Salam. entry ni sesuai untuk orang yang happy go lucky dan jenis personaliti yang tak suka tension sangat..
Orang yang optimis selalunya terlalu yakin. Baguslah.. namun terlalu ke arah itupun menyebabkan ada masanya kita kurang disenangi kerana ia memperlihatkan sesuatu perkara yang kurang realistik dan kadangkala tidak berpijak di bumi yang nyata. Pada permulaan menampakkan ok je..tetapi lama kelamaannya......So pertimbangkan juga perkara ini .......
1. Usah terlalu memikirkan perkara yang rumit sehingga meminggirkan yang 'natural' dalam diri kita. Akibatnya diri kita dipandang terlalu'ideal' padahal mungkin tidak.
2. Jangan meletakkan matlamat yang terlalu tinggi sehingga 'tak terjangkau dek tangan' nanti takut frust..
3. Jika tak mampu nak buat sesuatu kerja yang diamanahkan..katakan berterus terang supaya rakan membantu..Jangan paksa melakukan seorang diri sehingga hendak menangis.
4. Sediakan ruang dan waktu untuk masa-masa kecederaan, kalau kerja itu boleh disiapkan dalam masa 1 jam..nyatakan 2 jam..manalah tau ada emergency calls..
5. Berhati-hati jika mahu berusaha menjadi orang yang 'perfectionist' kerana orang yang terlalu mementingkan kesempurnaan meletakkan matlamat di luar jangkaan. Pertimbangkan juga kawan yang mempunyai personaliti berbeza..Sanggupkah dia berkongsi kerja dengan kita?...
6. Jangan memikirkan sangat kepada kualiti jika pencapaian dan target kepada kuantiti.Tengok keadaanlah..
7. Jika bekerja dalam satu pasukan, jangan mensasarkan standard yang terlalu tinggi, fikirkanlah pada rakan yang mempunyai latar belakang minat dan pencapaian yang berbeza....mampukah seiring dan sejalan?..
8. Semasa memperincikan tugasan pentingkanlah masa mula dan akhir. Jangan leka memperbetulkan perkara yang sudah betul..
Itulah sebahagian tip2 yang ingin dikongsikan pd kali ini jika sesuai dan bermanfaat....
4 comments:
sal, salam,
Tips ni bagus la...
salam.Terima kasih cikgu.Penulisan itu buat peringatan diri dan anak2 juga.
terima kasih, penulisan ini bagus.
salam.thnks En Sukiman.Ingat lagi lagu seiring sejalan,nyanyian Sharifah Aini tu..wah, zaman muda klasik..he he
Post a Comment