Assalamualaikum...
'kakak, pagi ni saya pergi ke Negeri Sembilan dulu, balik nanti baru singgah kenduri kahwin di kampung' pesanku pd kakak...beritahu dia awal2 supaya dia tidak tertunggu-tunggu..
Cakap pun sesedap rasa je..over confident...
Pagi tu 29 shawal, hari Ahad ... ada 2 kenduri iaitu di Semenyih, Negeri Sembilan dan satu lagi di kampungku....cadangnya semua nak pergi....
Ditakdirkan pagi tu lewat pula bertolak....
Dari JB ke lebuh raya, kemudian masuk tol bangi, UKM...ikut laluan ke Kajang kemudian ke Semenyih....juru pandu beritahu lebih baik lalu tol bangi UKM kerana rumahnya hanya10 minit je dari tol bangi..Tapi catatan aku menunjukkan 1/2 jam pun tak sampai lagi ke destinasi itu...hehe...
Setelah berpusing-pusing,akhirnya sampai juga di majlis itu, kami disambut mesra oleh ibu pengantin..merangkap ibu kepada Syikin, kawan sekuliah along....
Tengok jam Kul 3.00 ptg ...dahi dah berkerut..
Aku congak-congak memang tak sempat nak pergi ke majlis yg lagi satu......
Maaf kakak..perancanganku tersasar jauh yee..
..perancangan Allah jua yg lebih sempurna.....
9 comments:
kdg2 kita merancg tp Allah SWT yg menentukan......adalah hikmahnya tu!
Assalam Sal..kita hanya merancangkan..Insyaallah lain masa boleh bertemu dengan tuan rumah yang sal tak sempat untyuk pergi kerumah nya masa kenduri
Ibuhani...betul..kta merancang, hanya Allah yg menentukan...
Acik Erna..InsyaAllah..jika bertemu sepupu yg buat kenduri tu, explain...mohon maaf..
Waalaikumsalam Sal..
Kita selalunya Cuba merancang yang terbaik.. Tetapi perancangan Allah itu mengatasi segala2nya. Harap Tuan Rumah yang lagi satu tu memahami.. :)
Deru Ombak..ye begitulah kita..beriya2 merancang.dari perkara kecil2 ke perkara besar2.Segalanya adalah ketentuanNya..
Yang pastinya sudah berusaha tapi ada halangan. Hanya Allah sebaik2 perancang.
Betul kita sekadar mampu merancang tapi perancang terbaik adalah Allah. Wamakaru wamakarallah...
Kita hanya mampu merancang.. Padat jadual akak..
Post a Comment