Thursday, April 29, 2010

Di Pagi Yang Hening

 Sesungguhnya dalam kehidupan ini kita memang perlu berhati -hati kerana kadangkala dipertemukan dengan  perkara2 yang tidak disangka-sangka ..Saya juga tak lepas mengalami dugaan tersebut ....

Di pagi yang hening itu, sudah niatku untuk hadir awal ke tempat bertugas.Tepat pukul 6.30 pagi saya sudah membuka pintu pagar kemudian start kereta. Perjalanan ke sana cuma mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja.....
Dengan memandu pada kelajuan  60 kmj, saya melalui jalan dalam dan kenderaan belum begitu banyak. Suasana masih gelap namun lampu jalan membantu menerangkan jalan dengan melimpahkan cahayanya. Dalam perjalanan suram itu ..tiba2 saya dikejutkan dengan  bunyi 'prang' di jalan raya berdekatan dengan kawasan perumahan itu...

 Hati tiba2 tak sedap...macam ada sesuatu yang menarik2 untuk berpatah balik. Jadi kereta yang dipandu diperlahankan kemudian membeluk ke kawasan perumahan itu lalu pergi ke tempat kedengaran bunyi, kira2 1/4km jauhnya.......
Apabila menjenguk keluar.. terlihatlah seorang murid berbaju putih berseluar hijau tahi lembu terhenjut2 memegang tangannya. Beberapa murid yang berada di situ memberitahu bahawa budak tersebut jatuh motor..

Kemudian saya memberhentikan kereta ..si mangsa dengan muka kesian menunjukkan tangannya yang luka dan koyak  kira2  3 cm atas tapak tangan, Apabila diamat-amati ternampak daging yang tersiat serta memperlihatkan tulang tangannya yang memutih.Macam tulang ayam.
"Ya tuhan, Apa perlu dilakukan ini, sedangkan saya pun mengejar masa untuk bertugas di pagi itu.....takkan  nak meninggalkan murid sekolah lain itu ...kalaulah  anakku ditinggal-tinggalkan dan dibiar-biarkan apa pula perasaanku"...


Saya  meraba di dalam handbag,  tak ada credit rupanya...kalau  hp ini berfungsi orang yang pertama dihubungi  tentulah  hubby. Pada dialah tempat mengadu. Saya hanya boleh memandu..ditakdirkan ada apa2 yang berlaku  dalam perjalanan  dialah tempat meminta pertolongan. Manjakah!!

Nak ke mana ni..klinik buka pukul 9.00 pagi..sekarang baru kul 7.00 pagi..minda ini  ligat  untuk membuat keputusan.


Mata ini mencuri pandang pada murid itu, dia  bermuka sayu sambil menahan kesakitan, tiba-tiba terasa ada kekuatan dan keyakinan apabila mengingatkan pengalaman menjaga bilik kesihatan ..pernah merawat murid2 yang luka.....ya, berbekalkan keikhlasan hati dan keyakinan diri..cuba menolong..

Darah berjejeran. semakin banyak pula cecair merah pekat itu keluar dari tangannya  menunjukkan dia memang perlukan perhatian...Saya meraba tisu..menyuruh dia mengelap sendiri.. langsung tak ingat ada beg  pembalut luka dalam bonet kereta....

'Biasanya doktor datang  lewat ke klinik.Hp cikgu ni tak ada credit, jadi mari ikut cikgu balik sekejap untuk  telefon. Lagipun darah banyak ni, kat rumah bersihkan  luka sebelum kita ke klinik' .Saya mengarahkan mereka..Dalam apa2 keadaan, keutamaan pertama  adalah rawatan  dulu.Budak yang bernama  Shahmi  itu mengangguk..Danial  kawannya juga mengangguk..
'Kamu ni baru berusia 15 tahun, dah bawa motor tanpa lesen..berani sungguh, salah tau".kataku dengan nada  sedikit keras..macam polislah pula menerangkan pada budak itu agar dia faham akan kesalahan undang2 jalan raya..

Tak semena-mena teringat pada Hani..Beberapa bulan lalu, dia  merengek meminta keizinan supaya membenarkannya belajar dan mengambil lesen motor..'Oh, tidak, Saya sangat takut untuk mengizinkannya....menangislah kau Hani.. ibu tak layan".bertekad...

Apabila tiba  di rumah, dia membasuh tangan , mengajar dia membubuh ubat dan membalut lukanya sendiri dengan bantuan  Danial  ....Nasib baik along ada, panjang sikit langkah.. mengajak along untuk menemankan kami  ke klinik berdekatan sebelum menghantar budak  itu pulang ke rumahnya.. ..

Pagi itu kami dapat mengadakan sesi lawatan tak  rasmi. Sempat  menziarahi tiga buah klinik berdekatan ..semua jawapan yang diterima mengecewakan ..pembantu klinik  mencadangkan supaya murid ini dihantar ke hospital kerana doktor mula bertugas kul 9.00 pagi.
.
Nak ke hospital? uh, jalan jem.kereta banyak ni.1 jam belum tentu sampai...saya mengeluh  ..namun  tiada pilihan?..ke hospital jawapnya....betul sangkaan.jalan ke bandar memang jem..sampai di wad kecemasan along mencari parking...sementara saya, Shahmi dan Danial terus menjengah ke wad kecemasan..
Pembantu hospital menyambut..terus membawa Shahmi untuk mencuci lukanya..keputusan x-ray menunjukkan tulang tangan Shahmi ok, tiada tulang tangan yang patah atau retak..alhamdulilah..selama 2 jam lamanya  berada di hospital dan 2 jam juga lamanya along terpaksa menunggu di luar hospital dan berada di kereta kerana parking penuh..
Dalam  masa itu, dapatlah berbual-bual dengan Shahmi untuk mengumpul maklumat mengenai dirinya, Shahmi anak yatim ..".Oh, Padanlah rasa terpanggil untuk menolong kamu Shahmi. Nasib baiklah kamu anak yatim , murah rezki kamu hari ni" berkata2 dlm hati..Setelah selesai urusan, Shahmi dan Danial dihantar pulang....
.
Apabila tiba di rumah,termenung sendirian untuk bermuhasabah  diri. Allah memberikan  kesempatan membuka mata , menggunakan  masa, tenaga dan wang untuk membantu pada orang yang  memerlukan.....

2 comments:

E-na Zarina said...

Salam..E-na memikirkn bgaimana kalau E-na di tempat sal...berani ke nak rawat bdk tu...takut darah...mungkin di beri kekuatan masa tu...

sal said...

salam Ina.Sebenarnya saya pun takut tengok darah luka.Tapi bila terdesak berani pulak.

Post a Comment