sempit diluaskan, yg gelap diberikan cahaya..
...berdoalah kamu kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan bagimu....(Al-mu'minum :60) Oleh itu, Ketika dilanda musibah dan bencana datang silih berganti menimpa kita, berzikirlah, nescaya jiwa akan kembali tenang dan tenteram..
..Dan janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah bersedih hati, pada hal kamulah orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman (Ali-'Imran :111) . Kita sedia maklum bahawa Dia anugerahkan kita sebaik2 akal fikiran mengatasi mahluk lain yg melata dimuka bumi ini..
Membaca beberapa orang tokoh kita, umumnya, apabila saat dihimpit dengan persoalan hidup dan menghadapi banyak dugaan, maka mereka bersegera memohon pertolongan Allah, mendirikan solat dengan khusyu'. Begitulah cara mereka mencari jalan keluar, sehinggalah mereka menemukan kekuatan dan semangat baru , subahanaallah !!!
8 comments:
lumrah kehidupan
Kasihredha..selagi kehidupan dinikmati..suka duka silih berganti..moga terus kuat..
Bersedih lah andai itu dpt mendekatkan diri dgn Allah swt. Kurangkan tawa ria itu krn semua itu sementara shj.
assalam sal..ada masanya sedih yang tidak diketahui puncanya..pernah jugak terjadi macam tu kan
Biarlah setiap kesedihan yang bertandang dalam jiwa kita itu, menjadikan kita manusia yang mahu berfikir.
Kesedihan itu akan lebih membuatkan kita bermuhasabah diri. Kita juga akan lebih dekat padaNya.
Bersedih kerana mengingatkan Allah,bermuhasabah diri untuk mendekatkan diri kepadaNya..itulah yang terbaik...
bersedih yg dimaksudkan adalah kemurungan yg membawa kepada sikap putus asa, kecewa, merana sehingga boleh mendatangkan kemudaratan pada individu tersebut..
Siapa yg x pernah sedih kan....kdg2 dlm gembira pun ada perasaan sedih....tp akan rasa sedih lg kalau kita x ingat Allah SWT semasa hidup kita! Nauzubillahminzalik!
Post a Comment