Monday, June 7, 2010

hikmahnya sujud..

Para ulama menyatakan bahawa dengan memahami, menjiwai serta menghayati setiap detik ibadah atau solat yang dikerjakan barulah kita akan mendapat kemanisan dan faedah darinya. 


Segala rukun di dalam solat yang melibatkan qalbi (naluri), qauli (lisan) dan fi’li (perbuatan) mempunyai pengertian dan maksud yang amat mendalam sekali di sisi Allah SWT.

Tiada suatu pun ciptaan dan suruhanNYA yang sia-sia, malah setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. 

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.
"Dan sebahagian daripada malam, maka bangunlah SUJUD kepadaNya dengan menyucikanNya di sepanjang malam". ( Al-Insan : 26 )
Sujud yang kita lakukan mempunyai hikmah yang tersembunyi. Kelebihannya dari sudut perubatan.
kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migraine,menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran seterusnya menguatkan minda kita. Menurut DR. MOHD OSMAN NASIR, antara hikmah sujud  ialah:
  • Melegakan sistem pernafasan (relieved congestion for breathing). 
  • Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
  • Bernafas ketika sujud akan:Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.Membetulkan pundi peranakkan yang jatuh (prolapsed uterus / fallenbandwomb).
  • Melegakan sakit hernia.
  • Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan (high parts of the lung)
  • Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS @SPLEEN (limpa)
  • Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.
  • Meringankan bahagian PELVIS.
  • Memberi dorongan untuk mudah tidur.
  • Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud dan bangun darinya.
  • Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik, secara otomatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik (smooth blood circulation). 
  • Mengurangkan kegemukan (obesity). 
  • Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit bergelombang perut convulsions). 
  • Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen. 
  • Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pompa darah  ke otak secara kuat dan mengejut.                      
Dari segi psikologi sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.
Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.
Kesimpulannya  sesuatu pekerjaan dan suruhan Allah kepada hambanya itu sememangnya mengandungi dan mempunyai hikmah tersendiri yang bermanfaat kepada manusia. 

P/S : Cerita seorang dari pada rakan memberitahu bahawa seorang doktor Neurologi di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana menemui beberapa keajaiban dalam penyelidikannya. Semasa beliau melakukan kajian urat saraf, Beliau menemui beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah  kecuali apabila sujud semasa solat. .....Begitulah keagungan ciptaan Allah!!!

 

No comments:

Post a Comment