Saturday, September 29, 2012

Payah Nak Control...

Assalamualaikum..
Setelah selesai menghabiskan satu tugas LDK semalam, Ibu pun pulang....keadaan di jalan raya pada petang itu  sesak menyebabkan terasa lama  dalam perjalanan .. kereta bergerak  tersengut-sengut akibat jem..menyebabkan kaki terasa lenguh2 ...

Keletihan...tidur awal...
bangun pun awal juga...
Subuhnya terasa fresh...

Aktiviti pd jam 11.00 pgi  ....menghadiri   majlis kenduri kahwin.....

Bab makan di majlis itu: Beberapa menu terhidang di atas meja semuanya enak2 belaka. Tetiba ibu terpandang ubi rebus dan  sambal tumis ikan bilis .........serta merta teringat di zaman kanak-kanak...

Mengimbau nostalgia zaman lampau, apabila emak hidangkan pisang rebus, ubi rebus.....hhhmmmm sedapnya tak terkata..tapi lucunya  anak  pernah bercerita dia dan rakan-rakannya  dihidangkan ubi rebus dalam satu majlis.. .mereka tak sentuh pun, pulang dengan hampa dan perut  keroncong kelaparan ...huhu, ruginya tak sentuh sikit2..belum cuba, tentu tak tahu, kan......

Beza benar zaman kita dan anak-anak sekarang......
Teruja dengan ubi rebus di majlis itu, ibu pun capai, masukkan dalam pinggan.... makan ...nikmatnya !!!!

'Kita ni, apb dah berusia..kena jaga makan..kawal kencing manis dan darah tinggi kalau ada' seorg tetamu satu meja bersuara memberi nasihat..sambil menceritakan pengalamannya apabila kena strok dan terpaksa ditahan di hospital beberapa hari akibat makan makanan yg tinggi kolestrol. Makan dgn kadar yg banyak.......

Ohhhhoooo.....dengar dengan tekun..

Tapi...biasanya dan realiti kehidupan.... jika makanan kegemaran di depan mata...
payah nak control yee !!!!

tepuklah dada, tanyalah diri...

Berikut gambar2 pelamin
semasa menghadiri majlis walimatulurus di situ ....




11 comments:

Kakcik Seroja said...

Kakcik suka makan ubi rebus dengan kelapa parut + gula. :)

mamawana said...

mamawana pun suka suka ubi rebus pisang rebus segala bagai...

mak encik | SZ said...

ya Allah .. kak sal!
ubi rebus dan sambal tumis mmg kegemaran saya ... sedapnyaaa...

cerita ttg makanan anak2 baru je hari tu bersembang dgn jiran, cerita ttg frust nya dia bila rakan2 sekelas anak dia tak sentuh pun bihun goreng yg di bawa .. lebih kepada spageti dll ... tapi bila bawa ke kelas anak yg kecik mmg licin habis! ooohh faktor umur remaja ke memilih makanan western2 ni ...

Zaitun said...

Ubi rebus dimakan dengan sambal tumis...enaknya sampai menjilat jari.

Cantiknya pelamin.

Acik Erna said...

assalam sal..buat kan aacik jadi teringin nak mencari ubi esok untuk direbus..mesti sedap kan..makan dengan sambal bilis..dengan sambal belacan pun sedap jugak

che mid said...

Emm, rumah sape la tu ya.. cantik sungguh hiasan utk pengantin...mak Che Mid punya stail, ubi rebus tu digaul terus dengan sambil tumis dalam kuali.. memang kaw you!

Cikgu Fatin said...

Awesome nya kenduri kawin ada ubi kayu rebus dan sambal. Pernah ada kursus di hotel dijamu begitu. Memang cepat licin la..siapa yang malu2 nak tambah mesti rugi.

Deru Ombak said...

Assalamualaikum Sal

Ubi rebus dengan sambal bilis.. Sedap.. Lebih2 lagi dapat ubi yang empuk..

:)

sisR said...

sedap...last week i makan tapi dgn brown sugar n kelapa.

Ros said...

Assalamualaikum Sal,

Budak2 la ni memang depa tak sama macam kita dulu2 ni dah kan Sal...Zaman depa la ni,macam2 menu sedap2 yang dok ada disekeliling depa,tak macam zaman kita dulu....

Ibuhani said...

Ubi rebus masa majlis kawin? Susah jumpa tu.......n saya x pernah lg jumpa ubi rebus dlm majlis perkahwinan! Kalau jumpa mmg sental jugak tu... :)))

Post a Comment