ASSALAMUALAIKUM..
Dah 3 minggu berturut2 bekerja hari sabtu dan..
Minggu ni terasa lapang sedikit..
kerana dapat cuti selama 3 hari..
dengan bersambungnya 1 Mei,
sempena Hari pekerja..
dptlah sedikit keluarkan peluh...
bukan bersenam tetapi mengemas rumah..huhu..
Saya terbaca bahawa
Ramai di antara kita, golongan ibu-ibu yang tak sempat bersenam..
kerana kebanyakkan mereka tidak mempunyai masa yang mencukupi
sebab mereka sibuk dengan urusan-urusan kehidupan sendiri.
Di rumah pula, pergantungan kepada mesin spt mesin basuh dll
menyebabkan pergerakan kita menjadi kurang aktif.
Pakar sains memberi amaran..
aktiviti bersenam tidak boleh di pandang ringan
kerana kurangnya pergerakan
boleh menyebabkan bertandangnya penyakit kronik yang tidak diundang
seperti sakit jantung, kecing manis,strok dan obesiti..
sebenarnya aktiviti bersenam
dapat melancarkan perjalanan darah
dan menyihatkan jantung.
Fakta yang menarik daripada pakar diet..
dengan melakukan kerja-kerja rumah
seperti mengemas dan aktiviti lain di rumah.
tubuh badan kita bergerak
secara tidak langsung ia menyamai
aktiviti bersenam..







