Monday, June 14, 2010

khasiat kacang botol

KACANG BOTOL ( Psophocarpus tetragonolobus )
Bagi orang yang suka makan ulam-ulam, 
yang tekaknya selera kampung..
kacang botol ini sedap 
apa tah lagi dicecah dengan sambal belacan..  
Kacang botol ni sesuai untuk orang yang kurang darah
kacang botol yang muda mengandungi banyak
kalsium, zat besi dan vitamin A. 
Daunnya pula mngandungi protein (5-7%), 
vitamin A & C serta garam galian.
Nilai kandungan protein yang terdapat
pada kacang botol lebih tinggi berbanding dengan sayur-sayuran
tropika lain jenis kekacang. 
Selain itu, kandungan asid amino dalam kacang botol 
juga mempunyai persamaan dengan kacang soya.
 
 Kacang botol mempunyai khasiat dan nilainya dalam perubatan. 
Bagi orang yang diserang demam campak, daun kacang botol yang direbus dengan bahan campuran lain boleh disapukan ke seluruh badan bagi melegakan penyakit tersebut.

Akar kacang botol yang ditumbuk lumat digunakan 
untuk mengubati penyakit vertigo
Manakala air bancuhan daun kacang botol 
digunakan untuk mencuci mata yang bengkak dan bisul yang bernanah. 

Daunnya yang ditumbuk lumat juga boleh disapukan 
pada bahagian bengkak dan bisul.
Daunnya juga boleh dimakan untuk mengubati ulser kulit.
 
Demikianlah cerita kacang botol, ulam2  Malaysia
yang kaya dengan khasiat yang tersendiri.

4 comments:

Dzathunithaqain said...

Thanks 4 the info...=)

Nur-nba said...

Nur tak pandai makan kacang botol...

Anonymous said...

Sangt2 suka makan kacang botol... Sedapnya mkn ngan budu..air asam...tempoyak... :)

Unknown said...

Kalo ibu mngndung mkn kcang botol ni utk digantikn dengan minum susu bley x?sbb xminum susu..kalo ulam2 cmni mkn la,nk2 kcang botol..huhu..

Post a Comment