Friday, February 26, 2010

Kaunseling dan Pendidikan


Ketika sedang menikmati sarapan pada suatu pagi ..tetiba seorang rakan sempat bersuara, isu cepumas saya kira....
'Eh, Suami saya,  tak percaya pd kaunseling ni, lebih berkesan dengan pukulogi' kata kawan saya itu juga merupakan seorang guru Sains sambil menghirup segelas fresh orange di hadapan meja..
'Em, lepas pukulogi kita kaunselinglah anak pulak .Kedua2nya perlu'.kata kawan saya yang lain,  iaitu seorang  guru Agama.
kata-kata di atas merupakan persepsi individu terhadap kaunseling dalam pendidikan anak..
Sebenarnya Kaunseling merupakan alternatif kepada pelbagai-bagai pendekatan yang boleh digunakan untuk mendidik. Memang kita diberi pelbagai pilihan. Pilihan mana yang dirasakan sesuai yang boleh diterapkan kepada anak2 kita.. Kesemuanya  mempunyai matlamat yang sama iaitu bertujuan mendidik anak....
Apa itu kaunseling....
Blocher (1974) mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya. 


Corey (1977) sepertimana dengan Blocher menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulkan masalah pada dirinya.

Akhir sekali James (1982) pula mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu.

Ketiga-tiga definasi yang di pilih ini memberikan penekanan kepada proses untuk menolong, menyedarkan individu tentang dirinya dan suatu proses pembelajaran individu untuk mencapai tingkat kesejahteraan dalam kehidupan yang dilalui.

Sebenarnya ibubapa boleh mempelajari asas2 kaunseling cukup untuk mengaplikasikan pengetahuan tersebut untuk  anak ...apabila tidak berkesempatan untuk melakukannya barulah kita bertemu dengan orang yang mahir dalam bidang itu supaya anak kita dapat pendedahan, pengalaman dan pengetahuan untuk membina jati diri.....
Saya juga menyerahkan anak saya pada guru kaunseling pada tahun2 peperiksaan kerana saya percaya bahawa ada sesuatu yang boleh dikongsikan bersama  dengan guru kaunseling serta boleh memanfaatkannya untuk  membantu dalam proses pembelajaran walaupun anak2 saya bukanlah pelajar yang bermasalah!!!
Adakah anak-anak yang bermasalah sahaja yang perlu diberi kesempatan berkaunseling?
Jawapannya tentulah tidak kerana kaunseling itu ada banyak cabang di sekolah antaranya pembangunan diri, bidang psikososial dan kesejahteraan mental, bidang kerjaya, akademik dan lain2..
 Tak berubah?
Kaunseling hanya membantu memberikan pertolongan. Yang berubah itu terpulang kepada individu itu sendiri..samaada mahu berubah atau tidak..ada banyak lagi program2 kaunseling dan kerohanian yang dapat membantu.bersifat subjektif. Sebenarnya kaunseling itu lebih ke arah EQ dan SQ...asalkan jangan berputus asa...
 Saya mengambil contoh, Apakah reaksi ibu bapa sekiranya ada antara anak2 kita dipukul atau dimarahi oleh guru di sekolah. Sebagai ibubapa wajarkah kita menambah beban emosi anak itu dengan merotan atau memarahi anak itu sekali lagi apabila anak itu pulang ke rumah atau wajarkah pula kita melatah dan menyerang guru...jawapannya tentu sekali-kali tidak. 
Pendekatan yang berkesan adalah rasionalkan anak kita mengapa dia dipukul..beritahu kepada anak2 bahawa pukul itu maknanya guru sayang pelajar , guru memberi perhatian kepada pelajar, pukulan itu maknanya si anak telah membuat kesilapan dan kesilapan itu jangan diulang lagi..pukulan itu bermakna anak kita telah berjaya melalui satu cabaran dan di masa akan datang ada banyak cabaran2 yang akan menanti yang perlu dilalui oleh si anak supaya anak melalui proses kematangan..guna pendekatan asas2 kaunseling dan psikologi untuk membantu menyuburkan EQ  agar emosi anak itu tidak terbeban dan anak itu merasa dibantu dan secara tidak langsung kita telah menyuburkan EQ anak itu ..
 Seperti pukulogi (pukul) juga..hari ini kita merotan anak kita dengan penuh emosi...bolehkah anak itu berubah dengan sekelip mata? esok kalau tidak serik dia akan membuat perkara yang sama ...lusa kalau dia lupa, dia akan mengulangi perbuatan negatif itu. Adakah anda sanggup merotan anak itu berkali2 kerana membuat silap jika kesan pukulan itu kurang memberi impak terhadap dirinya dan bolehkah anda memikirkan alternatif lain untuk mendidik atau mahu membiarkan sahaja...
 Menurut seorang sarjana yang telah membuat kajian..kaunseling dalam pendekatan agama amat sesuai dan relevan untuk tujuan mendidik  dalam era globalisasi dan dunia tanpa sempadan..contohnya terapkan amalan2 berdoa, belajar menghayati dan menyayangi Allah maha pencipta. Oleh itu Kaunseling dalam pendekatan Islam bertujuan untuk mengukuhkan keimanan dan ketaqwaan.
 Pelbagai program2 kaunseling itu diharapkan dapat membina sahsiah anak serta  menyuburkan keupayaan  Emotional intelligence (EQ) dan kecerdasan spriritual/kerohanian (SQ) kerana EQ dan SQ merupakan elemen2 yang sangat penting dalam membina jati diri.. ..
 Tidak dapat dinafikan kita mementingkan  Intelligence Quotient (IQ ) dalam pembelajaran akademik. Sebab itulah ibubapa moden tidak lokek membelanjakan wang untuk menghantar anak2 ke pusat2 tuisyen berbayar agar anak2 mendapat keputusan yang baik. Namun  kita sering mengabaikan EQ(kecerdasan emosi) dan SQ(kecerdasan  spriritual/kerohanian) Walaupun elemen ini  sama penting.
 Emotional Intelleigence Quotient (EQ) dan (SQ) kecerdasan spriritual/rohani  merupakan elemen2 yang selari dengan IQ dan saling bantu membantu sebagai pelengkap untuk pembangunan diri  anak.
 Kita sering mendengar dan membaca ramai pelajar yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR,PMR,SPM DAN STPM dalam media massa, secara umumnya  tahap IQ individu di negara ini semakin meningkat, bermaksud semakin ramai orang yang pandai , cerdik dan bijak dalam bidang persekolahan dan akademik.
 Melalui media massa, kita akan melihat dan terbaca statistik yang menunjukkan bilangan pelajar cemerlang bertambah namun pada masa yang sama media massa juga turut melaporkan  banyaknya serbuan dan tangkapan yang dilakukan oleh pihak berkuasa berhubung kes-kes salah laku pelajar dan golongan belia.
 Maknanya sebahagian daripada anggota masyarakat juga terdiri daripada belia dan pelajar kita secara amnya memiliki tahap IQ yang tinggi dan berjaya dalam bidang pengajian dan akademik namun tahap EQ dan SQ mereka tidak meningkat seiring dengan IQ menyebabkan mereka gagal untuk menjadi insan ‘Kamil’ dalam erti kata yang sebenarnya.
EQ – adalah ukuran kecerdasan emosional  atau kemampuan minda untuk menggunakan kedua dua emosi dalam hidup. Kompetensi kecerdasan emosi termasuk  empati, intuisi, fleksibiliti, ketahanan, mengatasi, stres pengurusan, kepimpinan, integriti, keaslian, intrapersonal dan interpersonal.
IQ –  ialah ukuran keupayaan kognitif, seperti kemampuan belajar atau memahami atau menghadapi situasi-situasi baru; yang mahir menggunakan akal sihat; kemampuan untuk menerapkan pengetahuan untuk memanipulasi persekitaran seseorang atau untuk berfikir secara abstrak yang diukur dengan kriteria objektif (sebagai ujian ); ketajaman mental, logik dan kemahiran analisa.
 Kita  boleh  mengembangkan EQ dan SQ selari dengan IQ .
Anak2 perlu diberi peluang dan  pendedahan untuk menjalani  program2 kerohanian bagi menyuburkan jiwa dan sahsiah untuk membangunkan EQ dan SQ mereka. Namun kita sering terlupa atau mengabaikan keperluan itu dalam kehidupan anak2 kita........

Sunday, February 21, 2010

Berjumpa keluarga

Wah ini  foto tentang  keluarga lagi...

Masa cuti hari tu..
Keluarga  sempat bertemu dan
berjalan2 ..
Angah sempat pulak merakam detik2 bahagia .. ...


 
kat mana ni...
kelihatan cantik  dalam gambar....
nampak airnya membiru.... tenang....

Eh.. anak2 saudaraku (anak2  sepupuku) comel2 belaka..
lama tak jumpa kamu..
 rindu .....
tentu makin cerdik dengan idea2 menakal, kan !!!
jangan gaduh2 tau sayang.....


 
Pos istimewa drp  Pak Ngah..
Pak Ngah baru balik dari Kelantan ,Selangor dan KL..
masih penat kot..
nampak letih je......
tapi tetap tersenyum....
dari kiri Mak Su ,  Kak Ani dan  kak Balkish yang dapat turut serta......
kalau nak share bab2 agama, suka nak share dengan kakak2 dan abang sepupuku (t-shirt kuning)
sebab mereka belajar bidang tu.. Pak Su yang di belakang sekali pun bole gak..
Khairul yang baju hijau tu tunduk2 buat pe.. ....

 
Eh...Anty Leha (kakak ibu) sempat senyum simpul......
My anty ni  peramah..pemurah..

 
INI  sepupu2 ku lagi....dari kiri Khairul yang pakai baju hijau ,
Abang Edy yang berbaju hitam . Abang Edy  tu , my cousin yang prihatin.
kalau Angah tak faham math jumpa Abang Edy..
Abang Edy cepat je selesaikan masalah....
dia bekas graduan university of Bristol, UK dalam bidang kejuruteraan , baru balik M'sia
di sebelah Abang Edy ialah Kak Ely, Angah dan Naja


Pak Ngah , Mak Ngah, Ewan, Mak Su dan Cik Jam (mak saudara)
posing kat bawah pokok ...
eh, lama sangat berdiri bawah pokok ,
sampai...pokok pun jadi letih dan malu ....

Bapa2 saudaraku, sepupu2ku dan ayah.... .
 best join mereka..
sporting..

*********
eh..apasal  hari ini asyik memuji2 je..
kerana kempunan  tak dapat join program jalan2.... 

Jadi dapat tengok gambar je....
kemudian analisis  foto ini sendiri2....

Masa tu saya ada tutorial..
nak buat cammana..

tu lah kehidupan pelajar jarak jauh macam aku..

ketika keluarga sebuk2 bertemu ..
aku sebuk lain, sebuk ngan tutorial..

ketika mereka seronok berjalan2, 
aku pulak terpaksa mengurung diri dalam bilik
kerana menyiapkan assignmt..

ketika adik2ku sesedap dibuai mimpi enak.. 
aku bangun menyiapkan kerja kursus yg agak berat tu.....

ketika keluarga bersantai di luar..
aku kena study kerana exam dah dekat..

Sejujurnya aku kurang masa memikirkan  yang indah2 buat masa ni.... 
keindahan aku pada aaaapa yekkkk....

 em, kalau assinmt aku dah siap semua maka indahlah hidupku seketika..  he..he..... 
tukah  pengorbanan??
ntahlah..

em... dapat tengok foto my family 
dah kira ok......

Thursday, February 18, 2010

Khasiat Habatus sauda


Saya ni termasuk individu yang 'liat' untuk makan ubat. Kalau pergi ke klinik, tentunya kita akan dibekalkan dengan 'ole-ole' untuk dibawa pulang. Pelbagai rupa bentuk dan warna. Ada dlm bentuk cecair, pil  yang bulat, leper, bujur dan berwarna putih, merah jambu dan lain-lain. Namun tak semua ubat itu akan saya makan melainkan yang betul2 perlu seperti antibiotik .


  Ketika sedang bersembang dengan seorang kawan, tiba2 kawan saya itu  mengeluarkan sejenis ubat dari dalam beg tangannya lalu menelan ubat itu di depan saya. Esoknya, ketika datang ke rumah  adik ipar, ubat yang ini juga yang diperkenalkan. Oleh kerana sering berkenalan dengan ubat itu, maka saya pun berminat untuk mencari2 maklumat mengenai apakah sebenar khasiatnya menyebabkan ia menjadi kegemaran2 sahabat2 saya. Di sini saya kongsikan info mengenai khasiatnya dengan para pembaca sekelian. Manalah tau 'terminat' dan 'tersuka' dengan jenis  tumbuh2an tersebut......


Habbatus Sauda memnbantu kulit muka yang cerah, merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.



Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus Sauda …… merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.
Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus Sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.
Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus Sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).

Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit.
  • Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
  • Antiarthritis, mengubati reumatik.
  • Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
  • Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
  • Antiseptik, mengubati bau mulut.
  • Antivirus, mengubati demam dan flu.
  • Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
  • Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
  • Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh.
  • Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
  • Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
  • Nematocidal, mengubati cacing pita.
  • Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).
Di bawah ini kami sertakan 7 ciri-ciri utama habbatus Sauda:
1. Nilai pemakanan
Habbatus Sauda kaya dengan asid amino yang membentuk protein karotene iaitu bitamin A, kalsium, zat besi, dsb.






2. Sistem imunisasi
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
3. Anti-histamine
Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
4. Anti-tumor
Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. 
5. Anti-bakteria
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Baik bagi seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.
6. Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
7. Menggalakkan pengeluaran susu
Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

Wednesday, February 17, 2010

Layang-layang itu..


Layang-layang itu sebenarnya terbang
menyongsang angin..

Ibarat orang berjaya merempuh halangan.. 
bergerak dipukul angin.... 

Seperti layang-layang
dia megah terbang
Merintangi  angin..


  ..

Walaupun manusia itu bukan layang-layang
tetapi manusia itu macam layang-layang bergerak

Apabila manusia berpegang kepada falsafah hidup..
mereka teguh pada pendiriannya...
tanpa menghiraukan kesukaran
yang dihadapi di sepanjang  jalan ...
Walau di mana  berada..
walau  dipukul  badai ..
dia masih berdiri dan
tidak terkeluar dari landasan...

lebih kuat angin itu..
lebih tinggi dia terbang..

wah, gahnya!!!!

Saturday, February 13, 2010

Aktiviti Pertama Cuti

Pada hari Jumaat yang lalu, saya mengambil Ewan di asrama.
Ewan adalah anak kepada adik hubby.
Hubby kerja petang tu ...
Jadi kami mengambil alih tugas menjemput Ewan...
Along dan adik Hani turut serta mengiringi ...

Ewan tak balik ke kampungnya di Parit , Perak.
Jadi sepanjang cuti ini, dia tinggal bersama kami. 
Ewan berumur 13 tahun anak tunggal dalam keluarganya
dan bersemangat untuk tinggal di asrama.

 
Sebelum itu, kami singgah di Angsana. 
Dah lama tak beli buku di situ... 
Badan Book Store.
Kalau ke permis ini  memang tak cukup setengah jam.
membelek-belek buku je dah lama ...

Tapi  masa sangat mencemburui kami ketika ini 
kerana ada hajat lain..
maka  limitkan waktu, 
hanya beli buku yang penting2 sahaja... 
lain kali boleh beli buku2 rujukan ya Hani, along..

 
 Sempat snap di tingkat bawah ....
di sini pun macam-macam majalah  dijual ..


Wah dah sampai dah..
Tak boleh park kereta kat dalam...sempit.
Park di dewan makan, luas sikit..

Sekolah Seni Malaysia.
Ia terletak di Bangunan lama...
Maktab Perguruan Mohd Khalid, Johor Bahru.
Satu-satunya sekolah Seni di  Semananjung Malaysia..
Satu lagi di Kucing, Sarawak.


Berjumpa dengan pelajar2nya yang lain.
Mereka juga sedang bersiap2 untuk pulang..
Murid2nya sopan santun..ramah..hormat...
tahniah kepada pelajar ini yang boleh menjadi anak2 contoh..

Ewan...mana kamu...
Oh sedang telefon di public phone sekolah..
kami dah sampai ni...tak yah telefon lagi... 
"Eh..bagusnya kamu Ewan..
baru 13 tahun dah boleh berdikari dan tinggal di asrama..
tak nangis pun..good boy.".
 kata ibu sambil mengerling  Hani..
Hani buat bodo..

Semasa balik dah gelap..
 kenderaan penuh di jalan raya. 
Along mencari ruang dan fokus...
Banyak kereta dari Singapura..
maklumlah esok cuti..
ramai yang ambil kesempatan 
untuk  mengunjungi sanak saudara...

 
kereta bersusun-susun lagi ....jem ..
"hati2 drive di jalan raya ni along..
tak perlu laju2..
kita bukan nak tergesa2 sangat...relax..
biar lambat asal selamat"...pesan ibu mengingatkan anaknya.

Sampai di Skudai, Singgah membeli makanan sekejab..
tiba di  rumah dah magrib..


Thursday, February 11, 2010

Santai Minda

Yeah.. dah cuti.....
Mari lupakan seketika ..
yang sarat2 di minda
dah lama aku berdiri di sini......

Yeah..cuti ..
Ingin santai minda....
Tengok bukit..gunung...
Tengok sungai ..pantai...laut..
Deretan pepohon kelapa di desa permaiku  pun 
dah melambai...
memanggilku pulang.
Wajah2 family..
sudah terbayang di ruang mata
merinduku....ewah...

Kita tak  berubah anak2ku..
Embun pagi tetap menitis ....
 terasa sejuk..
Udara tetap berhembus..
terasa nyaman..
Air sungai tetap mengalir....
terasa segar..
Sesekali langit tetap kelabu..
sebab mendung
tanda hari nak hujan.... 
he..he..

jom kita..
Santai  sekejab...
Buang yang sarat2 di minda..
 lihat gunung..laut..bukit..
Merenung alam semula jadi ciptaan Allah..
Menginsafi diri yang kerdil ini..

P/S : Here I found a Bugis's blog. Remember when I was primary school, 
I was not gold mouthed in Malay language fluently because always verbal Bugis .
One day, my friend's head was injured . Teacher asked why?
I said that her head is felicitous 'genrun' with stone. 
"Kepala dia kena genrun batu ,cikgu '
"Apa?"cikgu tanya lagi..
"kena genrun batu, cikgu"...beriya-iya saya beritahu..
suddenly all friends laughed me.
I felt very ashamed.

...........
because of...
I talked Bugis and Malay.  
'genrun batu'  in Bugis language means  affected throwing stones

Monday, February 8, 2010

Tiada Yang Istimewa

Apabila terbaca majalah pada pagi itu..tidak semena-mena mata bundarnya terpaku melihat satu berita menarik. Dia sedikit terkejut. Seakan-akan tidak percaya bahawa wajah yang menghiasi majalah itu adalah temannya.Ina teman seangkatan dengannya telah berjaya menjadi seorang tokoh korporat yang berjaya.

Kini dia dan Ina telah terpisah jauh di celah-celah kabus tebal kehidupan sendiri.  Sejak tamat pengajian di Universiti , mereka membawa haluan masing-masing.

Apabila terbaca berita Ina,tetiba rindu itu datang bertandang. Pada waktu yang terluang Miza menghubungi temannya melalui telefon. Nasibnya baik..cubaan untuk ketemu berjaya. Di hujung talian kedua -dua sahabat itu tidak putus-putus mengucap syukur . Kenangan lalu yang bersisa dan sudah ditinggalkan terungkai kembali.....tak disangka Ina sama macam dulu..tidak berubah walaupun hidup semakin senang ....



Pada hujung minggu, seperti yang dijanjikan  Miza  mengunjungi teman itu di Kuala Lumpur. Di sepanjang perjalanan terbayanglah akan Ina.Tokoh usahawan itu tentunya hidup glamour dengan kereta sport, rumah bak istana,  perabot antik serba-serbi kelengkapan rumah diimport..Itali..Eropah..eh, barangkali Indonesia pilihan terakhir..fikirnya..

Jika dibandingkan dengannya sudah tentu jauh berbeza. Miza tak mampu membeli semuanya kerana dia hanyalah sebagai kakitangan kerajaan, berapa sangatlah pendapatannya.....

Lamunannya terhenti apabila tiba di perkarangan rumah banglo Ina. Sampai di sana Ina telahpun menanti dengan wajah yang riang.

"Jemputlah masuk Miza" pelawa Ina.Tiba-tiba Miza terasa anih berada di rumah rakan itu. Mata Miza masih terkebil-kebil dan dia masih terpinga-pinga seolah-olah tidak percaya apa yang dilihatnya....

Tiada yang istimewa??? bisik Miza di dalam hati.Tiada  sofa mewah, tiada perabot antik, tiada sebarang lukisan atau arca mahupun perhiasan kristal yang menghiasi rumah seperti yang berlegar-legar dalam kotak fikirannya...

Apa yang terpampan di depan matanya hanya beberapa buah rak-rak buku tersusun indah dihiasi dengan buku-buku yang bersaiz nipis dan tebal dan besar..semuanya buku..di kirinya buku dan di kanannya buku..uh !!!!


"Orang kaya macam kau takkan hidup dengan buku je " Miza bertanya sambil mengusik Ina ....

"Seorang usahawan macam kau bertemankan buku-buku je" Miza menyambung.Dia masih keliru..

"Inilah harta aku Miza.Tiada yang lebih berharga selain daripada buku-buku ini" ucap Ina tersenyum..

"Kau tahu tak Miza, kerana buku-buku inilah aku berjaya. Bukan harta benda yang aku kejar tapi ilmu kerana membaca kesemua buku inilah aku peroleh ilmu yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit".

"Harta dan wang ringgit yang banyak tidak akan kekal buat selama-lamanya. Setiap masa yang terluang aku habiskan dengan membaca. Lagi banyak yang aku baca, lagi banyak ilmu di dada, bukan ilmu dunia sahaja malah ilmu akhirat".Ina berfalsafah..Miza terdiam. Membisu seribu bahasa. Membisu mencari makna....

"Miza..tak kiralah sama ada kaya atau miskin, jika hidup ini lengkap dengan ilmu,kita akan berjaya"khutbah Ina bersambung..
"Ingatlah Miza, hanya ilmu sebagai harta yang kekal di dunia dan akhirat"  Ina ghairah meneruskan syarahannya yang berjela-jela, entah dah berapa batu panjangnya. Dia pun tak pasti...... yang jelas tazkirah Ina masih belum bernoktah lagi.....

Friday, February 5, 2010

Mendapat doa Malaikat

Percaya kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: "Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat".

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'amin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan".

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak..."

10. Orang yang sedang makan sahur.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikatNya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."
 

Monday, February 1, 2010

Peringatan untuk diri

Setiap kali terpandang maksiat atau terdetik rasa berdosa segeralah beristigfar... 

Beristigfar selalu dapat menghapuskan dosa2 kecil serta menghilangkan bintik2 hitam yang terdapat di dalam hati ..

Rasullah SAW bersabda yang bermaksud  'sesiapa yang sentiasa beristigfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar pada setiap kesempitan ada cara mengatasi'  (hadis riwayat Abu Daud).

Beristigfar kepada ALLAH akan merasa diri dekat kepada Yang Maha Esa . Bahkan timbul perasaan tenang.

Dosa adalah penyakit dan ubatnya adalah istigfar. Oleh itu untuk mengelakkan hati daripada lalai seseorang hendaklah sentiasa beristigfar kerana kita tidak mengetahui bilakah masanya kita diampunkan oleh ALLAH.

SUMBER:JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA.