Saturday, October 26, 2013

Khasiat Serai Untuk Kesihatan

Sering kita menggunakan serai dalam masakan kita tanpa mengetahui khasiatnya...

Sebenarnya serai mempunyai banyak khasiat. Ia memperbaiki aliran darah serta menyegarkan tubuh.

Serai juga berkesan untuk menurunkan berat badan, membuang lemak dan memperbaiki salur darah .Serai juga mengatasi masalah kebas-kebas, lenguh-lenguh, gigitan serangga dan kembung perut..

Thursday, October 17, 2013

Kebaikan Mandi Pagi

Beberapa kelebihan mandi waktu Pagi...

1. Kulit lebih lembut dan halus
Air yg hangat  menghilangkan kesejukan. Jika memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi  air sejuk  dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.
2. Melancarkan peredaran darah
Melancarkan peredaran darah, lebih sihat dan bertenaga. malah kita boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.
3. Meningkatkan kesuburan
Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.
4. Mengurangkan risiko darah tinggi
Jika individu ada tekanan darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit tersebut. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.
5. Mengurangkan tekanan serta tenang
Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.
6. Meningkatkan sel darah putih
Mandi dengan air sejuk meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih seimbang dalam tubuh,  daya tahan  melawan virus akan bertambah. 

Monday, October 14, 2013

QMG Network Produk Kesihatan

QMG menjual product kesihatan. Antara barangan kesihatan yang dijual ialah
1. Garam batu..
2. Quick Energy untuk memperbaiki peredaran darah...Herba ini mengandungi halia, tongkat ali, ibu gamat, kacip fatimah, madu lebah, penutup bumi, manjakani, habatussauda,  sarang burung walit, gingseng korea gred A, Mas cotek...

Jika berminat utk membeli sambil menjadi ahli, serta boleh jana pendapatan..jika berminat sila hubungi email sallylauto@yahoo.com

Sunday, October 13, 2013

Menjana ...

ANDA INGIN JADI USAHAWAN?

Sedikit Modal! Sedikit Usaha! Sedikit Masa! 

Andainya selama ini anda ingin menjadi usahawan yang berjaya dengan memiliki produk atau perniagaan sendiri, maka teruskan membaca laman web ini.

Apakah Anda Seorang Yang:
*Yang ingin maju dengan perniagaan sendiri.
*Yang ingin mencari peluang pekerjaan dan perniagaan.
*Yang sedang mencari kerja sambilan atau sepenuh masa.
*Yang sedang mencari pendapatan sampingan.
*Seorang penganggur yang sedang mencari peluang pekerjaan/perniagaan.
*Peniaga yang ingin memajukan perniagaannya.
*Pegawai atau pekerja yang ingin menjadi bos pada perniagaannya sendiri.


# Hanya dengan menjual produk, sedikit keuntungan akan masuk ke tabung anda...
.........bersambung akan datang...

Wednesday, October 9, 2013

Kongsi ilmu..

Friday, August 16, 2013

Mee Rebus Johor

Bahan-bahannya
2 kg mee kuning, celur
1/2 kg daging dihiris halus
4 biji keledek, direbus dan dikisar
1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
2 ulas bawang putih, dikisar
3 biji bawang merah, dikisar
1/2 cawan udang kering, dikisar
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
5 sudu makan rempah kari daging
garam, gula secukupnya
Minyak untuk menumis
Bahan Taburan Tepung udang kering
1/2 cawab udang kering dikisar
80 gm tepung gandum
1/4 sudu tepung kunyit
garam secukupnya
air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Bahan Hiasan
Tahu yang digoreng, dipotong kecil
Daun sup, dimayang
Bawang goreng
Telur rebus dibelah dua
lada hijau, dipotong bulat
Taugeh dicelur
Limau kasturi, dibelah dua.

Cara menyediakan
Campurkan semua bahan dan gaul rata2. Bancuhan tepung dimasukkan dalam kuali caranya spt direnjis.Dah garing, angkat dan toskan

Cara membuat kuah.
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik. Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau.

Masukkan rempah kari, kacau rara, kemudian masukkan taucu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging.(taucu dan keledek yg dikisar diletakkan air untuk senang dikisar) Tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat. Masukkan garam, gula ..

Cara menghidangkan
Hidangkan mee yang telah dicelur taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebuas, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.

SELAMAT MENCUBA.

Wednesday, July 31, 2013

Roti John..

Assalamualaikum...
Ingin bertukar selera merasa keenakkan roti John??
Ok jugak..
Simple dan mengenyangkan...
dan kurang berminyak... sesuai untuk remaja purba...
Mari mencuba...
Bahan-bahannya
-Roti panjang
-100gm daging cencang (saya guna ayam cencang)
-2 ulas bawang merah yg dihiris halus
-1 biji telur . Dipukul
-20gm kobis.Dihiris ( saya guna salad)
-20gm lobak merah. Dihiris
-10gm mayones
-1 sudu teh serbuk lada hitam
-1 sudu teh serbuk kari
-Sedikit sos cili
-Garam secukup rasa.


Cara memasak:
1. Di dalam sebuah bekas, campur lobak merah yang telah dihiris bersama mayones, sedikit serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.Ketepikan.
2. Kemudian di dalam kuali tumis bwg merah hingga naik bau. Masukkan daging cencang dan kacau sebentar.
3. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk kari dan gaul rata. Garam dan gula. Angkat dan ketepikan.
4. Pecahkan telur di atas kuali dan letakkan inti daging tadi. Letakkan roti di atas inti tadi dan pastikan ia tidak melekat.
5. Angkat roti dan letakkan mayones dan sos cili.
6. Hias dan boleh hidangkan.

Selamat mencuba ..