Friday, April 16, 2010

Putera-puteriku Sayang..

Putera-puteri ku sayang...
saban hari kita semakin leka dibuai alam fantasi
dunia berimaginasi yg menakutkan..
oleh itu tiba masanya
kelian mengatur langkah..


Pandanglah diri
Renung ke dasar hati yang bersih..
Betapa besarnya rahmat Allah   ..
mengurniakan hambanya sebaik2 dan sesempurna kejadian..
secantik-cantik insani..
Wajah yang penuh keceriaan.
dengan mata yang berkaca..
 Maka sanggupkah kita mencemarkan kehidupan peribadi..
 membiarkan langkah tak terarah..
mengejar keseronokan duniawi..
 tunduk berpaksikan emosi dan hawa nafsu..


 Ingatlah wahai putera puteriku..
Letakkanlah harga diri di tempat yang tinggi..
Jangan biarkan maruah  
digadai dan diinjak2..
jangan biarkan diri
dihanyutkan..
oleh air sungai mengalir deras..
Sayangi diri  .
Melangkah ke hadapan dengan berani..
mempergunakan peluang
dan kebebasan yang diberikan oleh keluarga
secara bijak dan berhemah
dengan batasan2 tertentu...

Teguhkan keimananmu anak2ku..
kerna di situ sebenarnya terletak kebahagiaan hakiki..
carilah role model, rakan2 pembimbing 
memanfaatkan mereka
mendengar  nasihat mereka yang tidak berbayar ..
tetapi penuh pengertian.. 

Ingatlah bahawa..
sahabat  yang benar2  ikhlas itu
menyayangi anda..
sebenarnya bertindak sebagai pelindung ..
dan tidak akan mencuri ruang dan kesempatan ...

Putera puteriku sayang....
hargai ibubapa kerana mereka juga adalah
rakan, sahabat dan pakar rujuk..
Jangan rahsiakan apa2 perkara dari pengetahuan mereka ..
kerana ibubapa sebenarnya sentiasa berada di sisi
memberikan sokongan moral dan material..
dan tidak akan membiarkan anaknya terkapai2 sendirian
pasti ada alternatif2..
pun ada pandangan2 bernas..
sebagai pilihan anaknya untuk mengatasi yang sulit..

oleh itu
di tangan kamu ini ada pilihan....
menentukan yang terbaik buat diri dan masa hadapan..

2 comments:

Muhammad Adam Rayyan said...

salam nek! adam dtg singgah.
nenek bubuh la shoutmix box kat blog. senang adam nak tinggal jejak nanti..

sal said...

salam,buat cucu: adam rayyan.eh..dah terasa pulak aku tua. thnk ziarah kami.

Post a Comment