Tuesday, April 23, 2013

Cuci buah Pinggang Dengan RM1.00

Dengan Rm1.00 dpt mencuci buah pinggang.......Saya tak pernah cuba...tpi klu berminat ia mungkin bermanfaat 

Betahun-tahun buah pinggang  berjasa kpd kita, ia menyingkirkan kandungan garam dan racun dalam badan. Ia  mencuci sejumlah banyaknya bahan kimia dalam badan ...
Ada alaternatif lain untuk membersihkan buah pinggang...
Beli seikat daun SUP, cuci bersih-bersih, potong kecil-kecil, masukkan ke dalam periuk..masukkan air dan didihkan 10 minit...
Sejukkan dan kemudian tapis...dan simpan ke dalam peti sejuk..
Amalkan minum segelas sehari...Segala kandungan garam dan racun dikumuhkan melalui air kencing..
Daun sup telah diketahui adalah satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita secara semula jadi...
Selamat mencuba....

Friday, April 5, 2013

Kacang Panjang Dan Diabetes....

Assalamualaikum....
Kalau ada ruang, memang suka nak mencorat-coret di sini...
Tapi kurang upaya dari segi masa.....
Selepas meninjau-ninjau kerja semasa, menjenguk blog sekejab sekadar dapat  mencatat sesuatu di sini untuk pengetahuan ibu dan dikongsikan.....

Pernah makan sayur ni tak....Sayur kacang panjang ini mudah dimasak dan senang didapati bukan sahaja dipasar raya, pasar dan kedai runcit pun ada....
Tahukah anda ia boleh mengurangkan diabetes...
Tapi larat ke meminumnya????..

Penemuan di Cina, Ada pesakit diabetes di sana makan kacang panjang untuk menurunkan kadar gula dalam badan. Caranya : blender 12 batang kacang panjang dicampur 1 tomato merah...minum sampai habis..buat dua kali..Kemudian silalah intai2 gula dlm badan di hari esok....kadar gula akan turun mendadak........memang alternatif ini sangat sukar untuk diamalkan..haha...

Ohya...Selain itu kacang panjang ini baik untuk mengubati radang sendi, mengurangkan risiko stroke, serangan jantung, darah tinggi, mencegah sembelit, mencegah diare, anti bakteria dan mencegah anemia...

Semua penyakit ada ubatnya...cuma kemungkinan kita alahan atau tidak serasi dengan ubat ..yang penting kita berusaha mencari pilihan2 untuk mencegah dan mengurangkan sesuatu penyakit sebelum serius........

Friday, March 29, 2013

Kill Canser

Assalamualaikum
Sedikit info kesukaan dan ketidaksukaan kanser :
Buah betik dan teh hijau juga baik untuk mencegah kanser...

Sel kanser suka merebak jika ada gula berlebihan dan daging..

Sel kanser suka pada suasana asid dan tidak suka dlm suasana alkalis di dalam tubuh..gaya hidup  spt pemarah, dendam, stress berpanjangan, sedih, putus asa  boleh menghasilkan asid dlm tubuh....

Sel kanser mudah dibasmi jika oksigen banyak..Oleh itu, meditasi dgn menarik nafas panjang 2 kali, olahraga, aerobik adalah baik untuk menghindar kanser kerana aktiviti ini meningkatkan kadar oksigen dalam tubuh.

Hindari/kurangkan  penggunaan plastik dan foam pd makanan..Pakai botol kaca dan elak botol plastik untuk air minuman.

p/s : jika kita dah berusia, penting untuk mengetahui faktor2 pemakanan dan aktiviti meningkatkan gaya hidup sihat.. kadang2 kita bukan tak tahu tapi lupa dan kurang ambil berat.......Sharing is caring...

Sunday, March 24, 2013

Memotivasikan diri

Assalamualaikum...
Moga kita, anak-anak dan keluarga semuanya sentiasa ceria 
menikmati hari-hari mendatang..
sedih, suka duka, impian belum terlaksana, adatlah.. kan.. 
semuanya sinonim dengan kehidupan ini ..
Agaknya fenomena sebegini dan halangan-halangan yg dilalui
 membuat diri kita dan anak-anak menjadi  kuat, tabah dan dekat di sisiNya....
Insya-Allah

Saturday, March 23, 2013

Jogging...

Cuaca pagi itu sejuk dan nyaman...kami melewati tempat2 ini untuk berjogging..
Semasa melalui kawan hutan bandar itu, terpikat dengan lanskap yg terdapat di sana...











Wednesday, March 20, 2013

Tumpang kasih..

Program 'Tumpang Kasih' adalah program lawatan ke rumah warga emas..

'Warga emas tu ialah orang tua yang berusia 65 thn dan ke atas' kata seorang pegawai yg ditemui..saya ingatkan 50an itu pun adalah ahli warga emas ..hehe.. salah faham....

Cuaca hari tu redup seolah2 merestui kehadiran kami di rumah makcik....memang tak putus-putus berdoa agar Allah mempermudahkan  semuanya...lalu mengingatkan diri sendiri bahawa sesuatu perkara yg hendak dibuat  itu biarlah ikhlas dan jelas misinya ..

'Anak-anak..salah satu tujuan lawatan kita, untuk mendidik kamu  agar menerapkan dan menyemai rasa kasih sayang kepada orang tua, suatu hari nanti kita pun jadi warga emas..mungkin ada orang lain yg hendak melawat kita, sayang kita dan prihatin terhadap kita ' bersungguh-sungguh kulatunkan kata-kata mukadimah kepada anak-anak ini sebagai pembuka bicara .... mereka anguk-anguk..sampaikah ke hati sanubarinya??? mudah-mudahan....

Alhamdulillah..first time jumpa makcik tapi rasa mesranya macam dah lama kenal..syukran semuanya baik-baik saja...

Sejujurnya aktiviti ini membuat hati tercuit !!!!

Mungkin kerana pelukan makcik  ketika minta izin permisi pulang membuatkan tetiba terkenang Omak........



Terima Kasih  makcik............

Anti Kaser : Durian Belanda

Pernah makan buah durian belanda??  . Susah nak jumpa, kan..

Menurut satu kajian tertutup pengusaha ubatan dunia mendapati bahawa durian belanda adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang menakjubkan dengan 10 ribu kali ganda lebih kuat drp kimoterapi.

Khasiatnya juga mampu menurunkan darah tinggi, stress dan menormalkan sistem saraf yang kurang baik.

Institut Sains Kesihatan Amerika telah mendapati pokok dan buahnya mampu
1. Menyerang sel kanser secara berkesan dan semulajadi tanpa rasa mual.
2. Meningkatkan sistem imun tubuh dan mencegah berlakunya jangkitan.
3. Mampu untuk menambah tenaga dan penampilan fizikal menjadi semakin baik.
Sebuah farmasi yang terbesar di Amerika juga mendapati ekstrak (sari) buah ini:
1. Berkesan membunuh sel jahat drp 12 jenis kanser yang berbeza. Antaranya kanser usus besar, kanser payu dara, kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser pankreas.

2.Berkesan 10 ribu kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser jika berbanding dengan komoterapi dan Adriamycin.

Satu kajian yg dilakukan di Purdue Universiti juga telah membuktikan bahawa daun durian belanda  mampu membunuh sel kanser dengan berkesan terutama kanser prostat, pankreas dan paru-paru
.