Wednesday, April 7, 2010

Bakteria yang menyebabkan kematian mengejut..

Bakteria Leptospira adalah bakteria yang boleh menyebabkan kematian yang mengejut.Bakteria ini dikesan daripada tubuh tikus. Namun berkemungkinan bakteria leptospira boleh memasuki badan haiwan peliharaan seperti kucing atau anjing yang meminum air  lopak yang tercemar dengan kencing tikus.



Kucing yang meminum air dari tempat bertakung yang telah dicemari kencing tikus berisiko tinggi untuk mendapat leptospirosis. 

Pemilik kucing yang membersihkan kucing dan tersentuh dengan kencing, air liur, tisu atau permukaan lembab lain juga dilaporkan mungkin akan terdedah kepada jangkitan ini. 


Bakteria ini boleh memasuki badan manusia melalui luka atau tisu lembut seperti dalam mulut, hidung atau mata. Jika kita pegang haiwan yang dijangkiti leptospirosis dan makan tanpa mencuci tangan, bakteria tersebut akan turut memasuki tubuh sebelum memasuki saluran darah.

Kemudian, bakteria ini masuk dalam badan dan organ-organ manusia seperti hati dan buah pinggang serta menjadikan lokasi utama organ manusia itu sebagai tempat pembiakannya. 

Akibatnya, sel-sel organ penting manusia yang diserang bakteria ini akan rosak dan gagal berfungsi manakala pembuluh darah akan pecah sehingga membawa kepada kencing berdarah. 

Leptospirosis boleh menyebabkan kematian apabila tahap jangkitan berlaku dengan serius  kerana ia mampu memusnahkan ogran dan fungsinya dan memusnahkan daya ketahanan manusia dengan cepat.

No comments:

Post a Comment